CARA NAK DAFTAR STPM 2023 ONLINE
Untuk makluman kepada pelajar yang telah berjaya memasuki Tingkatan 6 dan yang ingin membuat pendaftaran STPM sesi 2023, permohonan tersebut telahpun dibuka pada tarikh yang akan dinyatakan di bawah ini.
Sebagai pengetahuan para pemohon, bagi pendaftaran STPM 2023 untuk semua jenis calon boleh dibuat secara atas talian (online) di laman web Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM).
Di sini kami akan kongsikan kepada calon cara nak daftar STPM 2023 online.
Artikel berkaitan : CHECK FORM 6 : SEMAKAN TINGKATAN 6 2022 (sst6.moe.gov.my/semakanT6)
APA ITU STPM
STPM adalah ringkasan kepada Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia merupakan peperiksaan prauniversiti yang diiktiraf oleh kebanyakan universiti di peringkat antarabangsa terutamanya universiti di negara Komanwel dan Amerika Syarikat. STPM juga dikelolakan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia yang juga menyediakan Malaysian University English Test.
TARIKH PENDAFTARAN STPM 2023
Calon boleh mula membuat permohonan pendaftaran STPM bagi sesi 2023 bermula pada :
PERKARA | TARIKH |
Tarikh Daftar STPM 2023 | Bermula pada 1 Ogos 2022 (Isnin) sehingga 30 Ogos 2022 (Selasa). |
CARA NAK DAFTAR STPM
Ini adalah panduan lengkap cara daftar STPM online.
PERKARA | PAUTAN |
Pendaftaran STPM online | https://online.mpm.edu.my/ |
Untuk perhatian semua pihak, untuk pendaftaran calon sekolah kerajaan dan sekolah swasta dibuat oleh sekolah atau institusi.
Manakala, bagi calon persendirian boleh rujuk di sini :
CARA DAFTAR STPM CALON PERSENDIRIAN
Bagi calon sekolah swasta dan calon persendirian individu hanya boleh membeli PIN MEC secara online sahaja melalui pautan di bawah ini :
PERKARA | PAUTAN |
Beli Pin MEC | https://mypay.com.my/web/mpm |
- Klik pautan rasmi pembelian PIN MEC STPM di atas.
- Calon akan dibawa ke Laman Utama MPM Pembelian No. Pin.
- Masukkan Nama Penuh calon.
- Jenis ID.
- Masukkan Nombor Kad Pengenalan.
- Isi Nombor Telefon yang aktif.
- Isi Emel yang boleh diakses.
- Pilih Servis [STPM].
- Masukkan Jumlah Subjek.
- Jumlah Bayaran akan dipaparkan.
- Klik Teruskan.
SYARAT KELAYAKAN DAFTAR STPM
Calon yang mempunyai satu daripada kelayakan yang berikut, termasuk lulus Bahasa Melayu dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), layak menduduki peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM).
- Sijil Pelajaran Malaysia tahun 1999 atau tahun-tahun sebelumnya
- Sijil Pelajaran Malaysia (Vokasional)
- Malaysia Certificate of Education
- Federation of Malaya Certificate of Education
- Cambridge School Certificate
- GCE/SAP (Malaysia atau Cambridge dengan tiga kelulusan peringkat biasa** yang diperoleh dalam satu peperiksaan)
- SPM tahun 2000 hingga tahun 2017 yang diperoleh dalam satu peperiksaan dengan mendapat sekurang-kurangnya gred C bagi 3 mata pelajaran atau sekurang-kurangnya gred C bagi dua mata pelajaran dan lulus empat mata pelajaran.
BAYARAN PEPERIKSAAN STPM
PERKARA | BAYARAN |
Bayaran asas | RM120 |
Bayaran setiap mata pelajaran | RM90 |
Caj mengulang peperiksaan bertulis per kertas | RM50 |
Perhatian :
- Calon sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan (calon jenis 1, 7, dan 8) dikecualikan daripada membayar yuran peperiksaan (Bayaran asas dan bayaran setiap mata pelajaran).
- Bagi calon sekolah swasta (calon jenis 2) dan calon persendirian individu (calon jenis 3), bayaran perlu dibuat dengan cara membeli nombor PIN MEC daripada kaunter atau kiosk Bank Simpanan Nasional (BSN) atau secara perbankan internet.
MAKLUMAT LANJUT
Sebarang soalan dan pertanyaan calon boleh ajukan ke emel stpm@mpm.edu.my.