CARA REGISTER CIMB CLICKS SECARA ONLINE BAGI PENGGUNA KALI PERTAMA
Terdapat banyak bank komersial yang ada di Malaysia untuk kegunaan perbelanjaan dan simpanan harian.
Dengan kemudahan teknologi yang sedia ada, bank seperti Maybank, CIMB dan Bank Islam juga menyediakan kelengkapan perkhidmatan transaksi secara ‘online’ bagi memudahkan pengguna untuk berbelanja, membayar bil atau menguruskan kewangan di hujung jari.
Antara perkhidmatan atas talian yang sering digunakan ialah CIMB Clicks untuk semua pemegang akaun CIMB.
Di sini kami akan kongsikan cara register CIMB CLICKS secara online bagi pengguna kali pertama
BACA JUGA : SEMAK BAKI AKAUN BSN SAYA ONLINE & SMS
CARA REGISTER CIMB CLICKS BUAT KALI PERTAMA
Apabila anda sudah berjaya membuka dan memiliki akaun CIMB atau CIMB Islamics, CIMB Clicks akan membantu dan memudahkan anda melakukan transaksi online untuk pembayaran bil, pembelian online dan pelbagai urusan bank lagi.
CARA – CARA MENDAFTAR CIMB CLICKS :
LANGKAH 1 : Daftar E-PIN & Nombor Telefon di Mesin ATM CIMB
- Pergi ke mesin ATM CIMB.
- Masukkan kad ATM dan no pin anda.
- Pilih menu Others / Lain-lain
- Pilih CIMB Clicks
- Pilih CIMB E-PIN / ATM PIN (reka 6 digit e-pin dan masukkan)
- Masukkan nombor telefon bimbit untuk mendaftar. (nombor telefon yang kita guna)
- Jika pendaftaran berjaya, resit akan dikeluarkan oleh mesin ATM.
LANGKAH 2 : Pendaftaran Secara Online Di Laman Web CIMB Clicks
Sila rujuk langkah-langkah berikut :
- Layari laman web CIMB di pautan https://cimbclicks.com.my.
- Pergi ke menu ‘Register for Clicks’ di bahagian kanan atas. Pada laman seterusnya, pilih ‘CIMB ATM, Debit & CREDIT CARD’. (rujuk gambar di atas)
- Masukkan nombor kad bank (16 digit yang ada pada kad ATM anda)
- Masukkan nombor pin 6 digit (seperti yang anda masukkan dalam ATM anda)
- Bagi ruangan ‘Enter text as per above’, masukkan huruf atau digit yang dipaparkan di dalam kotak.
- Tick pada kotak kecil T&C dan teruskan klik butang Next.
- SMS ‘One Time Activation Code’ akan dihantar ke handphone, masukkan nombor tu macam TAC.
- Kemudian pilih Username ID (boleh reka apa-apa username contohnya: AN313131, tapi pastikan kena ingat).
- Akhir sekali reka Password anda (contohnya UN313131 – wajib ingat username dan password ok!)
- Pada ruangan Mother’s Maiden Name, isikan nama ringkas ibu anda. (Contoh : Hamidah Ali)
- Masukkan alamat emel anda pada ‘Email Address’.
- Pada bahagian ‘Create Your Secure Word’, masukkan perkataan yang anda ingin gunakan dan mudah diingat untuk tujuan keselamatan. (Contoh : Waja Hitam)
- Pada bahagian ‘Enter Your Introducer’s Details’, kosongkan ruangan ini kerana ia hanya ‘optional’ dan tidak wajib diisi.
- Untuk langkah terakhir, Klik ‘I agree & Submit’.
CARA LOGIN CIMB CLICKS SETELAH MENDAFTAR
Untuk login CIMB CLICKS buat kali pertama, sila ikut langkah di bawah :
1. Layari laman web CIMB di pautan https://cimbclicks.com.my.
2. Klik ‘Login to Clicks’.
3. Pada halaman seterusnya, pilih ‘View My Dashboard’. Di sini anda boleh melihat senarai perkhidmatan yang ditawarkan oleh CIMB Clicks.
4. Masukkan ‘Username / ID’ pada ‘Enter User ID’ .
5. Kemudian, perkataan ‘Secure Word’ anda akan keluar. Tandakan “Yes, this is my SecureWord’ jika ia berpadanan dengan perkataan yang telah anda reka.
6. Masukkan kata laluan anda pada bahagian ‘Password’.
7. Tekan butang ‘Login’.
8. Anda kini telah berjaya login dan anda boleh mulakan transaksi secara online.
Melalui akaun CIMB serta CIMB Clicks, urusan perbankan anda akan menjadi lebih ringkas dan mudah serta menjimatkan masa anda.
Terima kasih kerana membaca perkongsian kami dan kami berharap dapat menbantu anda dalam mendaftar akaun CIMB Clicks.
Semoga berjaya !