DAFTAR BANTUAN TAMBAHAN STR RM1200 2024 : MOHON ONLINE SEKARANG
Dengan menyasar semula subsidi, dapat meningkatkan pemberian bantuan tunai kepada rakyat Malaysia. Pelbagai usaha kerajaan untuk memberikan bantuan dan kerajaan juga akan memperluaskan kepada lebih ramai penerima bantuan tambahan sebanyak RM1,200.
Bagaimanakah cara daftar bantuan tambahan str rm1200 2024? Ikuti penjelasan lanjut di sini.
BACA JUGA : CHECK NAMA PENERIMA BANTUAN TUNAI TAMBAHAN RM600 : SEMAK STATUS SEKARANG
APA ITU BANTUAN TAMBAHAN STR RM1200
Bantuan Tambahan STR merupakan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang akan diberikan kepada penerima Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) sebagai bantuan wang tambahan. Ia boleh digunakan untuk pembelian barangan keperluan makanan asas di pasaraya / kedai runcit terpilih seluruh negara dengan menggunakan MyKad.
SYARAT KELAYAKAN
Untuk mendaftar / memohon bantua tambahan ini, pemohon hendaklah memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan seperti berikut :
- Warganegara Malaysia;
- Had umur tidak kurang dari 21 tahun;
- Penerima Bantuan STR (berstatus lulus); dan
- Berada dalam data e-Kasih dan JKM.
JUMLAH BANTUAN MENGIKUT KATEGORI PENERIMA
Berikut merupakan jumlah bantuan yang bakal diberikan mengikut kategori yang ditetapkan seperti di bawah :
KATEGORI | JUMLAH | BILANGAN PENERIMA |
---|---|---|
STR Miskin Tegar | RM1,200 | 0.2j |
STR Miskin | RM1,200 | 0.5j |
STR Isi Rumah Asas | RM300 | 1.3j |
STR Bujang & Warga emas | RM150 | 4.3j |
KAEDAH BAYARAN BANTUAN TAMBAHAN STR RM1200 2024
Penerima akan menerima bantuan barangan keperluan asas tanpa tunai (cashless) berjumlah RM100 setiap bulan bagi tempoh 12 bulan (Januari – Disember 2024) secara automatik melalui akaun yang dibuka menggunakan MyKad penerima. Penerima SARA boleh membeli barangan runcit asas daripada kategori produk yang diluluskan di pasar raya / kedai runcit terpilih seluruh negara menggunakan MyKad.
DAFTAR BANTUAN TAMBAHAN STR RM1200 2024
Seperti yang dinyatakan di dalam soalan lazim MyKasih, tiada pendaftaran atau permohonan yang diperlukan kerana kelayakan Bantuan Tambahan STR ini adalah secara automatik (berstatus lulus STR sahaja) yang telah disemak silang dengan data eKasih dan JKM.
Rujuk di sini : https://www.mykasih.com.my/site/food-aid-programme/sara/faq-bm/
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi berkaitan bantuan di atas. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan tersebut, sila rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Hubungi MyKasih: 03-7720 1800
- Hubungi LHDNM: 1-800-88-2747
- Hubungi MOF: 03-8882 4565 / 4566
tiada