CARA TEBUS BANTUAN EMADANI RM100 2023 : CLAIM SEKARANG

Channel Telegram Rasmi Info Bantuan Kerajaan Malaysia Madani Terkini & Sahih! Khas Bantuan B40 & M40! Join : Bantuan Malaysia Madani 2024

CARA TEBUS BANTUAN EMADANI RM100 2023 : CLAIM SEKARANG

Untuk pengetahun anda, Program eMADANI merupakan satu inisiatif Kerajaan yang telah diumumkan di bawah kerangka ‘Ekonomi MADANI: Memperkasa Rakyat’. Program ini bertujuan untuk meningkatkan penggunaan transaksi tanpa tunai di samping meringankan beban kewangan rakyat.

Program ini dijangka memanfaatkan lebih 10 juta rakyat Malaysia, melalui tawaran kredit eMADANI bernilai RM100 yang boleh digunakan bagi pembelian fizikal melalui penyedia perkhidmatan e-dompet yang terpilih.

Pada masa yang sama, penyedia perkhidmatan e-dompet yang mengambil bahagian akan turut menawarkan inisiatif tambahan dalam bentuk baucar, pulangan tunai (cashback), diskaun, mata ganjaran (rewards points) dan ‘coins’.

Bagaimanakah cara tebus bantuan emadani e-wallet rm100 2023? Panduan lengkap boleh rujuk di sini.

Baca juga : ETUNAI RM100 : CARA TEBUS, CLAIM, SEMAKAN, DAFTAR

BILAKAH PROGRAM INI AKAN BERMULA?

Pemohon boleh mula tebus atau claim e-Wallet eMadani RM100 ini bermula pada 4 Disember 2023 sehingga 20 Februari 2024.

SIAPAKAH YANG LAYAK MENERIMA BANTUAN EMADANI INI?

Berikut adalah senarai syarat kelayakan yang di nyatakan oleh pihak kerajaan :

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Berumur 21 tahun dan ke atas pada tahun 2023.
  3. Jumlah pendapatan setahun tidak melebihi RM100,000.
  4. Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR).
  5. Dalam kategori B40 dan M40.
  6. Bukan penerima eBeliaRahmah.

KAEDAH PEMBAYARAN BANTUAN EMADANI RM100

Berikut adalah kaedah pembayaran yang akan disalurkan kepada penerima :

CARA BAYARAN BANTUAN EMADANI RM100
Duit RM100 akan dikreditkan ke dalam aplikasi yang ditebus

SENARAI APLIKASI YANG BOLEH CLAIM E-WALLET EMADANI RM100

Pemohon boleh membuat proses penebusan di antara salah satu penyedia perkhidmatan e-wallet yang terlibat dalam program ini seperti berikut :

  1. MAE Maybank.
  2. Setel Petronas.
  3. ShopeePay.
  4. Touch ‘n Go eWallet.

CARA TEBUS BANTUAN EMADANI

Berikut merupakan cara claim e-Wallet RM100 :

  1. Sila pilih salah satu aplikasi yang dinyatakan di atas.
  2. Sekiranya masih belum ada, sila muat turun di apps store / play store dalam telefon bimbit anda.
  3. Seterusnya, daftar akaun dan isikan semua maklumat yang diperlukan dengan betul.
  4. Kemudian, lihat di halaman utama aplikasi akan dipaparkan [eMADANI RM100] pada bahagian [HOME].
  5. Kemudian klik pada butang [RM100 eMADANI].
  6. Pilih [Claim Now].
  7. Seterusnya buat pengesahan dengan menekan butang [VERIFY].
  8. Pilih ID Pengenalan Pemohon [Nombor Kad Pengenalan].
  9. Muat naik gambar hadapan kad pengenalan pemohon.
  10. Seterusnya, masukkan gambar (Selfie) pemohon.
  11. Sila pastikan semua butiran anda tepat dan betul sebelum menekan butang [Continue].
  12. Isikan semua maklumat yang diperlukan dengan lengkap dan sah.
  13. Kemudian klik [Submit].
  14. Pemohon yang berjaya akan menerima notifikasi “eMadani Claim Approved”.
  15. Anda akan menerima kredit RM100 di dalam aplikasi tersebut.
  16. Selesai.

MAKLUMAT LANJUT CARA TEBUS BANTUAN EMADANI

Sebarang soalah atau pertanyaan berkaitan dengan perkara yang dinyatakan di sini, anda boleh ajukan pertanyaan tersebut kepada pihak yang berwajib iaitu pihak penyedia e-Wallet. Pihak kami sekadar berkongsi maklumat untuk memudahkan urusan pemohon untuk melakukan proses penebusan bantuan ini.

  • MAE Maybank : 1300-88-6688 atau emel ke mgcc@maybank.com.my.
  • Setel Petronas : Emel ke hello@setel.com.
  • ShopeePay : +603-2777 9222.
  • Touch ‘n Go eWallet : +603-2714 8888.

Leave a Comment