BORANG ENTER SARAWAK : CARA ISI ONLINE KEMASUKAN KE SARAWAK

Channel Telegram Rasmi Info Bantuan Kerajaan Malaysia Madani Terkini & Sahih! Khas Bantuan B40 & M40! Join : Bantuan Malaysia Madani 2024

BORANG ENTER SARAWAK : CARA ISI ONLINE KEMASUKAN KE SARAWAK

Sekiranya anda ada keperluan atau ingin masuk ke Sarawak, anda diwajibkan membuat permohonan enterSarawak terlebih dahulu. Bagaimana cara untuk membuat permohonan dalam aplikasi enterSarawak? Baca artikel ini dengan lebih lanjut bagi mengetahui cara-cara membuat permohonan enterSarawak

BACA JUGA : CARA DAFTAR VAKSIN DOS PENGGALAK BOOSTER MENERUSI MYSEJAHTERA ATAU WALK IN

SEBAB-SEBAB PERLU MEMBUAT PERMOHONAN ENTER SARAWAK

Untuk pengetahuan anda semua yang ingin masuk ke negeri Sarawak perlu memohon ataupun apply kebenaran memasuki Sarawak melalui aplikasi Enter Sarawak.

Hal ini adalah kerana kemasukan ke Sarawak adalah hak dan dibawah kawalan Kerajaan Negeri Sarawak seperti yangg telah termaktub dalam Perjanjian MA63. Oleh sebab itu, anda perlu mendapatkan  kebenaran terlebih dahulu sebelum menaiki kapal terbang, ini adalah kerana pihak syarikat penerbangan akan menyemak kelulusan terlebih dahulu. Tanpa kelulusan daripada enterSarawak anda tidak akan dapat masuk ke negeri Sarawak.

APA ITU  enterSarawak ?

Laman sesawang enterSarawak adalah sebuah portal saringan sebelum kemasukan ke negeri Sarawak bagi membantu mengurangkan risiko penyebaran dalam pesawat sekali gus melindungi penumpang dalam pesawat yang sama selain mengurangkan risiko penularan kes dibawa masuk ke negeri Sawarak.

SYARAT-SYARAT SEBELUM MENGISI enterSarawak

Berikut adalah merupakan syarat sebelum mengisi :

  • Bukti status ‘lengkap vaksinasi’
  • Keputusan ujian COVID-19 Negatif (dalam tempoh 3 hari sebelum memasuki Sarawak)

SIAPA YANG PERLU MENGISI BORANG enterSarawak ?

Setakat 12 November 2021, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) memaklumkan bahawa pengembara yang perlu mengisi borang EnterSarawak adalah seperti berikut:

  1. Bukan warga Sarawak dalam Malaysia
  2. Kanak-kanak di bawah 18 tahun (bukan warga Sarawak)
  3. Masuk atas sebab kerja / mesyuarat (bukan warga Sarawak)
  4. Kemasukan dari luar negara
  5. Bukan warga Sarawak yang masuk bagi tujuan riadah

DOKUMEN YANG DIPERLUKAN 

Untuk dokumen-dokumen diperlukan anda boleh rujuk rajah di bawah :

BORANG ENTER SARAWAK : CARA ISI ONLINE KEMASUKAN KE SARAWAK

CARA ISI BORANG enterSarawak

  1. Layari laman web https://sarawakdisastermc.com/entersarawak/ atau muat turun aplikasi EnterSarawak melalui
  2. Sebelum isi, pastikan anda telah membeli tiket penerbangan.
  3. Kemudian, isikan maklumat lengkap vaksin anda (buka aplikasi MySejahtera untuk detail nama, tempat vaksin, batch vaccine dan sebagainya)
  4. Sertakan sekali dokumen sokongan seperti sijil vaksin, gambar IC, dan tiket penerbangan anda.
  5. Sekiranya ada masalah dengan sistem, anda boleh terus hubungi
    SOCOE System: +6013-5842759)
  6. Dalam 15 minit lepas hantar borang yang diisi melalui Apps Enter Sarawak, anda akan terus dapat email sama ada approval / rejection.
    Jika status anda approval baru dapat masuk ke Sarawak.

JIKA ANDA MEMPUNYAI MASALAH MENGISI enterSarawak

Sekiranya anda hadapai masalah dengan system EnterSarawak, anda boleh hubungi SOCOE System: +6013-5842759

TINDAKAN SELEPAS MENGISI enterSarawak

Setelah anda mendapat kelulusan, berikut adalah tindakan selanjutnya yang anda harus lakukan:

  1. Isi e-Health Declaration 12 jam sebelum kemasukan ke Sarawak
  2. Check MySejahtera untuk Sijil Vaksin
  3. Semasa tiba di Sarawak, anda dikehendaki untuk beratur di bahagian Imigresen di barisan Malaysian, Non Sarawakian.
  4. Anda akan diberi satu slip kemasukan untuk simpanan. Pastikan anda JANGAN HILANGKAN slip tersebut kerana ia diperlukan sewaktu keluar semula dari Sarawak nanti.

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut mengenai Permohonan enterSarawak, anda boleh layari laman web https://sarawakdisastermc.com/

Leave a Comment