CARA APPLY KWSP 10K

CARA APPLY KWSP 10K : PERMOHONAN ATAU SEMAKAN 2022 ONLINE

CARA APPLY KWSP 10K : PERMOHONAN ATAU SEMAKAN 2022 ONLINE

Pengeluaran Khas adalah bertujuan untuk membantu ahli KWSP menampung komitmen kewangan bagi menghadapi cabaran kesan daripada pandemik COVID-19.

Pemohon yang layak memohon adalah ahli KWSP yang berumur di bawah umur 55 tahun, termasuk bukan warganegara dan pemastautin tetap dan mempunyai jumlah simpanan sekurang-kurangnya RM150 dalam Akaun KWSP pada tarikh permohonan.

Amaun kelayakan pengeluaran adalah sehingga maksimum RM10,000. Amaun pengeluaran minimum adalah RM50. Meninggalkan baki sekurang-kurangnya RM100 dalam Akaun 1. Amaun kelayakan pengeluaran adalah berdasarkan jumlah simpanan ahli pada tarikh permohonan diproses.

Bayaran Pengeluaran Khas akan menggunakan sepenuhnya simpanan dalam Akaun 2 terlebih dahulu. Sekiranya ia tidak mencukupi, simpanan dalam Akaun 1 akan digunakan.

Simpanan minimum RM100 perlu dikekalkan dalam Akaun 1 agar ahli KWSP dapat mengekalkan status sebagai ahli dan terus menikmati manfaat sebagai ahli KWSP.

Permohonan Apply KWSP 10K boleh dibuat mulai 1 April 2022 hingga 30 April 2022.

Baca juga: i CERIA KWSP 2022 : PERMOHONAN BARU DAN SEMAKAN

CARA APPLY KWSP 10K

Apakah cara apply KWSP 10k?

Tuan/Puan boleh membuat pendaftaran melalui online. Rujuk di artikel ini.

Untuk makluman anda, permohonan pengeluaran Khas KWSP 10K dibuka pada 1 April 2022 dan pihak kami akan hebahkan kepada anda info dan maklumat awal tentang pembukaan permohonan ini di Channel Rasmi Info Kerajaan Malaysia di sini : https://t.me/infokerajaanmalaysia. Untuk Panduan Lengkap Cara Apply KWSP 10k ini sila join channel telegram tersebut.

PANDUAN LENGKAP APPLY KWSP 10K 2022

  1. Klik Link Rasmi Apply KWSP 10K di sini : https://pengeluarankhas.kwsp.gov.my.
  2. Klik [MOHON SEKARANG].
  3. Klik [PERMOHONAN].
  4. Sila masukkan NOMBOR KAD PENGENALAN anda di ruangan Nombor MyKad/MyPR.
  5. Isi NOMBOR TELEFON BIMBIT anda.
  6. Klik [TERUSKAN].
  7. Nombor OTP telah dihantar melalui SMS ke Nombor Telefon Bimbit anda. Sila masukkan Nombor OTP tersebut diruangan yang disediakan.
  8. Klik [SAHKAN NOMBOR OTP].
  9. Seterusnya, tetapkan [AMAUN PILIHAN PENGELUARAN].
  10. Anda akan dipaparkan sama ada [Memohon RM10,000 atau Lain-lain Amaun]. Sila Klik salah satu pilihan yang diberikan.
  11. Klik [TERUSKAN] Anda akan dipaparkan mesej Tahukah Anda “RM 10,000.00 ini dianggarkan akan berganda kepada RM 30,715.24 jika disimpan sehingga umur anda 55 tahun.”
  12. Kemudian, Klik [TERUSKAN] sekali lagi.
  13. Anda akan dipaparkan MAKLUMAT PERMOHONAN.
  14. Sila Semak Nama Penuh, Nombor MyKad/MyPR, Nombor Telefon Bimbit dan Kemaskini Maklumat Alamat E-Mel, Alamat Surat Menyurat Terkini, Poskod, Bandar, Negeri, ada Akaun Bank tandakan (Ya), Nama Bank, Nombor Akaun Bank anda.
  15. Sila isi Maklumat dengan tepat supaya tidak berlaku sebarang masalah apabila proses pembayaran dilakukan. Pastikan anda kemaskini maklumat jika terdapat sebarang perubahan pada data yang sedia ada.
  16. Pilih Jawapan kepada Soalan berikut “Saya memohon Pengeluaran Khas kerana dan Pengeluaran Khas akan membantu saya untuk”.
  17. Klik [TERUSKAN].
  18. Anda akan dibawa ke PENGESAHAN PERMOHONAN.
  19. Pastikan anda Semak semua MAKLUMAT PEMOHON dan MAKLUMAT BAYARAN yang diisi adalah betul dan tepat serta tandakan tick.
  20. Klik [HANTAR].
  21. Permohonan anda telah berjaya dihantar.
  22. Selesai.

SEMAKAN STATUS PENGELUARANKHAS KWSP GOV MY

Bagaimanakah cara semakan status apply pengeluaran khas KWSP 10k?

Anda boleh check status bermula pada 9 April 2022. Panduan lengkap rujuk di artikel ini.

Ahli boleh menyemak status permohonan Pengeluaran Khas mulai 9 April 2022 melalui menu Semak Status Permohonan di https://pengeluarankhas.kwsp.gov.my atau menu Pengeluaran > Sejarah Pengeluaran di i-Akaun (Ahli).

SYARAT APPLY KWSP 10K

  • Terbuka kepada ahli KWSP berumur di bawah 55 tahun.
  • Ahli atau Pencarum KWSP/EPF.

JUMLAH PENGELUARAN KWSP 10K

Berapakah jumlah pengeluaran khas KWSP?

Tuan/Puan boleh rujuk maklumat lanjut di sini.

  • Amaun pengeluaran minimum sebanyak RM50 sehingga RM10,000.
  • Tertakluk kepada baki simpanan Akaun 2. Jika tidak mencukupi, simpanan Akaun 1 akan diakses.

TARIKH PERMOHONAN APPLY KWSP 10K

Bilakah tarikh permohonan pengeluaran KWSP dibuka?

1 April 2022.

  • Para Pencarum/Ahli KWSP boleh buat Permohonan bermula pada 1 April hingga 30 April 2022 secara online.

TARIKH PEMBAYARAN KWSP 10K

Bilakah tarikh pembayaran pengeluaran KWSP 2022?

Pembayaran dibuat bermula 20 april 2022.

HOTLINE PENGELUARAN KHAS KWSP
Sebarang soalan dan masalah anda boleh terus hubungi pihak yang berwajib di bawah ini.

Telefon : 03 – 8922 6000

Hotline Pengeluaran KWSP : https://www.kwsp.gov.my/ms/reach-us/connect-with-us

One Response

  1. NOR AZMAN BIN ISMAIL March 31, 2022

Leave a Reply