BANTUAN SARA HIDUP 2024 : SEMAKAN & PERMOHONAN

Channel Telegram Rasmi Info Bantuan Kerajaan Malaysia Madani Terkini & Sahih! Khas Bantuan B40 & M40! Join : Bantuan Malaysia Madani 2024

BANTUAN SARA HIDUP 2024 : SEMAKAN & PERMOHONAN

Pelbagai inisiatif kerajaan untuk mengurangkan bebanan kos sara hidup yang semakin tinggi. Salah satu inisiatif kerajaan adalah menyalurkan bantuan wang tambahan melalui Sumbangan Asas Rahmah (SARA) untuk membeli barangan keperluan asas setiap bulan.

Pada 2024, setiap penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) layak menerima SARA mengikut data e-Kasih dan JKM.

Bagaimanakah cara permohonan dan semakan bantuan sara hidup 2024? Ikuti penjelasan lanjut di sini.

BACA JUGA : BANTUAN STR FASA 4 BILA MASUK : SEMAKAN TARIKH BAYARAN

APA ITU BANTUAN SARA HIDUP

Bantuan Sara Hidup atau nama rasminya ialah Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang diperkenal oleh kerajaan untuk membantu miskin tegar di Malaysia. Bantuan ini adalah untuk membeli barangan keperluan asas yang dikreditkan ke dalam MyKad penerima sebanyak RM100 setiap bulan selama 12 bulan, pembelian hanya sah di kedai atau pasaraya terpilih dan mengikut 10 kategori barangan yang ditetapkan.

KADAR BAYARAN BANTUAN SARA HIDUP 2024

Berdasarkan pengumuman daripada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa perbentangan bajet 2024, pihak kerajaan telah bersetuju untuk menaikkan kadar bayaran daripada RM600 kepada RM1,200.

JADUAL PEMBAYARAN BANTUAN SARA HIDUP 2024

Berikut merupakan jadual pembayaran bantuan sara hidup 2024 untuk setiap bulan (sekiranya terdapat perubahan pada tarikh rasmi pengkreditan, pihak kami akan kemaskini kembali) :

JUMLAH TARIKH BAYARAN
RM100Januari 2024
RM100Februari 2024
RM100March 2024
RM100April 2024
RM100Mei 2024
RM100Jun 2024
RM100Julai 2024
RM100Ogos 2024
RM100September 2024
RM100Oktober 2024
RM100November 2024
RM100Disember 2024
*Baki pembelian pada bulan sebelumnya tidak akan dibawa ke bulan seterusnya.

LANGKAH PEMBELIAN

Berikut merupakan cara/langkah pembelian menggunakan bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) :

  1. Pilih barangan keperluan berdasarkan 10 kategori seperti di bawah yang mempunyai label MyKasih di rak tanda harga :
    • Beras.
    • Roti.
    • Telur.
    • Minyak Masak.
    • Tepung.
    • Biskut.
    • Mee segera.
    • Minuman.
    • Makanan dalam tin.
    • Bahan perasa.
  2. Tunjuk Mykad kepada juruwang untuk menyemak pengesahan penerima bantuan.
  3. Juruwang akan mengimbas kod barangan yang dipilih.
  4. Bayaran adalah menggunakan Mykad (masukkan 6 digit Nombor Pin anda).
  5. Simpan resit selepas pembelian untuk menyemak transaksi pembelian.

SENARAI KEDAI TERPILIH

Untuk mengetahui senarai kedai atau pasaraya terpilih yang berhampiran tempat tinggal anda, boleh rujuk di sini : https://apps.mykasih.net:8443/mkmember/Redang/Recip/MerchList.aspx?lang.

BANTUAN SARA HIDUP

CARA SEMAKAN BANTUAN SARA HIDUP 2024 ONLINE.

  1. Sila ke Portal Rasmi Semakan Status MyKasih di sini : https://apps.mykasih.net:8443/mkmember/Redang/Recip/CheckStatus.aspx?lang=.

  2. Anda akan dipaparkan pada ruangan (Semakan Status).

  3. Sila Masukkan Nombor Kad Pengenalan pemohon tanpa (-) di ruangan [Nombor Mykad].

  4. Isikan kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.

  5. Klik pada butang [Semak Status].

  6. Maklumat status anda akan dipaparkan sama ada lulus atau tidak atau tiada rekod.

  7. Selesai.

CARA PERMOHONAN

Untuk mengetahui cara mengemukakan permohonan anda boleh rujuk di sini : https://ekasih.icu.gov.my/Pages/ProsesPendaftaran.aspx.

  1. Pendaftaran penerima My Kasih akan dikenal pasti daripada senarai yang sudah berdaftar di dalam pangkalan data kerajaan, iaitu pangkalan data e-Kasih.
  2. Berdasarkan data yang diambil daripada pihak Jabatan Kemajuan Masyarakat (JKM) serta sistem e-Kasih. Maklumat ini kemudiannya akan disemak sekali lagi dengan data daripada penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR).
  3. Anda perlu mengenalpasti dan buat semakan pendapatan di bawah Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) semasa, iaitu RM1,500 untuk bandar atau RM1,000 untuk luar bandar sebulan.
  4. Membuat laporan atau mendaftar kes kemiskinan melalui Pemimpin Tempatan, Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) atau Majlis Perwakilan Penduduk (MPP).

MAKLUMAT LANJUT

Pihak kami hanya memberikan informasi berkaitan sahaja untuk memudahkan carian anda. Untuk maklumat lanjut sekiranya anda mempunyai sebarang soalan atau pertanyaan boleh rujuk di sini : https://www.mykasih.com.my/contact-us/.

1 thought on “BANTUAN SARA HIDUP 2024 : SEMAKAN & PERMOHONAN”

Leave a Comment