EDAFTAR MENENGAH 2022 : PERMOHONAN ONLINE (PENGESAHAN DATA & CETAKAN SURAT PENEMPATAN)
Kebiasaaannya, guru kelas tahun 6 akan mendaftarkan murid-murid tahun 6 untuk ke sekolah menengah pada tahun berikutnya. Melalui perkembangam sistem digital di negara kita, pendaftaran tersebut kini dilakukan secara atas talian melalui eDaftar Sekolah menengah menggunakan laman sesawang APDM. Kami akan kongsikan proses pendaftaran kepada para guru bagi mengelakkan kesilapan berlaku semasa proses pendaftaran.
BACA JUGA : KOLEJ PROFESIONAL MARA 2022 : (CARA PERMOHONAN/SYARAT/SEMAKAN)
PROSES KEMASKINI EDAFTAR SEKOLAH MENENGAH
Kemaskini data murid paling penting sebelum proses pendaftaran dibuat menggunakan edaftar. Ikuti langkah dibawah:
1. Data Murid
- No. KP
- No. Angka Giliran UPSR
- Nama (Mengikut Kad Pengenalan )
- Alamat
- No. Telefon
- Status Kewarganegaraan (Semak Dokumen Asal)
- Anak yang ke berapa
- Jarak ke sekolah
- Murid tinggal dengan
2. Data Penjaga Utama
3. Data Penjaga Kedua
4. Data Kokurikulum
5. Data Kad 001
CARA PERMOHONAN ONLINE EDAFTAR MENENGAH
BAHAGIAN A : Diuruskan oleh GPK HEM atau Admin Sekolah
1. Buka Sistem Pengurusan Sekolah (SPS). Klik pengurusan murid.
2. Log Masuk sebagai Admin
i. Taipkan Kod Sekolah (Huruf Besar) untuk Id Pengguna
ii. Kata Laluan “sekolah” jika tidak ditukar
iii. Klik HANTAR untuk akses Aplikasi
iv. Pilih jawapan berdasarkan permintaan soalan dan tekan verify.
3. Paparan Muka Utama akan dipaparkan jika anda berjaya Log Masuk. Klik eDaftar Menengah.
4. GPK HEM / Admin Sekolah perlu menyemak nama sekolah feeder menengah sebelum proses pendaftaran dilakukan.
i. Untuk menyemak nama sekolah feeder.
ii. Paparan analisa murid yang telah mendaftar serta bilangan kelas tahun 6 dan nama guru kelas.
iii. Admin Sekolah (PK HEM) perlu klik kota kecil tersebut setelah memastikan semua murid telah didaftarkan dan klik pada kotak Sahkan, untuk membuat pengesahan.
5. Pihak sekolah juga boleh mencetak senarai sepadu untuk simpanan sekolah
BAHAGIAN B : Dibuat Oleh Guru Kelas
i Taipkan ID Pengguna dan Kata Laluan.
ii. Klik pada butang Log Masuk.
iii. Paparan utama akan keluar.
iv. Klik eDaftar Menengah
2. Guru Kelas boleh mula mengisi permohonan berdasarkan yang dipohon oleh murid.
i. Guru boleh mula mengisi permohonan dengan klik butang di sini.
ii. Guru dikehendaki memastikan senarai murid mencukupi. Murid bukan warga tidak boleh memohon ke Tingkatan I melalui aplikasi ini.
3. Memulakan proses permohonan
i. Sila buat pilihan sekolah
it. Nyatakan sebab pilihan ke sekolah berkenaan untuk memudahkan PPD membuat penempatan.
iii. Nyatakan jarak dari rumah ke sekolah
iv. Isi maklumat-maklumat yang berikut bagi memudahkan pengurusan di sekolah menengah
v. Klik butang kemaskini untuk menghantar permohonan ini
4. Permohonan luar feeder
Jika murid tersebut memilih untuk memohon diluar feeder, sila klik Pilihan Kedua – pilih ‘Luar Feeder * untuk dikeluarkan senarai sekolah lain yang terdapat di luar feeder.
5. Paparan selepas permohonan dibuat
i. Murid yang telah memohon akan dipaparkan sekolah pilihannya
ii. Sila buat proses seterusnya kepada murid-murid yang lain
6. Tambahan untuk SJKC dan SJKT Pengisian markah pemahaman dan Penulisan untuk Peralihan
- Tahun 4 dan Tahun 5 – Markah PKBS Akhir tahun
- B. Tahun 6 – Markah Percubaan UPSR
7. Paparan Admin Sekolah
Admin sekolah boleh melihat bilangan murid yang telah selesai membuat permohonan.
8. Paparan PPD
PPD boleh memantau bilangan sekolah yang telah selesai membuat permohonan.
9. Paparan Negeri
Negeri boleh memantau bilangan PPD yang telah selesai membuat permohonan.
10. Paparan BPSH
BPSH boleh memantau bilangan negeri yang telah selesai membuat permohonan.
LOGIN APDM 2022 (APLIKASI PANGKALAN DATA MURID)
Berikut dikongsikan maklumat berkaitan Cara Login APDM 2022 secara online termasuk cara kemaskini APDM:
CARA LOG MASUK APDM 2022
1. Layari Portal Rasmi Aplikasi Pangkalan Data Murid secara online menerusi pautan seperti berikut:
2. Log masuk APDM dengan mengisi ID Pengguna dan Kata Laluan yang disahkan.
3. Klik pada butang ‘Masuk’ dan isikan maklumat kehadiran murid.
MAKLUMAT LANJUT
Sebarang pertanyaan berkaitan APDM, sila hubungi:
BAHAGIAN PENGURUSAN SEKOLAH HARIAN, Aras 3 & 4, Blok E2 Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62604 Putrajaya.
Email : azila.hamzah@moe.gov.my