CHECK NAMA PENERIMA BANTUAN TUNAI TAMBAHAN RM600 2023 : SEMAK STATUS SEKARANG
Kerajaan telah menambah bantuan tunai sebanyak RM600 kepada penerima yang layak bagi tahun 2023. Dengan adanya bantuan tunai ini dapat membantu rakyat Malaysia yang memerlukan terutamanya dari golongan B40 yang berpendapatan rendah.
Bagaimanakah check nama penerima bantuan tunai tambahan rm600 2023? Ikuti penjelasan lanjut di sini.
BACA JUGA : SEMAKAN BANTUAN MYKASIH RM1200 : CHECK KELAYAKAN SEKARANG
SYARAT KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN TUNAI TAMBAHAN RM600 2023
Berikut merupakan syarat-syarat kelayakan untuk menerima Bantuan Tunai Tambahan RM600 2023 seperti di bawah :
- Warganegara Malaysia;
- Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2023 kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan;
- Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar eKasih dalam rekod data Unit Penyelarasan, Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM) sehingga 28 Februari 2023.
KATEGORI PENERIMA BANTUAN TUNAI TAMBAHAN RM600
Berikut merupakan kategori yang layak menerima Bantuan Tunai Tambahan RM600 seperti di bawah :
- Kategori Isi Rumah (Berkahwin / Ibu / bapa tunggal ada anak) : RM600.
- Kategori Warga Emas Tiada Pasangan : RM600.
- Kategori Bujang : RM600.
KAEDAH BAYARAN
PENERIMA | KAEDAH BAYARAN |
---|---|
Penerima daripada Semenanjung Malaysia (SELAIN Sabah, Sarawak dan W.P. Labuan) | Penerima akan menerima bantuan barangan keperluan asas tanpa tunai (cashless) berjumlah RM100 setiap bulan bagi tempoh 6 bulan (Julai – Disember 2023) secara automatik melalui akaun yang dibuka menggunakan MyKad penerima. Penerima SARA boleh membeli barangan runcit asas daripada kategori produk yang diluluskan di pasar raya / kedai runcit terpilih seluruh negara menggunakan MyKad. |
Penerima daripada negeri Sabah, Sarawak dan W.P. Labuan | Bayaran RM600 sekaligus melalui kaedah pengkreditan ke akaun bank / secara tunai, sama seperti kaedah pembayaran fasa 3 STR 2023 |
CHECK NAMA PENERIMA BANTUAN TUNAI TAMBAHAN RM600 2023
Berikut merupakan cara semakan status nama penerima Bantuan Tunai Tambahan RM600 bagi tahun 2023 seperti di bawah :
- Sila layari Portal rasmi MyKasih [Semakan Status]; atau klik di sini : https://apps.mykasih.net:8443/mkmember/Redang/Recip/CheckStatus.aspx?lang=.
- Kemudian masukkan Nombor Kad Pengenalan pemohon tanpa (-) contoh : 87XXXXXXXXXX di ruangan [Nombor Mykad].
- Isikan kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
- Kemudian klik pada butang [Semak Status].
- Maklumat status anda akan dipaparkan sama ada (lulus) atau (tidak lulus) atau (tiada rekod).
- Selesai.
RUJUKAN
Pihak kami hanya berkongsi maklumat berkaitan bantuan ini sahaja untuk memudahkan carian anda. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan ini, sila rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Alamat : Level 3, DIALOG TOWER, No. 15, Jalan PJU 7/5, Mutiara Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA.
- Tel: (603) 7720 1800.
- E-mel : info@mykasih.com
Saya perlukan bantuan ini untuk anak2 saya
Assalamualaikum hai sy org ssh sgt .kje tk ada duit pun tk ada rumah pun tk ada.
Kenapa xde dlm rekod? Padahal warganegara kot
Ya saya pun tak da dlm rekod pd hal dpt str smua e-Kasih pun ada nama saya miskin tpi tk ada dlm rekod pula
Nama tak ada dalam rekod.
Saya seorang pemegang kad OKU dan isteri saya penama penerima STR,tapi kenapa tak ada tersenarai malahan bila cek tak ada rekod..tak faham lah
Saya pun begitu
lulus
tiada
Tolong permudahkan pendaftaran padu.