CARA DAFTAR ANAK DARJAH 1 ATAU TAHUN 1 2023
Untuk pengetahuan ibu bapa yang ingin mendaftar anak mereka yang lahir pada 2016 dan 2017 yang akan bersekolah Tahun 1 pada 2023 dan 2024, kini anda sudah boleh mula melakukan pendaftaran dan permohonan bagi sekolah yang anda pilih untuk sesi tahun hadapan secara online. Berikut kami akan kongsikan cara daftar anak anda ke Tahun 1 untuk Sesi 2023 / 2024 secara online.
BACA JUGA : EDAFTAR MENENGAH 2022 : PERMOHONAN ONLINE (PENGESAHAN DATA & CETAKAN SURAT PENEMPATAN)
TARIKH PERMOHONAN DAFTAR ANAK TAHUN 1
Tarikh permohonan kemasukan murid ke Tahun 1 untuk sesi 2023 / 2024 akan dibuka dan berakhir seperti berikut:
Dibuka mulai : 1 Mac 2022
Ditutup pada : 30 April 2022
Tarikh Rayuan : 1 Ogos hingga 31 Ogos 2022
Tarikh Keputusan Rayuan : 1 Oktober 2022
SYARAT PENDAFTARAN
1. Warganegara Malaysia
2. Sesi Persekolahan 2023 : Lahir pada 2 Januari 2016 hingga 1 Januari 2017
3. Sesi Persekolahan 2024 : Lahir pada 2 Januari 2017 hingga 1 Januari 2018
DOKUMEN UNTUK DAFTAR ANAK TAHUN 1
1. Buku Rekod Kesihatan murid (tarikh imunisasi/suntikan)
2. Sijil Lahir murid
3. Borang permohonan Tahun 1 (yang dicetak selepas mengisi maklumat secara online)
4. Kad pengenalan ibu bapa / penjaga murid
5. Sijil nikah/Sijil Daftar Kahwin
6. Sijil Cerai dan sijil hak jagaan anak (jika berkenaan)
7. Bil Utiliti : SYABAS/TNB/ASTRO/TELEFON (Sebagai bukti alamat tempat tinggal)
CARA DAFTAR ANAK DARJAH 1 ATAU TAHUN 1 2023 / 2024
[NOTA] : Bagi ibu bapa atau penjaga yang tidak mepunyai kemudahan internet, pendaftaran ke Tahun 1 secara dalam talian boleh dibuat di sekolah yang ingin dimohon.
Ikuti langkah-langkah di bawah sebagai panduan untuk pendaftaran bagi tahun 1 2023 /2024 secara online:
CARA DAFTAR PENGGUNA BARU public.moe.gov.my
Sebelum memulakan pendaftaran anda perlu daftar sebagai pengguna terlebih dahulu. Sila ikut langkah yang disediakan di bawah:
1. Layari laman web https://public.moe.gov.my/
2. Klik “PENGGUNA BARU”.
3. Pada bahagian “DAFTAR PENGGUNA BARU”, isikan maklumat diri dengan maklumat penjaga/ibubapa.
4. Masukkan “Nama Penuh” anda pada ruangan “Masukkan nama“.
5. Masukkan “No.MyKad” pada ruangan “Masukkan no mykad”.
6. Masukkan “No. Telefon Bimbit” pada ruangan “Masukkan no telefon”.
7. Masukkan “Email” anda pada ruangan “Masukkan email”.
8. Pada bahagian “Maklumat Akaun”, masukkan kata laluan anda pada ruangan yang diberikan. (8 – 12 aksara sahaja)
9. Kemudian, sahkan kata laluan anda.
10. Pilih soalan keselamatan daripada pilihan yang diberi.
11. Masukkan jawapan bagi soalan keselamatan yang dipilih.
12. Sahkan kod dengan memasukkan aksara seperti yang diberi.
13. Klik “Daftar” bagi mengakhiri proses daftar bagi pengguna baru.
14.Selesai.
CARA DAFTAR ANAK TAHUN 1 SECARA ONLINE public.moe.gov.my
1. Layari laman web https://public.moe.gov.my/
2. Pada bahagian Daftar Masuk, masukkan ID Pengguna yang didaftarkan pada ruangan No Kad Pengenalan.
3. Masukkan kata laluan pada ruangan yang diberi.
4. Klik butang hijau DAFTAR MASUK.
5. Klik Permohonan Baharu
6. Masukkan nombor MyKid sebagai ID pengenalan murid untuk mendaftar
7. Lengkapkan maklumat berikut:
- Maklumat murid
- Maklumat kesihatan
- Maklumat penjaga
9. Setelah selesai, tekan butang Simpan dan Seterusnya
10. Untuk membuat pengemaskinian sebelum membuat perakuan, pergi ke Semak Permohonan.
11. Setelah selesai membuat kemaskini maklumat-maklumat berkaitan, pergi ke menu Perakuan
12. Semak setiap maklumat sehingga diyakini tepat pada menu Perakuan dan klik Peraku Benar Dan Hantar di bahagian paling bawah menu.
13. Status permohonan murid akan dipaparkan.
14. Pengguna boleh mencetak surat permohonan sekolah dan surat persetujuan kesihatan untuk tujuan rujukan.
[NOTA] : Jika anda mengalami kesukaran untuk mendaftar, sila rujuk manual pengguna di bawah untuk penjelasan yang lebih terperinci: