CARA MOHON RUMAH IKRAM KPKT 2021 : HANYA RM124 SEWA MINIMUM SEBULAN

Channel Telegram Rasmi Info Bantuan Kerajaan Malaysia Madani Terkini & Sahih! Khas Bantuan B40 & M40! Join : Bantuan Malaysia Madani 2024

CARA MOHON RUMAH IKRAM KPKT 2021 : HANYA RM124 SEWA MINIMUM SEBULAN

Untuk makluman anda, pihak Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) melancarkan inisiatif terbaru kepada mereka yang kehilangan tempat berteduh atau kediaman serta terkesan akibat daripada pandemik yang telah melanda negara kita sepanjang tahun ini.

Inisiatif tersebut adalah Program Kediaman Rumah Keluarga Malaysia (Rumah IKRAM KPKT). Program Rumah Ikram KPKT ini bertujuan menyediakan kediaman yang berdaya huni dan selamat khusus kepada Keluarga Malaysia yang terkesan dan kehilangan tempat berteduh kesan pandemik COVID-19 akibat pelbagai faktor seperti kehilangan pendapatan, kekurangan pendapatan serta kehilangan pekerjaan sehingga tidak lagi mampu membayar sewa yang tinggi, dihalau keluar dari rumah sewa dan seumpamanya.

Baca juga : PAKEJ PERANTI KELUARGA MALAYSIA : CARA LANGGAN DAN DAFTAR TELEFON 4G PERCUMA DAN INTERNET RM40/BULAN KONTRAK 12/24 BULAN

RUMAH IKRAM KPKT

Rumah Ikram KPKT adalah program yang dilancarkan oleh pihak KPKT dimana inisiatif ini merupakan inisiatif Kerajaan dalam penyediaan kediaman yang berdaya huni dan selamat khusus kepada Keluarga Malaysia yang terkesan dan kehilangan tempat berteduh kesan pandemik COVID-19 akibat pelbagai faktor seperti kehilangan pendapatan, kekurangan pendapatan serta kehilangan pekerjaan sehingga tidak lagi mampu membayar sewa yang tinggi, dihalau keluar dari rumah sewa dan seumpamanya.

TUJUAN PROGRAM RUMAH IKRAM KPKT

  • Memberikan perlindungan melalui penyediaan kediaman yang berdaya huni, selesa dan selamat kepada rakyat yang kehilangan tempat tinggal akibat COVID-19.
  • Menyediakan kemudahan insentif melalui sewaan yang percuma selama 6 bulan untuk mengurangkan beban kewangan yang ditanggung oleh rakyat.

RUMAH PPR YANG TERLIBAT DI DALAM PROGRAM RUMAH IKRAM KPKT

Rumah PPR yang terlibat dalam program Rumah Ikram KPKT adalah :

  • PPR Sentul Murni, Kuala Lumpur
  • PPR Lembah Subang 2, Selangor
  • PPR Amanjaya, Kedah
  • PPR Kota Setar, Kedah
  • PPR Sinar Intan 3, Kedah
  • PPR Kota Bharu, Kelantan
  • PPR Gua Musang, Kelantan
  • PPR Sg. Melana 2, Johor

CIRI-CIRI RUMAH PPR RUMAH IKRAM KPKT

  • Kawasan bandar-bandar besar: Jenis rumah bertingkat antara 5 hingga 18 tingkat
  • Kawasan pinggir bandar: Jenis rumah teres
  • Keluasan: Tidak kurang daripada 700 kaki persegi
  • Binaan – 3 Bilik Tidur, 1 Ruang Tamu, 1 Ruang Dapur, 2 Bilik Air
  • Kemudahan Asas:
    • Dewan Komuniti/Ruang Orang Ramai
    • Surau/Ruang Solat
    • Gerai Makan/Ruang Niaga
    • Tadika
    • Kemudahan OKU
    • Taman Permainan/Kawasan Lapang
    • Rumah Sampah

SYARAT KELAYAKAN DAFTAR RUMAH IKRAM KPKT

Syarat kelayakan bagi golongan B40 yang terkesan akibat pandemik COVID-19 dan memenuhi syarat-syarat seperti ini.

  • Pemohon dan pasangan warganegara Malaysia.
  • Pemohon berumur 18 tahun dan keatas.
  • Tidak memiliki rumah, rumah sedia ada telah dilelong, tempoh sewaan ditamatkan oleh tuan rumah seumpamanya.
  • Pendapatan isi rumah tidak melebihi RM3,000.00 sebulan.

CARA MOHON RUMAH IKRAM KPKT SEWA MINIMUM RM124 SEBULAN

Panduan Lengkap Cara Mohon Rumah Ikram KPKT Sewa Minimum RM124 Sebulan.

  1. Sila layari laman web rasmi RUMAH IKRAM KPKT di pautan ini : https://teduh.kpkt.gov.my/project?scheme=RUMAH%20IKRAM%20KPKT.

  2. Pada paparan utama, terdapat 8 pilihan rumah PPR di bawah Program Rumah Ikram KPKT.

  3. Sila pilih salah satu yang anda mahukan atau yang anda ingin mohon.

  4. Contohnya anda pilih PPR Sentul, Kuala Lumpur. Sila tekan pilihan tersebut.

  5. Untuk mohon sila klik “MOHON DI SINI”.

  6. Anda akan dibawa ke paparan Log Masuk.

  7. Untuk pertama kali mohon Rumah Ikram KPKT, sila buat Pendaftaran dahulu dengan tekan “Daftar Akaun”.

  8. Pada paparan Daftar Akaun Pemohonan, sila masukkan Nama Penuh anda seperti di dalam Kad Pengenalan.

  9. Masukkan Nombor Kad Pengenalan anda.

  10. Masukkan Alamat Emel anda.

  11. Tekan Daftar.

  12. Anda dikehendaki membuat Kata Laluan atau Password untuk Log Masuk nanti.

  13. Apabila selesai Pendaftaran, sila ke step 2 tadi untuk membuat pilihan rumah PPR yang anda ingin mohon.

  14. Tekan “MOHON DI SINI”.

  15. Log Masuk dengan menggunakan Kad Pengenalan dan Kata Laluan anda semasa pendaftaran tadi.

  16. Jika anda sudah Log Masuk ke halaman utama permohonan sila buat permohonan dengan mengisi maklumat yang diperlukan.

  17. Pastikan anda ikuti arahan dan isikan maklumat dengan lengkap supaya permohonan Rumah Ikram KPKT anda diluluskan.

  18. Jika sudah berpuas hati dengan maklumat yang anda isikan sila Hantar Permohonan.

  19. Selesai.

MAKLUMAT LANJUT DAN PERTANYAAN

Untuk sebarang pertanyaan dan persoalan anda boleh hubungi pihak yang berwajib di bawah ini. Pihak kami hanya berkongsi informasi tentang bantuan yang diberikan oleh kerajaan kepada rakyat untuk memberi manfaat kepada mereka yang memerlukan informasi seperti bantuan ini.

Jabatan Perumahan Negara
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan
Aras 30-38, No. 51 Persiaran Perdana,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
Presint 4, 62100 Putrajaya.

Talian yang boleh dihubungi :
03-88914052 (Selangor, Melaka, Johor, Ng. Sembilan)
03-88914278 (Kuala Lumpur, Sabah, Sarawak)
03-88914028 (Perak, Kedah, Pulau Pinang, Kelantan, Pahang, Terengganu)

Leave a Comment