BANTUAN EMADANI 2023 : TEBUS / CLAIM RM100 GUNA MAE MAYBANK, SETEL PETRONAS, SHOPEE & TOUCH N GO (TNG)
Program eMADANI merupakan satu inisiatif Kerajaan yang telah diumumkan di bawah kerangka ‘Ekonomi MADANI: Memperkasa Rakyat’. Program ini bertujuan untuk meningkatkan penggunaan transaksi tanpa tunai di samping meringankan beban kewangan rakyat.
Bantuan ini dijangka memanfaatkan lebih 10 juta rakyat Malaysia, melalui tawaran kredit eMADANI bernilai RM100 yang boleh digunakan bagi pembelian fizikal melalui penyedia perkhidmatan e-dompet yang terpilih.
Pada masa yang sama, penyedia perkhidmatan e-dompet yang mengambil bahagian akan turut menawarkan inisiatif tambahan dalam bentuk baucar, pulangan tunai (cashback), diskaun, mata ganjaran (rewards points) dan ‘coins’.
Bagaimanakah cara tebus atau claim bantuan emadani RM100 2023 guna Touch N Go (TNG), MAE Maybank, Setel Petronas dan Shopee? Panduan lengkap boleh rujuk di sini.
Baca juga : TEBUS E WALLET MADANI RM100
TARIKH TEBUS / CLAIM BANTUAN EMADANI
Berikut merupakan tarikh bermula bagi proses penebusan boleh di buat :
TARIKH RASMI TEBUS BANTUAN EMADANI |
---|
Bermula pada 4 Disember 2023 sehingga 20 Februari 2024 |
SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN
Berikut merupakan senarai syarat permohonan yang di nyatakan oleh pihak kerajaan :
- Warganegara Malaysia.
- Berumur 21 tahun dan ke atas pada tahun 2023.
- Jumlah pendapatan setahun tidak melebihi RM100,000.
- Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR).
- Dalam kategori B40 dan M40.
- Bukan penerima eBeliaRahmah.
CARA PEMBAYARAN E-WALLET RM100
Bayaran akan disalurkan kepada penerima melalui :
KAEDAH BAYARAN BANTUAN EMADANI |
---|
RM100 akan dikreditkan ke dalam aplikasi yang ditebus |
CARA TEBUS BANTUAN EMADANI GUNA MAE MAYBANK
Ikuti langkah dibawah untuk menuntut e-wallet RM100 melalui aplikasi MAE Maybank :
- Buka aplikasi MAE Maybank.
- Kemudian, tekan butang ikon ‘eMADANI’ pada halaman utama.
- Masukkan butiran maklumat anda dan tekan butang ‘Submit’.
- Anda akan menerima notifikasi apabila proses penebusan RM100 eMADANI anda berjaya!
CARA TEBUS BANTUAN EMADANI GUNA TOUCH N GO (TNG)
Berikut adalah langkap tuntutan e-wallet RM100 menerusi aplikasi Touch N Go (TNG) :
- Buka aplikasi Touch N Go (TNG).
- Anda akan dibawa ke Halaman Utama aplikasi TNG.
- Kemudian, tekan butang ikon ‘eMADANI’.
- Isi butiran maklumat yang diminta dengan lengkap dan pastikan betul.
- Tekan butang ‘Submit’.
- Anda akan menerima Notifikasi apabila proses tuntutan e-wallet RM100 berjaya di lakukan!
CARA TEBUS BANTUAN EMADANI GUNA SETEL PETRONAS
Di bawah ini adalah lengkap tuntutan bantuan e-wallet RM100 melalui aplikasi Setel Petronas :
- Buka aplikasi Setel Petronas.
- Anda akan dibawa ke Halaman Utama aplikasi Setel.
- Kemudian, tekan butang ikon ‘eMADANI’.
- Isi butiran maklumat yang diminta dengan lengkap dan pastikan betul.
- Tekan butang ‘Submit’.
- Anda akan menerima Notifikasi apabila proses tuntutan e-wallet RM100 berjaya di lakukan!
CARA CLAIM BANTUAN EMADANI GUNA SHOPEE
Pemohon yang berminat untuk membuat tuntutan melalui Shopee boleh ikuti panduan di bawah :
- Buka aplikasi Shopee.
- Anda akan dibawa ke Halaman Utama aplikasi Shopee.
- Kemudian, tekan butang ikon ‘eMADANI’.
- Isi butiran maklumat yang diminta dengan lengkap dan pastikan betul.
- Tekan butang ‘Submit’.
- Anda akan menerima Notifikasi apabila proses tuntutan e-wallet RM100 berjaya di lakukan!
NOMBOR HOTLINE BANTUAN EMADANI
Sekiranya anda mempunyai sebarang soalan atau pertanyaan berkaitan perkara di atas, anda boleh terus berhubung dengan pihak yang berwajib di bawah ini. Maklumat di atas sekadar perkongsian oleh pihak kami bagi memudahkan para pelawat mendapatkan info yang lebih mudah dan senang diikuti. Semoga bermanfaat.
MAE Maybank : 1300-88-6688 atau emel ke mgcc@maybank.com.my.
Setel Petronas : Emel ke hello@setel.com.
ShopeePay : +603-2777 9222.
Touch ‘n Go eWallet : +603-2714 8888.
No209 tkt2 blok53 flat nilam sari jalan plumbum seksyen7 40000 shah alam selangor
No209 tkt2 blok53 flat nilam sari jalan plumbum seksyen7 40000 shah alam selangor