CARA DAFTAR I AKAUN KWSP TANPA KE KAUNTER
Untuk makluman anda, jika sebelum ini anda membuat semakan transaksi KWSP anda melalui Kaunter kini di zaman serba canggih ini anda boleh membuat semakan tanpa perlu keluar ke kaunter ataupun kiosk. Anda hanya perlu membuat pendaftaran I Akaun KWSP dan anda boleh lihat menerusi online sahaja untuk semua transaksi di dalam akaun KWSP anda.
I akaun KWSP sangat penting buat masa sekarang kepada semua yang memiliki simpanan di dalam KWSP. Hal ini kerana, melalui i akaun anda dapat membuat melihat transaksi secara online untuk semakan baki, melihat transaksi duit masuk serta membuat semakan pengeluaran terutamanya untuk i Lestari, i Sinar dan i Citra.
Oleh itu, jika anda masih lagi belum membuat pendaftaran atau permohonan i akaun KWSP, anda boleh ikuti panduan yang kami sediakan di bawah ini.
Baca juga : TARIKH BAYARAN I CITRA SETIAP BULAN 2021
APA ITU I AKAUN KWSP
I akaun KWSP adalah kemudahan secara atas talian ataupun online yang disediakan oleh pihak KWSP kepada pelanggan mereka untuk melihat dan melakukan transaksi secara online tanpa perlu ke kaunter atau pejabat. Menerusi i akaun KWSP, pelanggan boleh membuat pelbagai perkhidmatan melalui online tanpa ke kaunter. Antaranya adalah seperti berikut.
- Kemaskini maklumat peribadi.
- Semakan kelayakan pengeluaran.
- Semakan baki simpanan.
- Semakan penyata KWSP akaun 1 dan akaun 2.
- Semakan rekod caruman individu/caruman majikan.
- Tukar daripada akaun konvensional kepada akaun Shariah.
- Semak maklumat penamaan/waris.
- Semak transaksi caruman KWSP terkini.
- Semak status permohonan pengeluaran akaun 1 dan akaun 2.
- Semak status permohonan pengeluaran i-Sinar, i-Lestari dan i-Citra.
- Semak sejarah pengeluaran contohnya untuk pengeluaran i-SINAR, i-LESTARI, i-Citra.
Oleh itu, jika anda masih lagi tiada i akaun ini, boleh ikuti toturial yang kami sediakan di bawah untuk pendaftaran dan permohonan i akaun KWSP.
CARA DAFTAR I AKAUN KWSP TANPA KE KAUNTER
PANDUAN LENGKAP CARA DAFTAR I AKAUN KWSP TANPA KE KAUNTER.
- Untuk makluman anda, info dari laman web rasmi : https://www.kwsp.gov.my/ms/home untuk PERTAMA KALI PENDAFTARAN I AKAUN atau PERTAMA KALI PERMOHONAN I AKAUN anda dikehendaki untuk ke kaunter atau pejabat KWSP bagi aktifkan Nombor Kad Pengenalan atau aktifkan Kad MyKad anda sebelum register I AKAUN KWSP.
Terdapat juga cara melalui email, tetapi pihak kami telah semak menerusi laman web rasmi KWSP ini dimana lebih baik dan lebih mudah untuk anda bawa MyKad dan aktifkan MyKad anda di kaunter KWSP terlebih dahulu dan selepas diaktifkan barula mula buat pendaftaran di langkah seterusnya.
- Untuk Pertama Kali Pendaftaran di kaunter nanti anda akan diberikan ID Pengguna dan Kata Laluan atau Password Sementara yang sah laku untuk tempoh 30 hari melalui SMS.
Anda akan menerima SMS daripada KWSP. SMS tersebut akan diberikan ID Pengguna dan Kata Laluan Sementara untuk anda aktifkan dalam masa 30 hari. Pastikan anda aktifkan dalam masa 30 hari selepas anda menerima SMS tersebut.
- Selepas anda dapat ID Pengguna dan Kata Laluan Sementara ini barulah anda boleh Aktifkan I Akaun secara online seperti langkah seterusnya ini.
- Untuk Aktifkan i Akaun KWSP anda dikehendaki LOG MASUK di pautan KWSP ini : https://secure.kwsp.gov.my/member/member/login.
- Isikan ID Pengguna Sementara dan Kata Laluan Sementara yang diterima oleh anda melalui SMS KWSP.
- Sila baca Terma dan Syarat yang dipaparkan.
- Tanda pada kotak “checkbox”.
- Klik [Seterusnya].
- Ubah ID Pengguna Sementara (jika mahu) semasa proses pengaktifan ini.
- Seterusnya, Cipta Kata Laluan baru anda dan Sahkan kata laluan baru tersebut. Pastikan anda ingat dan simpan di dalam nota anda kata laluan baru ini untuk memudahkan anda masuk ke i akaun selepas ini.
- Pilih Imej Online untuk tujuan Keselamatan.
- Kemudian, skrin pengaktifan berjaya akan dipaparkan.
- Isikan Frasa Rahsia.
- Klik [Seterusnya].
- Anda sudah berjaya Log Masuk ke i-Akaun KWSP.
- Paparan utama i-Akaun KWSP ini anda boleh lihat semua transaksi yang anda pernah dapat, keluar atau terima sebelum ini.
- Selesai. Boleh rujuk gambar dibawah untuk lebih jelas.
RUJUKAN
Sebarang soalan dan pertanyaan boleh ajukan kepada pihak KWSP di bawah ini. Pihak kami sekadar berkongsi maklumat dan informasi yang memudahkan urusan mereka yang memerlukan informasi seperti ini. Semoga perkongsian kami ini dapat memudahkan urusan anda dan memberi manfaat kepada kepada semua yang memerlukannya.
Laman web atau pautan bantuan KWSP : https://www.kwsp.gov.my/ms/reach-us/connect-with-us.
Telefon Bantuan KWSP : 03 – 8922 6000
CARA DAFTAR I AKAUN KWSP TANPA KE KAUNTER BABIK NYA TAJUK… CARA2 PULAK CKP PERGI KE KAUNTER MULA2 BODO2