TARIKH BAYARAN STR FASA 4

Channel Telegram Rasmi Info Bantuan Kerajaan Malaysia Madani Terkini & Sahih! Khas Bantuan B40 & M40! Join : Bantuan Malaysia Madani 2024

TARIKH BAYARAN STR FASA 4

Sumbangan Tunai Rahmah atau singkatannya STR adalah bantuan dalam bentuk tunai yang menggantikan bantuan sebelum ini iaitu Bantuan Keluarga Malaysia (BKM).

Bilakah tarikh bayaran STR fasa 4? Ikuti penjelasan lanjut di sini.

BACA JUGA : CARA LOGIN STR : LOG MASUK SUMBANGAN TUNAI RAHMAH

TARIKH BAYARAN STR

Pembayaran bantuan STR akan dikreditkan pada :

PERKARATARIKH
Tarikh pembayaran STR Fasa 4 2023November 2023 (akan dikemaskini apabila secara rasmi diumumkan)

SENARAI YANG LAYAK TERIMA STR

  • Bujang.
  • Pasangan yang berpendapatan B40.
  • Ibu/bapa tunggal.
  • Warga emas yang tiada pasangan.

NOTA : Mengikut kelayakan yang ditetapkan oleh Kerajaan. Penerima bantuan tunai BKM sebelum ini secara automatik akan layak untuk menerima bayaran Sumbangan Tunai Rahmah 2023. Tetapi pemohon digalakkan untuk membuat kemaskini maklumat di portal rasmi supaya tiada keciciran data berlaku disebabkan pertukaran nama bantuan dan juga pertukaran portal rasmi.

CARA LOG MASUK SUMBANGAN TUNAI RAHMAH

  1. Layari pautan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
  2. Masukkan Nombor Kad Pengenalan pemohon di ruangan No MyKAd mySTR.
  3. Klik [Log Masuk].
  4. Kemudian, klik [Semak].
  5. Tekan [Ya] sekiranya Kata Kunci yang dipaparkan adalah betul.
  6. Seterusnya masukkan Kata Laluan anda.
  7. Klik [Log Masuk].
  8. Anda akan dipaparkan Halaman Utama Portal.
  9. Anda boleh meneruskan segala urusan di dalam Portal tersebut.
  10. Setelah selesai anda boleh menekan [Log Keluar].
  11. Selesai.

KADAR BAYARAN STR FASA 4

  • Kategori bujang adalah sebanyak RM100.
  • Kategori pasangan adalah antara RM300 hingga RM500.
  • Kategori Warga emas pula adalah sebanyak RM300.

Atau anda boleh menyemak status bayaran fasa 4.

CARA SEMAKAN STATUS STR

  1. Masuk pada Portal Rasmi STR Semakan Status.
  2. Kemudian, masukkan Nombor Kad Pengenalan pemohon di ruangan (No MyKad/ID pengguna)
  3. Tekan [Semak].
  4. Klik [Ya] jika Frasa keselamatan anda betul.
  5. Seterusnya masukkan Kata Laluan.
  6. Anda akan dibawa ke Halaman Utama Portal.
  7. Tekan [Semakan].
  8. Seterusnya lihat [Maklumat Pembayaran].
  9. Maklumat tentang pembayaran akan dipaparkan seperti berikut :
    • Nombor Pengenalan Akaun dikredit.
    • Nama Penerima.
    • Fasa Pembayaran.
    • Jumlah dikredit.
    • Status Kredit.
    • Nama Bank.
    • Nombor Akaun Bank.
  10. Selesai.

RUJUKAN

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan STR, anda boleh hubungi talian hotline 03 8882 4565 atau emel ke str@treasury.gov.my.

Leave a Comment