CARA DAFTAR VAKSIN DOS PENGGALAK BOOSTER MENERUSI MYSEJAHTERA ATAU WALK IN
Kini, penduduk Malaysia telahpun berjaya mencatat lebih 90% kadar vaksinasi dewasa. Walaupun begitu, mencapai peratusan vaksinasi yang tinggi masih belum mencukupi kerana wabak Covid-19 dilihat masih boleh bermutasi yang boleh menjadikan vaksin sedia ada tidak berkesan.
Dari itu, kerajaan mula mengambil langkah untuk melaksanakan booster vaksin ataupun dos penggalak bagi memerangi penularan wabak Covid-19 varian delta.
Pemberian dos penggalak ini dilakukan secara sukarela dan percuma di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK), yang bertujuan memastikan tempoh perlindungan yang optimum diperoleh oleh penerima vaksin COVID-19 di Malaysia.
BACA JUGA : CARA TUKAR MYSEJAHTERA KE TELEFON LAIN
KEMUDAHAN WALK-IN BERMULA 22 NOVEMBER 2021
Sementara itu KKM juga memaklumkan bahawa individu yang layak untuk menerima suntikan dos penggalak (Booster Shot) kini sudah boleh melakukan pendaftaran secara ‘walk-in’.
Menurut Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 Penggalak – Booster (CITF-B) dalam satu kenyataan, pendaftaran nama dalam senarai menunggu (waiting list) secara ‘walk-in’ di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) fasiliti kesihatan swasta di seluruh negara akan bermula pada 22 November 2021.
SYARAT DAN CARA MENDAFTAR DOS PENGGALAK VAKSIN SECARA WALK-IN
Pendaftaran secara ‘walk-in’ ini akan dilaksanakan bagi:
- Individu yang layak pemberian dos penggalak.
- Individu yang ingin mendapatkan suntikan secara lebih awal sebelum janji temu.
- Individu yang masih belum menerima suntikan dos pertama atau kedua vaksin COVID-19.
- Individu yang terlepas janji temu vaksin.
- Remaja berusia antara 12-17 tahun yang belum melengkapkan vaksinasi.
Walaubagaimanapun buat masa ini, keutamaan pemberian dos penggalak adalah kepada:
- Petugas barisan hadapan kesihatan, keselamatan dan pertahanan.
- Individu berusia 40 tahun dan ke atas.
- Individu berusia 18 tahun dan ke atas dengan komorbiditi.
- Penghuni dan petugas di Pusat Jagaan Kesihatan Jangka Panjang.
- Ibu mengandung.
- Keperluan ke luar negara.
CARA DAFTAR VAKSIN DOS PENGGALAK BOOSTER MENERUSI MYSEJAHTERA ATAU WALK IN
Pemohon hanya perlu ke Helpdesk di Mysejahtera dan membuat permohonan mengikut langkah berikut:
- Tekan Helpdesk.
- Mula.
- Pilih Janji Temu Vaksinasi Penggalak.
- Pilih G dan mengisi butiran lanjut seperti nombor kad pengenalan atau pasport dan muat naik dokumen yang diperlukan iaitu dokumen pengesahan umrah.
MAKLUMAT LANJUT
Layari laman sesawang KKM di bawah untuk maklumat lanjut mengenai booster vaksin atau dos penggalak.