BANTUAN SARA DIRI MAHASISWA PERAK : PERMOHONAN / SEMAKAN

Channel Telegram Rasmi Info Bantuan Kerajaan Malaysia Madani Terkini & Sahih! Khas Bantuan B40 & M40! Join : Bantuan Malaysia Madani 2024

BANTUAN SARA DIRI MAHASISWA PERAK : PERMOHONAN / SEMAKAN

Berita baik kepada anak Perak yang sedang melanjutkan pelajaran, anda kini boleh memohon Bantuan Sara Diri & Kecemasan Perak sekiranya berkelayakan. Kerajaan Negeri Perak memberi inisiatif bantuan ini bagi meringankan beban mahasiswa yang datang dari keluarga yang kurang berkemampuan untuk membolehkan mereka fokus terhadap pelajaran tanpa terganggu dengan masalah kewangan.

Ia juga menunjukkan keprihatinan Kerajaan Negeri Perak dalam membantu kebajikan Mahasiswa Perak serta membantu meringankan beban keluarga yang terlibat.

Bagaimanakah permohonan Bantuan Sara Diri Mahasiswa Perak 2023? Apakah cara semakan online? Ikuti penjelasan lanjut di sini.

BACA JUGA : PPBU BANK RAKYAT : PERMOHONAN / SYARAT / BORANG / PENGALAMAN (PEMBIAYAAN PENDIDIKAN BOLEH UBAH)

APA ITU BANTUAN SARA DIRI & KECEMASAN MAHASISWA PERAK

Bantuan ini terbagi kepada dua (2) iaitu :

  • Bantuan Sara Diri
    • Bantuan bagi menampung perbelanjaan harian mahasiswa sepanjang menjalani pengajian (IPT).
  • Bantuan Kecemasan Mahasiswa Perak
    • Bantuan khas bagi menampung sekiranya berlaku bencana atau musibah kepada mahasiswa untuk meringankan beban yang ditanggung.

NOTA : Bantuan ini disalurkan melalui Yayasan Perak dan permohonan bagi kedua-dua bantuan ini dibuka sepanjang tahun.

JUMLAH BAYARAN BANTUAN SARA DIRI MAHASISWA PERAK

Jumlah pembayaran bantuan kepada mahasiswa Perak adalah seperti berikut :

  • Bantuan Sara Diri : Peruntukkan RM500 sehingga RM2,000 (mengikut kelulusan yang bersesuaian).
  • Bantuan Kecemasan : sehingga RM5,000 (kelulusan mengikut kesesuaian).

SYARAT KELAYAKAN

Antara syarat kelayakan adalah seperti berikut :

  1. Anak kelahiran Perak atau yang telah bermastautin di Negeri Perak lebih 10 tahun.
  2. Pemohon sedang melanjutkan pengajian sepenuh masa dalam semester kedua dan ke atas peringkat Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Ijazah Sarjana (Master) dan Ijazah Doktor Falsafah (PhD) di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) yang diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).
  3. Isi rumah (Ibu dan Bapa) keluarga pemohon berpendapatan di bawah RM3,000 kebawah (gaji pokok).
  4. Keutamaan permohonan adalah kepada mahasiswa yang memperoleh PNG 3.0 dan ke atas.
  5. Pemberian sekali setahun sahaja bagi setiap pelajar mengikut peringkat pengajian. (Bantuan Sara Diri).
  6. Pemohon daripada Open Universiti Malaysia (OUM) tidak layak untuk memohon bantuan ini.
  7. Mahasiswa yang telah mendapat sebarang bantuan Biasiswa Pendidikan dari mana-mana agensi mahupun syarikat korporat tidak akan dipertimbangkan.
  8. Semua permohonan perlu mendapat sokongan/pengesahan pihak Hal Ehwal Pelajar di IPT pemohon.

BANTUAN SARA DIRI MAHASISWA PERAK

CARA PERMOHONAN BANTUAN SARA DIRI & KECEMASAN MAHASISWA PERAK.

  1. Pergi ke Portal Rasmi Yayasan Perak.

  2. Kemudian, klik [Permohonan Online].

  3. Muat turun [Borang Insentif Siswa Yayasan Perak].

  4. Seterusnya isi segala maklumat yang diperlukan dengan lengkap dan tepat.

  5. Sediakan dokumen yang diperlukan.

  6. Selesai.

DOKUMEN YANG DIPERLUKAN

Bagi pemohon yang ingin memohon kedua-dua bantuan ini, pemohon perlu menyertakan beberapa dokumen seperti berikut:

  • Salinan myKad pelajar, bapa dan ibu yang lahir di Perak.
  • Salinan kad pelajar pemohon.
  • Salinan penyata akaun bank pelajar.
  • Salinan surat kematian dan surat bercerai (jika berkaitan).
  • Salinan Transkrip Keputusan Peperiksaan Terkini (Bantuan Sara Diri sahaja).
  • Salinan Laporan Polis/Laporan Perubatan (Bantuan Kecemasan Mahasiswa Negeri Perak sahaja).
  • Penyata pendapatan bapa & ibu atau penjaga yang disahkan oleh majikan dan sekiranya pesara sila sertakan salinan penyata pencen bulanan atau jika bekerja sendiri, sila dapatkan pengesahan pendapatan.

Sokongan/perakuan/pengesahan borang permohonan:

  • Pihak yang boleh memberi sokongan ialah Pegawai Hal Ehwal Pelajar (HEP) IPT pemohon.
  • Pihak yang boleh membuat perakuan ialah ADUN/Penyelaras DUN/Pengerusi MPKK/Penghulu Mukim (kawasan tempat tinggal di Negeri Perak sahaja).
  • Semua dokumen perlu disahkan oleh Pengerusi MPKK/Penghulu Mukim/Pegawai Kerajaan Kelas A/Wakil Rakyat/Penyelaras DUN.

RUJUKAN

Jika terdapat sebarang pertanyaan atau masalah, anda boleh hubungi talian Yayasan Perak 05 2552929.

Leave a Comment