CARA KELUAR KWSP 10K : PERMOHONAN BARU PENGELUARAN KHAS 2022 ONLINE
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera dan Salam Keluarga Malaysia.
Pengeluaran Khas adalah bertujuan untuk membantu ahli KWSP membiayai keperluan dan menampung komitmen kewangan bagi menghadapi cabaran dalam tempoh Fasa ‘Peralihan Ke Endemik’ sementara ekonomi negara pulih daripada pandemik COVID-19.
Pemohon yang layak memohon adalah ahli KWSP yang berumur di bawah umur 55 tahun, termasuk bukan warganegara dan pemastautin tetap dan mempunyai jumlah simpanan sekurang-kurangnya RM150 dalam Akaun KWSP pada tarikh permohonan.
Begitu juga, ahli yang telah memohon i-Lestari, i-Sinar dan/atau i-Citra sebelum ini layak memohon Pengeluaran Khas, tertakluk kepada baki Akaun 1 dan Akaun 2, dan amaun kelayakan.
Permohonan Pengeluarankhas KWSP boleh dibuat mulai 1 April 2022 hingga 30 April 2022.
Bagaimanakah cara keluar KWSP 10K untuk pengeluarankhas kwsp 2022?
Baca juga: KWSP ONLINE : (CARA PENDAFTARAN/REGISTER/LOGIN/SEMAKAN DAN CHECK i-AKAUN EPF)
CARA KELUAR KWSP 10K
PANDUAN LENGKAP CARA KELUAR KWSP 10K PENGELUARANKHAS.KWSP.GOV.MY 2022 ONLINE.
- Klik Link Rasmi PERMOHONAN KELUAR KWSP 10K di sini : https://pengeluarankhas.kwsp.gov.my.
- Klik [MOHON SEKARANG].
- Klik [PERMOHONAN].
- Sila masukkan NOMBOR KAD PENGENALAN anda di ruangan Nombor MyKad/MyPR.
- Isi NOMBOR TELEFON BIMBIT anda.
- Klik [TERUSKAN].
- Nombor OTP telah dihantar melalui SMS ke Nombor Telefon Bimbit anda. Sila masukkan Nombor OTP tersebut diruangan yang disediakan. Klik [SAHKAN NOMBOR OTP].
- Seterusnya, tetapkan [AMAUN PILIHAN PENGELUARAN].
- Anda akan dipaparkan sama ada [Memohon RM10,000 atau Lain-lain Amaun]. Sila Klik salah satu pilihan yang diberikan.
- Klik [TERUSKAN] Anda akan dipaparkan mesej Tahukah Anda “RM 10,000.00 ini dianggarkan akan berganda kepada RM 30,715.24 jika disimpan sehingga umur anda 55 tahun.”
- Kemudian, Klik [TERUSKAN] sekali lagi.
- Anda akan dipaparkan MAKLUMAT PERMOHONAN.
- Sila Semak Nama Penuh, Nombor MyKad/MyPR, Nombor Telefon Bimbit dan Kemaskini Maklumat Alamat E-Mel, Alamat Surat Menyurat Terkini, Poskod, Bandar, Negeri, ada Akaun Bank tandakan (Ya), Nama Bank, Nombor Akaun Bank anda.
Sila isi Maklumat dengan tepat supaya tidak berlaku sebarang masalah apabila proses pembayaran dilakukan. Pastikan anda kemaskini maklumat jika terdapat sebarang perubahan pada data yang sedia ada.
- Pilih Jawapan kepada Soalan berikut “Saya memohon Pengeluaran Khas kerana dan Pengeluaran Khas akan membantu saya untuk”.
- Klik [TERUSKAN].
- Anda akan dibawa ke PENGESAHAN PERMOHONAN
- Pastikan anda Semak semua MAKLUMAT PEMOHON dan MAKLUMAT BAYARAN yang diisi adalah betul dan tepat serta tandakan tick.
- Klik [HANTAR].
- Permohonan anda telah berjaya dihantar.
- Selesai.
SYARAT KELUAR KWSP 10K
Maklumat lengkap syarat kelayakan pengeluaran anda boleh lihat di dalam artikel ini.
- Terbuka kepada ahli KWSP berumur di bawah 55 tahun.
- Ahli atau Pencarum KWSP/EPF.
- Amaun kelayakan pengeluaran adalah sehingga maksimum RM10,000.
- Amaun pengeluaran minimum adalah RM50.
- Meninggalkan baki sekurang-kurangnya RM100 dalam Akaun 1.
- Amaun kelayakan pengeluaran adalah berdasarkan jumlah simpanan ahli pada tarikh permohonan diproses.
- Amaun pengeluaran minimum sebanyak RM50 sehingga RM10,000.
- Tertakluk kepada baki simpanan Akaun 2. Jika tidak mencukupi, simpanan Akaun 1 akan diakses.
TARIKH PERMOHONAN KELUAR KWSP 10K
Bermula pada 1 April 2022.
- Para Pencarum/Ahli KWSP boleh buat Permohonan bermula pada 1 April-30 April 2022 secara online.
TARIKH BAYARAN KELUAR KWSP 10K
Pembayaran dibuat bermula 20 April 2022.
Pembayaran akan dibuat bermula pada 20 April 2022. Sebelum itu, 9 April 2022 adalah tarikh semakan status.
SEMAKAN KELUAR KWSP 10K
Melalui Portal Pengeluaran Khas. Toturial lengkap lihat di sini.
Tarikh semakan atau check status kelulusan keluar KWSP 10k adalah pada 9 April 2022. Untuk info awal cara semakan status, anda boleh join Telegram Channel Pengeluaran Khas KWSP di sini : https://t.me/pengeluarankhaskwsp.
Semakan dan permohonan
Nak keluar i ceria
nk keluar i ceria
sy dah mohon pngeluaran rm1k & telah diluluskn..boleh kah sy nk buat pngeluaean utk kali ke dua dgn kelayakan baki yg masih ada