CARA SEMAK KEPUTUSAN MPKAFA UPKK 2021

Channel Telegram Rasmi Info Bantuan Kerajaan Malaysia Madani Terkini & Sahih! Khas Bantuan B40 & M40! Join : Bantuan Malaysia Madani 2024

CARA SEMAK KEPUTUSAN MPKAFA UPKK 2021

Ujian Penilaian Kelas KAFA atau lebih dikenali dengan UPKK merupakan peperiksaan yang dilaksanakan kepada murid KAFA sama ada yang belajar di Sekolah Kebangsaan (SK), Sekolah Agama Rakyat (SAR) dan Sekolah Rendah Agama (SRA) yang menggunakan sukatan pelajaran kurikulum KAFA JAKIM

Mulai tahun 2018, pengumuman keputusan UPKK akan dibuat dalam tahun semasa dan semakan maklumat calon yang berdaftar juga boleh dibuat ibu bapa atau penjaga secara dalam talian.

Murid yang telah mengambil peperiksaan Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) menggunakan Modul Penilaian Kelas KAFA (MPKAFA) Tahun 2021, semakan keputusan UPKK boleh dibuat mulai 28 Disember 2021.

BACA JUGA : BANTUAN WANG IHSAN BANJIR : CARA MOHON WANG IHSAN BENCANA BANJIR RM1000-RM1500

TARIKH SEMAKAN KEPUTUSAN MPKAFA 2021
  • DIBUKA : 28 Disember 2021 – Hari Selasa Jam – 11.00 pagi
  • DITUTUP : 11 Januari 2022

CARA SEMAK KEPUTUSAN MPKAFA UPKK 2021

Semua murid yang sudahpun menduduki peperiksaan UPKK menggunakan MPKAFA, semakan keputusan boleh dibuat melalui 2 kaedah di bawah :

KAEDAH 1 : SECARA ONLINE

KAEDAH 2 : SECARA SMS MENGGUNAKAN KAD PENGENALAN/MYKID

  • Taip: UPKK <jarak> No MYKID dan hantar SMS ke 15888
  • Taip: UPKK <jarak> No PengenalanKhas dan hantar SMS ke 15888

Contoh : UPKK 070212020105

Semakan keputusan boleh dibuat bermula jam 11.00 pagi 28 Disember 2021 hingga 11.00 malam 11 Januari 2022.

CARA SEMAK KEPUTUSAN MPKAFA UPKK 2021

PENILAIAN MPKAFA

CARA SEMAK KEPUTUSAN MPKAFA

Penilaian MPKAFA ini terbahagi kepada 2 bahagian di mana :

i) BAHAGIAN A

Pelaksanaan kaedah penilaian secara lisan kepada calon yang telah berdaftar berdasarkan silibus kurikulum KAFA JAKIM bermula dari tahun 3 hingga tahun 5.

Penilaian ini merangkumi 5 subjek pembelajaran iaitu:

  • Ulum Syariah (Aqidah & Ibadah)
  • Jawi dan Khat
  • Adab (Akhlak Islamiyah)
  • Sirah
  • Lughah Al-Quran

Markah yang diperuntukan menerusi bahagian ini ialah sebanyak 75%.

ii) BAHAGIAN B

Pelaksanaan penilaian di bahagian ini merangkumi penilaian terhadap nilai, sahsiah, kehadiran PdPR, hasil kerja dan komitmen calon tersebut dalam sesi persekolahan 2020 dan 2021.

Markah yang diperuntukan di dalam bahagian ini ialah 25% dengan pembahagian markah yang ditetapkan adalah seperti:

  • Nilai dan sahsiah: 5%
  • Kehadiran PDPR: 10%
  • Komitmen dan hasil kerja calon: 10%

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut mengenai UPKK/MPKAFA atau semakan keputusan, sila layari laman web Sistem Maklumat Pendidikan Islam (SIMPENI) di pautan ini https://simpeni.islam.gov.my/

Leave a Comment