BELANJAWAN 2024 KWSP : PENGELUARAN AKAUN FLEKSIBEL KWSP

Channel Telegram Rasmi Info Bantuan Kerajaan Malaysia Madani Terkini & Sahih! Khas Bantuan B40 & M40! Join : Bantuan Malaysia Madani 2024

BELANJAWAN 2024 KWSP : PENGELUARAN AKAUN FLEKSIBEL KWSP

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja menyambut baik Belanjawan 2024 terutama dalam menangani beberapa perkara yang dibangkitkan berkenaan kesejahteraan kewangan jangka panjang rakyat Malaysia. KWSP juga bakal memperkenalkan Akaun Fleksibel kepada semua pencarum.

Bagaimanakah pengeluaran akaun fleksibel KWSP? Ikuti penjelasan lanjut di sini.

BACA JUGA : BAJET 2024 BUJANG : SENARAI BANTUAN

APA ITU AKAUN FLEKSIBEL

Akaun Fleksibel adalah akaun ketiga yang boleh diakses oleh ahli pada bila-bila masa sahaja, khususnya pada waktu kecemasan. Akaun tersebut membantu pencarum mengimbangi keperluan jangka masa pendek, sederhana dan panjang agar simpanan persaraan itu dapat memenuhi keperluan kitaran hidup di hari tua kelak.

BELANJAWAN 2024 KWSP

Ketika membentangkan belanjawan pada 13 Oktober 2023 lalu, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan akaun ahli KWSP akan distruktur semula untuk memperkasakan simpanan persaraan.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) KWSP, Datuk Seri Amir Hamzah Azizah berkata, akaun baharu tersebut akan boleh diakses oleh ahli pada bila-bila masa terutamanya ketika menghadapi kecemasan.

Selaras dengan fenomena penuaan yang pesat dan landskap kerja yang semakin berkembang ke arah tidak formal di Malaysia, KWSP sentiasa mengkaji semula Skim KWSP untuk memastikan ahli-ahlinya boleh memenuhi keperluan kitaran hidup tanpa menjejaskan simpanan mereka bagi tujuan persaraan.

Dalam pada itu, KWSP juga berusaha memperkukuh sumber dan peruntukan persaraan bagi memastikan maruah dan keselesaan rakyat terjamin. Inisiatif tersebut dapat membantu rakyat meningkatkan simpanan persaraan.

KWSP menyokong dan akan bekerjasama dengan kerajaan dalam merealisasikan aspirasi Malaysia Madani untuk memastikan kehidupan persaraan rakyat Malaysia terjamin.

Kesejahteraan hari tua rakyat kekal sebagai salah satu keutamaan kerajaan, berikutan tahap perlindungan yang rendah di bawah skim pencen dan persaraan yang formal dalam kalangan rakyat Malaysia.

NOTA : Untuk maklumat lebih terperinci, sila rujuk teks ucapan penuh oleh Perdana Menteri di sini : https://belanjawan.mof.gov.my/pdf/belanjawan2024/ucapan/touchpoint-budget-bm.pdf.

RUJUKAN

Pihak kami hanya memberikan informasi berkaitan di atas sahaja untuk memudahkan carian anda. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan berkaitan di atas, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti KWSP.

Leave a Comment