CARA MOHON PROGRAM REZEKI TERNAK RUMINAN

Channel Telegram Rasmi Info Bantuan Kerajaan Malaysia Madani Terkini & Sahih! Khas Bantuan B40 & M40! Join : Bantuan Malaysia Madani 2024

CARA MOHON PROGRAM REZEKI TERNAK RUMINAN

Program Rezeki Ternak Ruminan dibangunkan bertujuan membantu penternak bagi mengekalkan sumbangan mereka dalam bidang penternakan disamping mensasarkan peningkatan pendapatan bagi golongan penternak kecil. Program ini telah dilaksanakan sejak tahun beberapa tahun yang lalu hasil cetusan idea YB Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Dato’ Seri Salahuddin Bin Ayub.

Untuk pengetahuan anda, Program Rezeki Ternak Ruminan yang diperkenalkan sebelum ini akan diteruskan lagi bagi tahun 2022. Jadi, para pembaca yang berminat untuk memohon Program Rezeki Ternak Ruminan ini, sila baca artikel di bawah dengan lebih lanjut mengenai cara permohonan dan syarat-syarat untuk semakan anda.

BACA JUGA : CARA MOHON PINJAMAN TEKUN ONLINE

APAKAH PROGRAM REZEKI TERNAK RUMINAN ?

Permohonan Rezeki Ternak Ruminan dibangunkan bertujuan membantu penternak bagi mengekalkan sumbangan mereka dalam bidang penternakan disamping mensasarkan peningkatan pendapatan bagi golongan penternak kecil.

Skop bantuan adalah dalam bentuk bantuan induk ternakan ruminan (lembu, kambing, bebiri & kambing tenusu – dengan konsep geran padanan 10:90) dan bantuan input penternakan, peralatan dan pembaikan kandang / reban.

SKOP BANTUAN YANG AKAN DITERIMA OLEH PEMOHON

Skop bantuan yang diberikan menerusi program ini adalah dalam bentuk bantuan induk ternakan ruminan (lembu, kambing, bebiri, dan kambing tenusu) dengan konsep geran padanan 10:90.

SASARAN PROGRAM REZEKI TERNAK RUMINAN

Menerusi program ini, para penternak perlu mencapai KPI atau sasaran prestasi keseluruhan ladang seperti yang dipersetujui di dalam perjanjian Pelaksanaan Program Rezeki Ternak yang perlu ditandatangani oleh peserta.

Selain itu, bantuan input penternakan, peralatan, dan pembaikan kandang/reban juga diberikan menerusi program ini.

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN PROGRAM REZEKI TERNAK RUMINAN

Syarat permohonan yang diperlu dipenuhi oleh para pemohon adalah seperti berikut:

  1. Pemohon mestilah warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang 18 tahun dan tidak melebihi 55 tahun pada 1 Januari tahun permohonan.
  2. Pemohon hendaklah penternak kecil sedia ada yang berdaftar dengan e-vetpermit, Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia.
  3. Mempunyai modal tunai sekurang-kurangnya 10% daripada nilai perolehan induk ternakan (bagi geran padanan 10:90 bantuan induk ternakan ruminan).
  4. Mempunyai pengalaman menternak sekurang-kurangnya 1 tahun dan masih aktif beroperasi.
  5. Mempunyai kawasan menternak yang sah dan kemudahan yang sesuai.
  6. Pemohon tidak menerima bantuan yang sama dari agensi/jabatan lain dan pemohon berupaya untuk melaksana dan mengurus projek.
CARA MOHON PROGRAM REZEKI TERNAK RUMINAN

CARA MOHON PROGRAM REZEKI TERNAK RUMINAN

Untuk membuat permohonan program ini, sila ikuti langkah-langkah berikut iaitu:

1. Imbas Kod QR di bawah untuk mendapatkan borang permohonan.

CARA MOHON PROGRAM REZEKI TERNAK RUMINAN
QR CODE BORANG PERMOHONAN PROGRAM REZEKI TERNAK RUMINAN

2. Muat turun dan isi borang permohonan tersebut dengan lengkap dan betul.
3. Hantar borang permohonan yang lengkap ke pejabat Jabatan Perkhidmatan Veterinar atau Pusat Operasi VetEC yang berhampiran.

Anda juga boleh muat turun boran permohonan menggunakan pautan di bawah ini :-

TARIKH PERMOHONAN

Permohonan dibuka bermula 1 Disember hingga 31 Disember 2021.

MAKLUMAT LANJUT

Sekiranya anda ingin mengetahui maklumat lanjut atau mempunyai sebarang persoalan, sila hubungi pihak urusetia melalui talian berikut: 03-88702406/ 03-88702421

Atau rujuk, laman web rasmi Jabatan Perkhidmatan Veterinar: http://www.dvs.gov.my/. 

Sumber: Facebook Rasmi Jabatan Perkhidmatan Veterinar

Leave a Comment