VISA UMRAH ONLINE 2022 : PERMOHONAN ATAU DAFTAR visa.visitsaudi.com
Untuk pengetahuan anda, baru-baru ini Kerajaan Arab Saudi telah meletakkan 35 buah negara dalam senarai yang membenarkan penduduk rakyatnya layak untuk eVisa Arab Saudi. Malaysia adalah salah satu negara yang tersenarai.
Jika mana-mana individu berminat untuk menunaikan umrah sendiri tanpa agen boleh lah memohon Visa Umrah di eVisa Arab Saudi. Jadi, untuk memudahkan anda, kami akan kongsikan cara untuk membuat permohonan visa umrah secara online.
BACA JUGA : MYTAX LHDN 2022 SEMAKAN BAKI TUNGGAKAN CUKAI ATAU SEKATAN PERJALANAN (LOGIN PERTAMA KALI/E-FILING)
MAKLUMAT VISA ARAB SAUDI
Berikut adalah merupakan beberapa maklumat mengenai visa Arab Saudi:
1. Permohonan dibuat melalui secara online melalui pautan: https://visa.visitsaudi.com/
2. Semua pemohon boleh melawat kecuali yang bukan beragama Islam tidak dibenarkan masuk ke Makkah dan Madinah.
3. Tidak perlukan mahram.
4. Boleh membuat Umrah secara sendiri dengan menempah hotel, tiket fight dan semuanya dengan aturan tersendiri.
5. Harga : 470 Saudi Riyal(anggaran).
6. Tidak memerlukan maklumat penerbangan.
7. Sah untuk tempoh setahun sahaja.
8. Kemasukan berulang sepanjang setahun.
9. Had jangka waktu berada di Arab Saudi 90 hari.
10. Terbuka untuk sendiri atau berkumpulan.
11. Had usia 18 tahun dan kebawah mesti dibawah tanggungjawab.
CARA DAFTAR DAN MOHON EVISA SECARA ONLINE
Ikut langkah-langkah di bawah untuk membuat permohonan eVisa di secara online:
1. Pertama, layari https://visa.visitsaudi.com/. Sila daftar log masuk. Website ini sangat secure kerana ia menerapkan fungsi keselamatan seperti verification code dan had masa.
2. Pastikan gambar jelas dan berlatar belakangkan warna putih serta berukuran passport dalam format JPEG.
3. Sila isi maklumat peribadi dan passport dengan lengkap. Elakkan berlaku kesalahan maklumat. Semak beberapa kali sebelum pergi ke langkah seterusnya.
4. Pastikan anda tahu maklumat tarikh jangkaan ketibaan anda di Arab Saudi
5. Tujuan melancong, samaada atau keseluruhannya untuk :
- acara
- keluarga
- santai
- umrah
6. Maklumat menetap di saudi:
- Hotel atau residential.
- Insurans perubatan
7. Seterusnya, Baca terma dan syarat untuk mengelakkan kesalahfahaman berlaku.
8. Permohonan anda akan disemak
9. Anda boleh membuat pembayaran melalui kad debit atau kad debit
10. Tunggu proses untuk granted visa dalam tempoh yang ditetapkan.
11. Selesai.
CARA MOHON VISA ARAB SAUDI
1. Isikan maklumat diri anda. Anda juga perlu memilih masa pemprosesan dari pilihan yang dinyatakan di atas
2. Patikan anda membuat semakan maklumat diri terlebih dahulu sebelum membuat pembayaran.
3. Terakhir terdiri daripada soal selidik dan muat naik foto. Pada ketika ini, anda perlu meng-upload imbasan pasport anda. Dokumen lain juga diperlukan, tetapi ia bergantung kepada keadaan peribadi.
[NOTA] :
- eVisa ini sah selama 1 tahun selepas dikeluarkan dari tarikh kelulusan.
- Bagi yang ingin mencuba dan memohon secara atas talian, layari laman web ini : https://visa.visitsaudi.com/