PANDUAN TUKAR NOMBOR TELEFON BANK SIMPANAN NASIONAL BSN
myBSN internet banking merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Bank Simpanan Nasional (BSN) untuk memudahkan setiap pelanggan membuat transaksi perbankan secara online dan pada bila-bila masa.
Sekarang ini, ramai daripada anda yang tertanya-tanya, bagaimanakah cara kemaskini no telefon BSN untuk keperluan myBSN internet banking? Sekiranya Anda ingin tukar nombor telefon BSN lama dengan yang baru, sebab nombor telefon bimbit lama tidak aktif. Anda boleh ikuti panduan di bawah ini.
BACA JUGA : SEMAK BAKI AKAUN BSN SAYA ONLINE & SMS
PANDUAN TUKAR NOMBOR TELEFON BANK SIMPANAN NASIONAL BSN
Berikut merupakan perkongsian cara tukar nombor telefon BSN secara ringkas.
Hadirkan diri ke cawangan BSN yang berdekatan
- Anda hanya boleh tukar nombor telefon anda di cawangan BSN sahaja. Anda perlu hadir ke bank BSN.
- Kemudian, anda perlu berjumpa dengan pegawai Bank BSN
- Nyatakan sebab kehadiran untuk tukar nombor telefon anda.
- Anda akan diberikan borang untuk mengemas kini nombor telefon anda. Sekiranya anda ingin mengemas kini alamat dan email juga, anda boleh lakukan sekaligus.
- Isi borang dengan teliti dengan memasukkan makluat yang tepat dan benar.
- Sekiranya anda telah mengemas kini nombor telefon anda tapi masih mengalami masalah, anda boleh menghubungi Pusat Khidmat Pelanggan BSN di 1300 88 1900.
- Setelah selesai, anda boleh mencuba untuk membuat transaksi di portal perbankan internet myBSN.
PERKHIDMATAN YANG BOLEH DILAKUKAN DI MyBSN
Antara perkhidmatan yang terdapat pada perbankan BSN online adalah seperti berikut:
- Pertanyaan Baki
- Pemindahan Dana
- Pembayaran Bil
- Pembayaran Kad Kredit
- Pembelian SSP
- Pembelian Pin
WAKTU OPERASI BSN
Waktu operasi cawangan BSN di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak ialah Isnin hingga Jumaat sahaja.
Cawangan-cawangan BSN ini dibuka dari jam 9 pagi hingga 4.45 petang.
Waktu rehat
Dari 12.30 tengah hari hingga 2.30 petang pada hari Jumaat sahaja. Pada hari biasa, waktu rehat hanya 1 petang hingga 2 petang.
Anda boleh rujuk waktu pengoperasian BSN melalui portal rasmi BSN :- https://www.mybsn.com.my/mybsn/login/login.do.
semak balance bsn saya