CARA BUAT APPOINTMENT KLINIK GIGI KLINIK KESIHATAN KERAJAAN KKM ONLINE GUNA SISTEM JANJI TEMU DI MYSEJAHTERA 2023
Untuk makluman anda, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah melancarkan sistem appointment atau temujanji secara online untuk pelanggan untuk mendapatkan janji temu klinik di Seluruh Malaysia.
Sistem temujanji ini boleh dilakukan menerusi MySejahtera. Dan sistem ini dikenali sebagai Sistem Janji Temu Klinik.
Baca juga : CARA TUKAR LIMIT PENGELUARAN (MAYBANK2U, CIMB CLICKS, MYBSN, I-RAKYAT, RHB ONLINE, PUBLIC BANK PBE)
SISTEM JANJI TEMU KLINIK GIGI KLINIK KESIHATAN KERAJAAN
Janji temu klinik KKM merupakan satu inisiatif daripada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kepada pelanggan untuk dapatkan slot rawatan di klinik Seluruh Malaysia. Pelanggan hanya perlu membuat appointment menerusi sistem ini dan hadir pada masa dan tarikh yang telah ditempah.
PEMAKLUMAN & PENAFIAN
Perkhidmatan Sistem Janji Temu Klinik KKM ini adalah untuk perkhidmatan kesihatan melibatkan kes-kes ringan dan walk-in sahaja, termasuklah perkhidmatan pergigian yang asas seperti konsultasi, cabutan gigi longgar, tampalan gigi, scaling dan pembaikan gigi palsu.
[PERHATIAN]Janji Temu penyakit kronik seperti diabettes, darah tinggi, asma dan seumpamanya dan Janji Temu kes MCH hendaklah mengikut Janji Temu klinik yang telah ditetapkan. Bagi kes-kes kecemasan TERMASUK DEMAM, hendaklah segera mendapatkan rawatan tanpa menempah slot Janji Temu ini.
TUJUAN SISTEM JANJI TEMU KLINIK
Berikut adalah tujuan Sistem Janji Temu Klinik.
- Mengurangkan tempoh masa menunggu pelanggan di kaunter pendaftaran.
- Mengurangkan bilangan pelanggan yang berkunjung ke klinik pada waktu yang sama.
- Memberi kemudahan kepada pelanggan untuk membuat janji temu secara atas talian.
- Memberi kemudahan kepada Pentadbir klinik untuk membuat tempahan janji temu bagi pihak pelanggan.
SENARAI RAWATAN YANG DIBENARKAN BUAT TEMUJANJI ONLINE KLINIK GIGI KERAJAAN KKM
Berikut adalah senarai rawatan yang dibenarkan buat temujanji Klinik Gigi KKM.
- Konsultasi
- Cabutan gigi longgar
- Tampalan gigi
- Scaling gigi
- Pembaikan gigi palsu
CARA BUAT APPOINTMENT KLINIK GIGI KLINIK KESIHATAN KERAJAAN KKM
PANDUAN LENGKAP CARA BUAT APPOINTMENT ATAU TEMUJANJI KLINIK GIGI KERAJAAN KKM GUNA MYSEJAHTERA.
- Sila buka Aplikasi atau Apps MySejahtera anda.
- Sila tekan Icon [DIGITAL HEALTH] di MySejahtera anda.
- Anda akan dibawa ke paparan Digital Healthcare.
- Tekan [Clinic Appointment Booking].
- Anda akan dibawa ke Online Booking.
- Tekan [Sistem Janji Temu Klinik KKM].
- Anda diminta untuk muat turun atau download Sistem Janji Temu Klinik KKM.
Untuk pengguna IOS (Iphone) sila tekan link ini untuk muat turun atau download : https://apps.apple.com/my/app/sistem-janji-temu-klinik-kkm/id1553424619.
Untuk pengguna Android sila tekan link ini untuk muat turun atau download : https://play.google.com/store/apps/details?id=my.gov.onegovappstore.janjitemuKKM.
Untuk pengguna Huawei sila tekan link ini untuk muat turun atau download :
https://appgallery.huawei.com/app/C103857301. - Jika anda sudah muat turun atau download aplikasi atau apps Sistem Janji Temu KKM, sila buat pendaftaran pengguna terlebih dahulu.
- Untuk pendaftaran pengguna kali pertama, sila tekan [Tiada akaun?Sila daftar akaun anda disini]. Klik disini untuk pendaftaran pengguna.
- Anda akan dibawa ke halaman Pendaftaran.
- Pilih Status Kewarganegaraan.
- Masukkan Nombor Kad Pengenalan anda.
- Masukkan Nama Penuh anda.
- Masukkan Emel anda.
- Masukkan Nombor Telefon anda.
- Masukkan Kod Verifikasi yang diberikan.
- Tekan [Hantar].
- Anda akan paparkan “Notifikasi: Pendaftaran Kata Laluan. Anda hendaklah membuka Emel anda yang didaftarkan untuk mendapatkan link atau pautan bagi pengaktifan.
- Sila Klik pautan dari mygovernment@malaysia.go. di Emel anda untuk menyempurnakan proses pengaktifan bagi Kata Laluan.
- Tekan [Klik di sini untuk mengaktifkan akaun anda] di Emel anda.
- Anda diminta untuk Aktifkan Kata Laluan.
- Cipta Kata Laluan anda.
- Taip semula Kata Laluan yang anda cipta tadi diruangan Sahkan Kata Laluan.
- Sila Taip dan Masukkan teks Pengesahan.
- Tekan [Hantar].
- Anda akan dibawa ke MyGovernment Log Masuk atau Login.
- Sila tekan [Icon Password atau Icon Kata Laluan] di MyGovernment.
- Kemudian, masukkan Nombor Kad Pengenalan anda.
- Tekan [SETERUSNYA atau NEXT].
- Masukkan Kata Laluan yang anda cipta semasa pendaftaran tadi.
- Tekan [SETERUSNYA atau NEXT].
- Anda akan dibawa masuk ke Halaman Utama Sistem Temu Janji Klinik KKM.
- Status Temu Janji akan datang “Tiada Tempahan Aktif diTemui.”
- Untuk membuat Tempahan atau Booking sila tekan [Tempahan Baharu].
- Tekan [OK].
- Tick [Saya setuju] di bahagian PEMAKLUMAN & PENAFIAN.
- Tekan [SETERUSNYA].
- Anda hendaklah isi butiran di bahagian Langkah 1 Fasiliti.
- Sila pilih Negeri yang anda berada atau yang anda mahukan.
- Sila Pilih Daerah yang anda mahukan atau berdekatan dengan anda.
- Sila pilih Jenis Klinik [Jika untuk pergigian sila pilih Klinik Pergigian (KP)] [Untuk urusan berkaitan Klinik Kesihatan pilih Klinik Kesihatan (KK).
- Pilih Nama Klinik.
- Pilih Jenis Perkhidmatan yang anda mahukan.
- Anda dikehendaki isi butiran di Langkah 2.
- Pilih Tarikh untuk tempah slot yang kosong dan masih lagi berwarna Hitam Gelap.
- Pilih Masa yang anda mahukan.
- Anda dikehendaki isi butiran di Langkah 3 Maklumat Pelanggan.
- Pilih Hubungan. Jika untuk anda sendiri pilih Diri Sendiri jika untuk orang lain pilih hubungan yang berkaitan dengan anda.
- Jika anda pilih untuk Diri Sendiri anda tidak perlu isi Nama Pelanggan. Jika anda pilih nama Ibu atau Bapa atau Anak sila masukkan Nama Pesakit di ruangan Nama Pelanggan.
- Pilih Status Kewarganegaraan.
- Masukkan Nombor Kad Pengenalan atau Nombor MYKID untuk anak.
- Pilih Bangsa.
- Pilih Jantina.
- Pilih Tarikh Lahir.
- Masukkan Nombor Telefon.
- Status Pekerjaan.
- Jika OKU sila Tekan butang ON Status OKU.
- Masukkan Emel Pesakit.
- Masukkan Alamat.
- Tekan [Hantar].
- Tekan [Ya] jika anda sudah pasti.
- Tempahan Berjaya. Dan ID Tempahan diberikan.
- Untuk melihat Tempahan atau Booking yang anda lakukan sila pergi ke Menu di atas sebelah kiri anda.
- Tekan Senarai Tempahan. Di sini akan dipaparkan Senarai Tempahan atau Booking Slot Temujanji Klinik Kesihatan atau Klinik Gigi KKM anda.
- Jika untuk membuat tempahan lain sila tekan Tempahan Baharu atau Icon +.
- Untuk Batalkan Tempahan atau Booking Temujanji Klinik Kerajaan ini anda boleh ikuti panduan di bawah ini.
CARA BATAL TEMUJANJI KLINIK GIGI KLINIK KESIHATAN KERAJAAN DI SISTEM JANJI TEMU KLINIK
Berikut adalah panduan bagaimana untuk anda batalkan temujanji Klinik Gigi Klinik Kesihatan Kerajaan di Sistem Janji Temu Klinik.
- Masuk ke Aplikasi atau Apps Sistem Janji Temu Klinik anda.
- Tekan Log Masuk.
- Masukkan Nombor Kad Pengenalan dan Kata Laluan anda untuk Log Masuk.
- Jika sudah berjaya Log Masuk, anda akan di bawa ke Halaman Utama Sistem Janji Temu Klinik.
- Sila pergi ke Menu sebelah kiri atas anda.
- Tekan Senarai Tempahan.
- Klik Tempahan yang anda mahukan.
- Tekan [Batal] tempahan yang anda inginkan.
- Tekan [Ya].
- Selesai. Pembatalan Temujanji Klinik Kerajaan anda berjaya.
RUJUKAN
Sebarang pertanyaan dan soalan yang berkaitan dengan Sistem Janji Temu atau Appointment Klinik Kerajaan ini boleh kemukan kepada pihak berwajib di bawah ini. Pihak kami hanya sekadar berkongsi panduan untuk memudahkan anda dan memberi sebanyak mungkin manfaat kepada anda semua.
UNIT PEMODENAN TADBIRAN DAN PERANCANGAN PENGURUSAN MALAYSIA
Aras 6, Setia Perdana 2,
Kompleks Setia Perdana,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62502 Putrajaya
Malaysia.
No Hotline MyGovernment : 603 8000 8000
Website MyGovernment : https://www.malaysia.gov.my/portal/index.
Nak buat rct secepat mungkin,sebab nak tunggu lama ,saya ada darah tinggi memang susah nak tunggu dan sakit setiap hari.