BORANG PERMOHONAN KUARANTIN DI RUMAH : CARA DAFTAR ONLINE UNTUK PENGEMBARA YANG TIBA DARI LUAR NEGARA 2021

Channel Telegram Rasmi Info Bantuan Kerajaan Malaysia Madani Terkini & Sahih! Khas Bantuan B40 & M40! Join : Bantuan Malaysia Madani 2024

BORANG PERMOHONAN KUARANTIN DI RUMAH: CARA DAFTAR ONLINE UNTUK PENGEMBARA YANG TIBA DARI LUAR NEGARA 2021

Untuk makluman kepada pengembara yang ingin memohon atau request untuk kuarantin di rumah, anda boleh buat demikian bermula pada 21 September 2021.

Permohonan ini hanya kepada mereka yang sudah lengkap vaksinasi sahaja. Jika anda pengembara dari luar negara dan sudah lengkap vaksinasi anda boleh membuat permohonan secara online.

Kepada pengembara dari luar negara yang telah lengkap vaksinasi boleh mohon untuk kuarantin wajib di rumah atau tempat kediaman dalam tempoh 7-10 hari sebelum tiba di Malaysia.

Permohonan mestilah di hantar 7 hari sebelum tiba di Malaysia.

Untuk pengetahuan anda, untuk permohonan bagi ketibaan selepas 28 September 2021 boleh dibuat di portal khas yang boleh diakses menerusi laman rasmi KKM bermula pada 21 September.

NOTA : CPRC Kebangsaan KKM mengingatkan pengembara yang dijadual tiba sebelum 28 September 2021 yang telah memohon menerusi emel sebelum ini, tidak perlu lagi memohon menerusi sistem baharu ini.

Baca juga : CARA TUKAR IC ONLINE JIKA ROSAK ATAU HILANG

KELAYAKAN KUARANTIN DI RUMAH

  • Pengembara yang lengkap vaksinasi.
  • Rumah atau tempat kediaman mestilah sesuai berdasarkan penilaian risiko.
  • Ujian PCR Covid-19 adalah negatif dalam tempoh 3 hari sebelum berlepas.

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN KUARANTIN DI RUMAH

  • Membuat permohonan secara online bermula 21 September 2021.
  • Permohonan perlu dibuat sebelum 7-10 hari sebelum tarikh ketibaan di Malaysia.
  • Semua ketibaan dari 28 September 2021 dan ke atas perlu memohon melalui portal HQA.

PROSES YANG PERLU DIBUAT APABILA KETIBAAN DI MALAYSIA

  • Menjalani Ujian PCR semasa ketibaan.
  • Sila bawa surat kelulusan untuk kuarantin di rumah.
  • Pengembara yang layak akan diberikan gelang pengawasan atau penjejak digital.
  • Pengembara ini akan dikenali sebagai Person Under Surveillance (PUS) dan status ini akan tertera di MySejahtera.
  • Semua pengembara perlu kuarantin selama 14 hari.
  • Semua pengembara perlu melengkap Home Assessment Tool dalam MySejahtera setiap hari.

CARA MOHON BORANG PERMOHONAN KUARANTIN DI RUMAH

Panduan Lengkap Cara Mohon Borang Permohonan Kuarantin Di Rumah Untuk Pengembara Luar Negara.

  1. Sila layari laman web rasmi Home Kuarantin KKM di pautan ini : https://ecovid19.moh.gov.my/outbreak-portal-public/eCovidPage.

  2. Klik Home Quarantine Application (HQA).

  3. Tekan Apply Now.

  4. Anda akan dibawa ke Halaman Utama Home Quarantine Application.

  5. Isi Butiran di bahagian Application Information. Jika anda bukan pengembara dari luar negara dan anda isi untuk orang lain sila untick “i am traveller”.

  6. Masukkan dan lengkapkan maklumat di bahagian Individual Entering Malaysia Information.

  7. Isi semua Nama dan juga Maklumat pengembara yang ingin masuk ke Malaysia.

  8. Kemudian, isi butiran di bahagian Travel Information.

  9. Dan masukkan Details yang diminta di bahagian Quarantine Detais In Malaysia.

  10. Buat Declaration dan masukkan Kod Sekuriti di ruangan yang disediakan.

  11. Tekan Submit Application.

  12. Selesai.

  13. Pastikan anda simpan/save Nombor Refence HQA untuk semakan keputusan HQA anda.

  14. Untuk Check Status Application anda sama ada lulus atau tidak sila lihat panduan di bawah ini.

CHECK STATUS APPLICATION HOME QUARANTINE HQA

Ini adalah cara untuk anda check status application home quarantine anda :

  1. Layari laman web check status HQA di sini : https://ecovid19.moh.gov.my/outbreak-portal-hqa/hqa/downloadLetter.
  2. Masukkan Nombor Reference HQA.
  3. Masukkan Password anda.
  4. Masukkan Kod Sekuriti yang disediakan.
  5. Klik Search.
  6. Paparan akan menunjukkan Keputusan Status Permohonan HQA anda.
  7. Selesai.

MAKLUMAT LANJUT DAN PERTANYAAN

Untuk pertanyaan dan persoalan anda boleh hubungi pihak berwajib di pautan twitter yang kami sediakan di bawah ini. Segala informasi dan maklumat kami kongsikan ini adalah bertujuan untuk berkongsi maklumat bagi memberi manfaat kepada mereka yang memerlukan. Semoga bermanfaat untuk anda.

Twitter KKM : https://twitter.com/KKMPutrajaya/status/1440166085647474695.

Leave a Comment