CHECK PENYATA PENCEN ONLINE : CARA CHECK PENYATA PESARA KERAJAAN 2022 SECARA ONLINE
Untuk pengetahuan anda semua, bermula pada 1 November 2015, pihak kerajaan telah melantik Kumpulan Wang Persaraan (KWSP) sebagai ejen bagi pihak kerajaan Malaysia. Walaupun begitu, hal-hal mengenai persaraan serta kelulusan faedah persaraan masih lagi diuruskan oleh Bahagian Pasca Perkhidmatan JPA.
Oleh itu, Portal Rasmi Bahagian Pasca Perkhidmatan JPA diwujudkan untuk penjawat awam, pesara dan orang awam. Fungsi yang dapat diakses di portal ini adalah para pesara kerajaan Malaysia boleh membuat semakan penyata pencen secara atas talian menggunakan aplikasi cetakan penyata pencen.
Jadi, melalui artikel ini kami akan berkongsi maklumat mengenai cara semakan penyata pesara kerajaan secara online.
BACA JUGA : TARIKH GAJI PENJAWAT AWAM : JADUAL BAYARAN 2022
CHECK PENYATA PENCEN ONLINE : CARA CHECK PENYATA PESARA KERAJAAN 2022 SECARA ONLINE
PANDUAN CARA CHECK PENYATA PESARA KERAJAAN SECARA ONLINE
LANGKAH 1 :
Sila layari laman portal rasmi Bahagian Pasca Perkhidmatan JPA menggunakan pautan berikut – http://www.jpapencen.gov.my/.
LANGKAH 2 :
Pada halaman utama portal, sila lihat pada sebelah kiri halaman yang tertera ‘Aplikasi’ dan klik pada butang ‘Cetakan Penyata Pencen’.
*Lihat gambar di bawah sebagai rujukan.
LANGKAH 3 :
Selepas itu, sila lakukan langkah mudah berikut :
- Isikan No. Kad Pengenalan tanpa (-), No. Akaun Pencen dan pilih tahun.
- Klik petak I’m not a robot untuk verifikasi diri anda.
- Klik butang Hantar.
- Setelah selesai langkah-langkah di atas, maklumat penyata pencen anda akan dipaparkan.
*Lihat gambar di bawah sebagai rujukan.
TARIKH GAJI PENJAWAT AWAM : JADUAL BAYARAN 2022
FAEDAH JADUAL BAYARAN GAJI BULANAN
Jadual Bayaran Gaji Bulanan Bagi Tahun 2022 ini dapat memudahkan Penjawat Awam atau Kakitangan Awam (pekerja sektor awam) merancang perbelanjaan Isi Rumah serta perbelanjaan Individu dengan membuat semakan pembayaran bulanan gaji menerusi akaun simpanan bank masing-masing pada tarikh yang telah ditetapkan.
Berikut adalah jadual tarikh pembayaran pencen dan cuti perayaan bagi tahun 2022 :
PERKHIDMATAN LAIN YANG TERDAPAT DI APLIKASI JPA PENCEN
Antara perkhidmatan lain yang turut disediakan di dalam portal JPA Pencen adalah :
- Pemakluman pembayaran faedah persaraan.
- Semakan status permohonan persaraan.
- Bantuan mengurus jenazah.
- Semakan persaraan pilihan.
- Semakan pemberian taraf berpencen.
- Semakan kelulusan faedah bersara.
- Semakan pindah potongan.
- Cetakan surat kelulusan skim A berwakil.
INFO PENTING BERKAITAN PESARA JPA
Untuk makluman anda, berikut merupakan perkara-perkara yang perlu diberi perhatian oleh para pesara:
1. Pesara perlu memaklumkan Bahagian Pencen JPA dengan segera sekiranya berlaku:
pertukataran alamat; dan
perubahan status perkahwinan sebagai contoh perceraian, perkahwinan semula dan kematian suami/isteri
2. Sekiranya pesara atau penerima pencen meninggal dunia, sila kemukakan dengan segera borang JPA.BP.SPT.B01d (Borang Faedah Terbitan Bagi Kematian Dalam Persaraan)
3. Pesara yang hendak keluar negara bagi tempoh lebih dari tiga (3) bulan TIDAK perlu lagi memohon untuk
pengecualian syarat bermastautin di Malaysia
4. Pesara dinasihatkan agar menghubungi Jabatan terakhirnya untuk memastikan sebarang perubahan gaji akhir akibat dari pergerakan gaji atau kenaikan pangkat dimaklumkan segera kepada Bahagian Pencen JPA dengan mengemukakan Kenyataan Perkhidmatan yang dikemaskini agar tindakan penghitungan semula faedah persaraan boleh dilakukan.
5. Sekiranya pesara/penerima pencen berpindah tempat tinggal atau nombor akaun bank pesara/penerima pencen sudah bertukar disebabkan kehilangan atau ingin menukar akaun di bank lain, sila maklumkan DENGAN SEGERA kepada Jabatan Perkhidmatan Awam dengan mengembalikan borang permohonan yg lengkap beserta salinan dokumen yang berkenaan serta alamatkan di alamat berikut:
Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia,
Bahagian Pasca Perkhidmatan,
Aras 5, Blok C2, Kompleks C,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62510 Putrajaya, Malaysia.
ATAU
Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan),
Jabatan Perkhidmatan Persaraan,
Aras 2, Skytech Tower 2,
MKN Embassy Techzone,
Jalan Teknokrat 2, Cyber 4,
63000 Cyberjaya, Selangor.
MAKLUMAT LANJUT
Sebarang maklumat lanjut yand anda perlukan sila hubungi mereka di:
Telefon : 03-8887 8777
Fax : 03-8887 8770
Emel : mypesara@kwap.gov.my