SEMAKAN BANTUAN RAHMAH 2023 : CHECK STATUS

Channel Telegram Rasmi Info Bantuan Kerajaan Malaysia Madani Terkini & Sahih! Khas Bantuan B40 & M40! Join : Bantuan Malaysia Madani 2024

SEMAKAN BANTUAN RAHMAH 2023 : CHECK STATUS

Sumbangan Asas Rahmah (SARA) merupakan inisiatif bantuan yang memberikan sokongan kewangan kepada isi rumah miskin tegar di Malaysia. Program ini difokuskan untuk memberi bantuan tambahan kepada isi rumah miskin tegar melalui penyediaan bakul makanan dan baucar pembelian barangan makanan asas.

Tujuannya adalah untuk membantu meringankan beban isi rumah miskin tegar dan memastikan keperluan makanan asas mereka terpenuhi.

Bagaimanakah cara untuk membuat semakan status? Ikuti cara yang kami sediakan di bawah.

BACA JUGA : BANTUAN SARA DIRI MAHASISWA PERAK : PERMOHONAN / SEMAKAN

SYARAT KELAYAKAN

  • Penerima mestilah berada dalam senarai sebagai Miskin Tegar dalam rekod data eKasih.
  • Pendapatan isi rumah penerima tidak boleh melebihi RM1,169 dalam sistem Penghasilan Gross Kasar (PGK) Miskin Tegar, yang berdasarkan semakan silang dengan agensi pendapatan.

SENARAI BARANG YANG BOLEH DIBELI

Antara senarai barangan yang boleh dibeli dengan Bantuan Rahmah ini adalah barangan runcit yang terdiri dari 10 kategori produk yang telah diluluskan. Antaranya ialah:

  • Beras
  • Mi/Bihun/spageti
  • Gula & Garam
  • Tepung
  • Telur
  • Minyak
  • Biskut
  • Bahan makanan kering.
  • Minuman (teh uncang, serbuk Milo, serbuk kopi)
  • Makanan dalam tin (sardin)
  • Susu pekat tin
  • Kicap/Sos

TARIKH BAYARAN BANTUAN RAHMAH

Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) akan disalurkan secara berperingkat bermula dari bulan 17 Julai hingga Disember 2023 (selama 6 bulan).

JUMLAH BAYARAN BANTUAN RAHMAH

Setiap bulan, penerima akan menerima bantuan berjumlah RM100 dalam bentuk bakul makanan dan baucar untuk membeli barangan makanan asas. Bantuan ini akan diberikan melalui kredit yang ditransfer ke Kad Pengenalan penerima, yang kemudian dapat digunakan untuk pembelian barangan makanan di kedai runcit atau pasaraya yang terpilih.

SEMAKAN BANTUAN RAHMAH

CARA SEMAKAN BANTUAN RAHMAH 2023.

  1. Sila layari Portal Rasmi MyKasih.

  2. Kemudian, klik [Sumbangan Asas Rahmah (SARA)].

  3. Scroll ke bawah dan klik [Semak Status].

  4. Masukkan Nombor Mykad pemohon.

  5. Seterusnya, masukkan Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.

  6. Tekan [Semak Status].

  7. Status anda akan dipaparkan.

  8. Selesai.

CARA MENGGUNAKAN BANTUAN RAHMAH

  1. Pilih barangan yang anda perlukan daripada 10 kategori yang disenaraikan di atas.
  2. Setelah selesai memilih barang, pergi ke kaunter pembayaran.
  3. Kemudian, nyatakan kepada juruwang bahawa anda ingin membayar menggunakan Bantuan Rahmah (SARA).
  4. Letakkan Kad Pengenalan anda pada mesin dan masukkan Nombor PIN anda.
  5. Jumlah pembelian anda ditolak dari baki di dalam kad pengenalan anda.
  6. Juruwang akan memberikan anda resit pembelian dan baki anda.

SENARAI KEDAI BANTUAN RAHMAH

Antara senarai kedai yang mengambil bahagian dalam program SARA adalah:

  • Mydin.
  • Giant.
  • Econsave.
  • The Store.
  • Pacific.
  • Milimewa.
  • 99 Speedmart.
  • Lotus Stores (Tesco).
  • Pasar raya dan pasar mini bebas.

NOTA : Anda boleh menyemak kedai-kedai yang berdekatan dengan anda yang mengambil bahagian Bantuan Rahmah di Portal MyKasih.

RUJUKAN

Jika terdapat sebarang pertanyaan atau masalah, anda boleh emelkan ke sara@mykasih.com.

Leave a Comment