BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN 2024 : JUMLAH BAYARAN

Channel Telegram Rasmi Info Bantuan Kerajaan Malaysia Madani Terkini & Sahih! Khas Bantuan B40 & M40! Join : Bantuan Malaysia Madani 2024

BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN 2024 : JUMLAH BAYARAN

Di dalam belanjawan 2024 baru-baru ini, pelbagai bantuan yang akan dilaksanakan oleh kerajaan. Salah satu inisiatif kerajaan kepada ibubapa atau penjaga adalah Bantuan Awal Persekolahan (BAP) untuk membantu ibubapa atau penjaga mengurangkan beban perbelanjaan untuk menyediakan kelengkapan peralatan sekolah anak-anak.

Berapakah jumlah bayaran bantuan awal persekolahan 2024? Ikuti penjelasan lanjut di sini.

BACA JUGA : BANTUAN ASAS RAHMAH RM1200 : PERMOHONAN & SEMAKAN

APA ITU BAP

BAP atau Bantuan Awal Persekolan merupakan salah satu inisiatif daripada kerajaan untuk meringankan beban perbelanjaan ibubapa atau penjaga yang berpendapatan rendah untuk menyediakan kelengkapan peralatan sekolah anak-anak.

TARIKH BAYARAN BAP

Dimaklumkan bahawa Bantuan Awal Persekolahan (BAP) akan disalurkan bermula bulan Januari 2024 kepada akaun sekolah dan pihak sekolah akan mengagihkan kepada ibubapa atau penjaga pelajar secara one-off sebaik sahaja peruntukan diterima.

BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN 2024

JUMLAH BANTUAN BAP

Dalam Belanjawan 2024 memperuntukkan sebanyak RM788,130,000 khusus untuk tujuan bantuan sesi awal sekolah. Bayaran BAP adalah sebanyak RM150 kepada setiap murid secara one-off (sekali bayar) akan memberi manfaat kepada seramai 5,254,200 orang murid.

KAEDAH BAYARAN

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan menyalurkan terus ke akaun sekolah secara berperingkat dan pihak sekolah akan agihkan kepada ibubapa atau penjaga murid/pelajar secara tunai atau akaun bank.

SYARAT KELAYAKAN BAP

Kementeria Pendidikan Malaysia (KPM) belum menyatakan syarat kelayakan bagi tahun 2024. Tetapi pada tahun 2023, bantuan (BAP) diberikan kepada murid yang menepati kriteria kelayakan seperti berikut :

  • Murid Warganegara Malaysia.
  • Murid Tahun 1 hingga Tingkatan 5 atau yang setaraf dengannya bagi sesi persekolahan 2023/2024; dan
  • Murid bersekolah di:
    • Sekolah Kerajaan (SK).
    • Sekolah Bantuan Kerajaan (SBK).
    • Sekolah Agama.
    • Sekolah Swasta Persendirian yang berdaftar dengan Kerajaan.
    • Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih.
    • Sekolah Integriti.
    • Sekolah Henry Gurney.

CARA PERMOHONAN BAP

Ibubapa atau penjaga murid tidak perlu membuat permohonan untuk mendapatkan bantuan ini.

Nota : Untuk maklumat lebih terperinci, anda boleh baca ucapan belanjawan di sini : https://belanjawan.mof.gov.my/pdf/belanjawan2024/ucapan/touchpoint-budget-bm.pdf.

RUJUKAN

Pihak kami hanya memberikan informasi berkaitan di atas sahaja untuk memudahkan carian anda. Sekiranya pihak anda mempunyai sebarang masalah atau soalan berkaitan BAP, sila rujuk pihak yang berwajib seperti KPM, PPD atau sekolah.

Leave a Comment