BAJET 2024 BUJANG : SENARAI BANTUAN
Pelbagai usaha kerajaan untuk membantu dengan membiayai pelbagai bentuk pemberian kerajaan kepada rakyat Malaysia yang merangkumi subsidi, insentif dan bantuan. Dalam mendepani isu kos sara hidup yang semakin tinggi, pelbagai bantuan yang diberikan kepada semua kategori termasuklah kategori bujang di Malaysia.
Apakah senarai bantuan bujang dalam bajet 2024? Ikuti penjelasan lanjut di sini.
BACA JUGA : BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN : JUMLAH BAYARAN
SYARAT KELAYAKAN UMUM BANTUAN BUJANG
- Warganegara Malaysia.
- Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak dan menepati syarat.
- Berumur 21-59 tahun.
- Berpendapatan RM2,500 dan ke bawah.
- Atau; untuk Bantuan Belia; individu bujang yang masih belajar sepenuh masa di Institut Pengajian Awam/Swasta.
BAJET 2024 BUJANG
SENARAI BANTUAN BUJANG 2024
Berikut merupakan senarai bantuan bujang yang diperkenalkan oleh kerajaan bagi tahun 2024 seperti :
- Sumbangan Tunai Rahmah (STR)
- Peruntukan untuk 3.3juta penerima akan menerima manfaat RM350.
- Sumbangan Asas Rahmah (SARA)
- Peruntukan kepada 4.3juta penerima manfaat sebanyak RM150 (kelayakan adalah mengikut data e-Kasih).
- Bantuan Lesen Memandu.
- Lesen motosikal kelas B2, e-hailing dan teksi untuk manfaat lebih 40,000 belia daripada keluarga kurang mampu.
- FLYsiswa (Bantuan subsidi pembelian tiket).
- Ikhtiar FLYsiswa akan diteruskan untuk manfaat hampir 60,000 pelajar kurang mampu untuk pulang ke kampung halaman.
- Sukarelawan Belia.
- Ganjaran RM500 kepada belia yang berjaya melalukan aktiviti kesukarelawanan dengan badan yang diiktiraf oleh kerajaan.
- Program Rakan Muda.
- 20 juta ringgit disediakan untuk Rakan Muda memperbanyak pengisian program-program belia.
- Program Tunas Usahawan Belia Bumiputera (TUBE).
- Peruntukan sebanyak 20 juta ringgit untuk melahirkan lebih ramai usahawan belia dan peluang pekerjaan.
- Skim TEKUN Belia Mobilepreneur.
- Peruntukan 10 juta ringgit bagi membiayai modal anak muda terlibat dalam perkhidmatan penghantaran menggunakan motosikal.
- E-Sukan.
- 30 juta ringgit peruntukan untuk menggalakkan syarikat atau studio permainan video antarabangsa melabur di Malaysia.
NOTA : Untuk maklumat lebih terperinci, sila baca di sini : https://belanjawan.mof.gov.my/pdf/belanjawan2024/ucapan/touchpoint-budget-bm.pdf.
RUJUKAN
Pihak kami hanya memberikan informasi berkaitan di atas sahaja berdasarkan Belanjawan 2024. Sekiranya anda mempunyai soalan atau pertanyaan, boleh ajukan kepada pihak berwajib.