CHECK BTR : SEMAK BANTUAN TUNAI RAKYAT (STR) 2023 ONLINE
Untuk makluman anda, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim telahpun mengumumkan akan menyalurkan bantuan secara tunai kepada rakyat Malaysia pada 2023. Perkara ini diumumkan ketika beliau membentangkan Mini Bajet 2023.
Ketika pengumuman itu, beliau telah memberitahu di mana pihak kerajaan telah bersetuju untuk memberi Sumbangan Tunai Rahmah (STR).
Pembayaran bantuan STR ini akan dibayar bermula pada 17 Januari 2023.
Bagaimanakah check BTR? Apakah cara semak Bantuan Tunai Rakyat 2023? Penjelasan lanjut di sini.
CHECK BTR
CARA CHECK BTR 2023
Anda boleh membuat semakan bayaran atau kelulusan bantuan STR ini di pautan yang disediakan di bawah :
PERKARA | PAUTAN |
Link Check STR 2023 | https://bantuantunai.hasil.gov.my Sila Join Channel Rasmi Info BTR 2023 di : https://t.me/infokerajaanmalaysia untuk dapatkan info awal Semakan BTR 2023. |
- Tekan Pautan/Link Rasmi Semakan di atas.
- Anda akan di bawa ke Portal Rasmi.
- Tekan [LOG MASUK].
- Masukkan Nombor Kad Pengenalan pemohon di ruangan No MyKad/ID Pengguna.
- Klik [Semak].
- Klik [YA] sekiranya Frasa Keselamatan betul.
- Masukkan Kata Laluan pemohon.
- Klik [Log Masuk].
- Anda akan dibawa ke Halaman Utama Portal.
- Klik [Semakan Status].
- Kemudian, lihat [Maklumat Pembayaran].
- Maklumat yang dipaparkan adalah seperti berikut :
- Nombor Pengenalan Akaun dikredit.
- Nama Penerima.
- Fasa Pembayaran.
- Jumlah dikredit.
- Status Kredit.
- Nama Bank.
- Nombor Akaun Bank.
- Selesai.
BAGAIMANAKAH CHECK BTR PERMOHONAN & KEMASKINI?
ADAKAH PERLU MOHON, DAFTAR & KEMASKINI BTR 2023?
Ikuti penjelasan dari Wakil LHDN yang dihubungi oleh Youtube Channel Hairwan AB.
Disebabkan Bantuan Tunai Rakyat ini masih lagi belum diumumkan secara rasminya oleh pihak kerajaan Malaysia, maka terdapat sedikit kekeliruan oleh rakyat.
Menerusi Channel Youtube Hairwan AB, beliau telah bertanya kepada pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) untuk mendapatkan penjelasan yang lebih tepat.
Berdasarkan penjelasan daripada wakil LHDN yang ditanya oleh Youtuber Hairwan AB, pihak LHDN masih belum mendapat maklumat lagi untuk bantuan 2023. Perkara ini perlu ditunggu sehingga kerajaan membuat pengumuman secara rasminya.
Tentang pembayaran pun masih lagi belum diberitahu. Untuk tarikh sebenar pembayaran BTR masih lagi tidak diketahui.
Menurut wakil LHDN yang dihubungi, biasanya apabila kerajaan sudah umumkan seperti mana yang dibuat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa mesyuarat penggal pertama Mini Bajet 2023, sesiapa sahaja yang menerima atau lulus Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) 2022, secara automatik akan menerima bayaran Fasa 1.
Walaubagaimanapun, peringkat urusan Bantuan LHDN sentiasa galakkan pemohon untuk buat kemaskini untuk mengelakkan sebarang keciciran data berlaku.
Hal ini kerana, jika kerajaan baharu ini menukar nama bantuan dan juga tukar portal rasmi dimana sebelum ini bkm.hasil.gov.my kepada btr.hasil.gov.my, kemungkinan besar terdapat beberapa maklumat yang diisi pada bantuan BKM sebelum ini tidak dibawa ke dalam portal rasmi BTR yang baru.
PENJELASAN WAKIL LHDN
Oleh itu, wakil LHDN sarankan kepada pemohon bantuan tunai ini untuk kemaskini setiap tahun walaupun tidak ada sebarang perubahan. Pastikan pemohon kemaskini maklumat walaupun tiada apa berubahan data.
Wakil LHDN yang dihubungi menjelaskan, apapun rakyat perlu tunggu terlebih dahulu pengumuman rasmi oleh pihak kerajaan untuk mengesahkan Bantuan Tunai Rakyat ini.
Beliau turut menyatakan buat masa ini pihak LHDN masih lagi tidak menyediakan borang ataupun portal rasmi online kerana belum mendapat sebarang maklumat daripada pihak kerajaan.
Jadi, rakyat perlulah menunggu terlebih dahulu pengumuman rasmi yang akan dibuat oleh pihak kerajaan baharu ini.
Sumber rujukan video dari Youtube Channel Hairwan AB : https://youtu.be/i6ozZwqt1ig
CARA KEMASKINI BTR 2023
Sekiranya pihak kerajaan masih lagi menggunakan portal myBKM untuk salurkan Bantuan BTR ini, anda boleh ikuti cara kemaskini BTR online 2023 di sini :
- Tekan pautan Rasmi Kemaskini Bantuan Tunai Rakyat di sini : https://bkm.hasil.gov.my/Account/Login.
- Anda akan berada di Laman Log Masuk.
- Masukkan Nombor Kad Pengenalan pemohon di ruangan No MyKad/ID Pengguna.
- Tekan [Semak].
- Tekan [YA] sekiranya Frasa Keselamatan betul.
- Masukkan Kata Laluan pemohon.
- Tekan [Log Masuk].
- Anda akan dibawa ke Halaman Utama.
- Untuk kemaskini, sila tekan [Kemaskini Permohonan].
- Pemohon boleh kemaskini Maklumat dan tambah Maklumat sekiranya terdapat perubahan & penambahan.
- Sila muat naik (upload) Dokumen Sokongan yang diminta.
- Jika sudah selesai kemaskini Maklumat dan Muat Naik Dokumen, sila buat Pengesahan Maklumat yang di isi lengkap dan betul dan Sahkan CapCTHA.
- Hantar [Kemaskini Permohonan] anda.
- Sila Cetak dan Simpan untuk tujuan Rujukan jika terdapat sebarang perubahan.
- Selesai.
SOALAN LAZIM
Jika kerajaan Malaysia mengekalkan Portal Rasmi sebelum ini iaitu bkm.hasil.gov.my, jadi anda boleh semak menerusi pautan tersebut. Tetapi, jika terdapat perubahan pada Portal Rasmi seperti btr.hasil.gov.my, maka anda dikehendaki check status di portal yang baharu itu. Apapun anda boleh dapatkan info awal jika perubahan dilakukan di dalam Channel Rasmi Info BTR yang disediakan di sini.
Seperti bantuan tunai kerajaan sebelum ini, pemohon boleh cek status BTR secara online sama ada menerusi website ataupun apps. Panduan lengkap cara check boleh rujuk di sini.
ARTIKEL BERKAITAN
BTR HASIL : (SEMAKAN / PERMOHONAN / DAFTAR / BAYARAN) BANTUAN TUNAI RAKYAT
LOGIN BTR : CARA LOG MASUK BANTUAN TUNAI RAKYAT
CARA LOGIN STR : LOG MASUK SUMBANGAN TUNAI RAHMAH (PORTAL RASMI)
Saya mahu semak kelulusan bantuan tunai rakyat