SEMAKAN STR FASA 4 2023
Terkini! Pembayaran bagi bantuan tunai kerajaan Malaysia akan dikreditkan ke akaun penerima yang lulus permohonan. Penerima bantuan ini boleh check status kelulusan secara atas talian (online) di portal rasmi.
APAKAH BANTUAN TUNAI KERAJAAN MALAYSIA 2023
Bantuan tunai yang diberikan dikenali sebagai Sumbangan Tunai Rahmah (STR). Portal online rasmi untuk urusan boleh dilakukan di mySTR.
Bagaimanakah semakan str fasa 4 2023? Apakah cara check bayaran duit sumbangan tunai rahmah? Info lanjut boleh dirujuk di sini.
TARIKH BAYARAN STR FASA 4
Anda boleh mula check status pembayaran pada :
PERKARA | TARIKH |
Tarikh pembayaran Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah Fasa 4 (2023). | Akan diumumkan |
KAEDAH BAYARAN BANTUAN SUMBANGAN TUNAI RAHMAH
Sepertimana yang diumumkan, pengkreditan dan penunaian akan dikreditkan bayarannya bermula pada :
- Ada Akaun – Pengkreditan mulai 26 Jun 2023 secara berperingkat.
- Tiada Akaun – Penunaian di cawangan BSN mulai 26 Jun 2023 (termasuk di Sabah / Sarawak).
Baca juga : CARA CHECK STATUS STR
SEMAKAN STR FASA 4
PANDUAN LENGKAP SEMAKAN STR FASA 4 ONLINE 2023. CARA CHECK STATUS BAYARAN SUMBANGAN TUNAI RAHMAH.
- Klik Link Semakan Bantuan Tunai STR di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Halaman utama MySTR akan dipaparkan.
- Sila ke sebelah kanan paparan skrin, kemudian log masuk.
- Isi No MyKad penerima.
- Tekan [Log Masuk].
- Paparan skrin akan menunjukkan laman Semak Status.
- Tekan [Semak].
- Paparan skrin akan menunjukkan “Adakah ini kata kunci keselamatan anda?”.
- Tekan [Ya] sekiranya kata kunci keselamatan milik anda.
- Masukkan [Kata Laluan].
- Tekan [Log Masuk].
- Jika berjaya login mySTR, anda dapat lihat beberapa menu yang disediakan.
- Tekan menu [Semakan] untuk check status bayaran Sumbangan Tunai Rahmah.
- Maklumat status dan maklumat bayaran akan dipaparkan.
- Selesai.
SEMAKAN JUMLAH PEMBAYARAN SUMBANGAN TUNAI RAHMAH 2023
Berikut adalah jadual jumlah bayaran bantuan tunai STR Fasa 4 2023 :
BILANGAN ANAK | KATEGORI ISI RUMAH (Pendapatan isi rumah RM2,500 & ke bawah) |
0 | RM200 |
1-2 orang | RM600 |
3-4 orang | RM900 |
5 orang ke atas | RM1,200 |
BILANGAN ANAK | KATEGORI ISI RUMAH (Pendapatan isi rumah RM2,501 – RM5000) |
0 | 0 |
1-2 orang | RM100 |
3-4 orang | RM300 |
5 orang ke atas | RM500 |
KATEGORI BUJANG (Pendapatan Bujang RM2,500 dan ke bawah (Berumur 19 – 59 tahun) |
RM0 |
KATEGORI WARGA EMAS (Pendapatan Warga Emas Tiada Pasangan RM5,000 ke bawah (Berumur bawah 60 tahun)) |
RM200 |
RUJUKAN
Sebarang soalan atau pertanyaan berkaitan dengan hebahan di atas, anda boleh ajukan kepada pihak yang berwajib di bawah ini :
- Hotline BKK LHDNM : 1-800-88-2747
- Hotline STR MoF : 03-8882 4565/4566
- E-mel : str@treasury.gov.my.