BANTUAN RAHMAH 2024 ONLINE : PERMOHONAN & SENARAI

Channel Telegram Rasmi Info Bantuan Kerajaan Malaysia Madani Terkini & Sahih! Khas Bantuan B40 & M40! Join : Bantuan Malaysia Madani 2024

BANTUAN RAHMAH 2024 ONLINE : PERMOHONAN & SENARAI

Bermula pada tahun 2024, kerajaan telah bersetuju untuk meneruskan pemberian Bantuan kepada semua rakyat Malaysia yang berkelayakan menerima bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan juga akan turut menerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) mengikut data e-Kasih dan JKM.

Bagaimanakah cara permohonan bantuan rahmah 2024? Ikuti penjelasan lanjut di sini.

BACA JUGA : DAFTAR STR : PERMOHONAN BARU

SENARAI BANTUAN RAHMAH 2024

Berikut merupakan senarai Bantuan Rahmah 2024, seperti di bawah :

  • Sumbangan Tunai Rahmah (STR) :
    • Dikreditkan secara tunai ke dalam akaun bank penerima secara berfasa dan berperingkat.
    • Jumlah mengikut kategori yang ditetapkan.
  • Sumbangan Asas Rahmah (SARA) :
    • Dikreditkan ke dalam Mykad penerima sebanyak RM100 setiap bulan.
    • Kegunaan untuk membeli barangan keperluan asas.

SYARAT KELAYAKAN

Berikut merupakan syarat kelayakan umum penerima Bantuan Rahmah 2024 :

  • Warganegara Malaysia.
  • Had umur 21 tahun ke atas.
  • Berpendapatan bawah RM2,500 hingga RM5,000 sebulan.
  • Golongan miskin atau miskin tegar.
  • Status berkahwin atau bujang.

JUMLAH BANTUAN

Berikut adalah jumlah keseluruhan Bantuan Rahmah 2024 mengikut kategori :

  • Sumbangan Tunai Rahmah (STR) :
KATEGORIJUMLAH BANTUAN
Isi Rumah Pendapatan
RM2,500 ke bawah
RM1,000 hingga RM2,500
(mengikut bilangan tanggungan)
Isi Rumah Pendapatan
RM2,501 – RM5,000
RM500 hingga RM1,250
(mengikut bilangan tanggungan)
Warga EmasRM600
BujangRM350
  • Sumbangan Asas Rahmah (SARA) :
KATEGORIJUMLAH BANTUAN
STR Miskin TegarRM1,200
STR MiskinRM1,200
STR Isi RumahRM300
STR BujangRM150

PERMOHONAN BANTUAN RAHMAH 2024 ONLINE

Berikut cara permohonan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024 :

  1. Sila layari portal rasmi Sumbangan Tunai Rahmah MySTR.
  2. Klik butang [Permohonan Baharu STR] untuk membuat permohonan.
  3. Lengkapkan semua maklumat yang diperlukan pada bahagian [Maklumat Pemohon].
  4. Jika status berkahwin, sila isikan [Maklumat Pasangan] dengan lengkap.
  5. Isikan [Maklumat Anak] jika ada.
  6. Pilih [Maklumat Waris] yang diperlukan.
  7. Kemudian, klik butang [Teruskan].
  8. Seterusnya, isi kod Captcha berdasarkan imej yang diberikan.
  9. Klik pada butang [SAHKAH CAPTCHA].
  10. Kemudian, [Perakuan Pemohon] akan dipaparkan.
  11. Tandakan pada kotak [/] perakuan.
  12. Tekan [Hantar].
  13. Permohonan anda berjaya dihantar.
  14. Selesai.

PERMOHONAN BANTUAN RAHMAH SARA 2024

Ikuti cara permohonan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2024 seperti berikut:

  1. Pemohon perlu daftar di Portal Rasmi e-Kasih; atau klik pautan di sini : https://www.icu.gov.my/pg/main.php?pg=perkhidmatan&type=sejahtera&list=s03.
  2. Kemudian klik [Semakan Pendaftaran eKasih].
  3. Masukkan Nombor Kad pengenalan permohon pada ruangan No.KP.
  4. Status pendaftaran anda akan dipaparkan.
  5. Kemudian, pergi ke Portal eKasih untuk daftar akaun.
  6. Masukkan semua maklumat diri, pendapatan, tanggungan dan lain-lain yang diperlukan dengan betul dan tepat.
  7. Klik butang [Teruskan].
  8. Tandakan pada perakuan diri.
  9. Tekan butang [Hantar].
  10. Selesai.

RUJUKAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat di atas untuk memudahkan carian anda. Sekiranya anda mempunyai soalan atau masalah berkaitan di atas, sila rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

  • Sumbangan Tunai Rahmah :
    • Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
    • Hotline STR MoF : 03-8882 4565 / 4566
    • E-mel : str@mof.gov.my
  • Sumbangan Asas Rahmah :
    • Talian MyKasih : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900.
    • Emel : info@mykasih.com.

Leave a Comment