BANTUAN ASAS RAHMAH RM1200 2024 : PERMOHONAN & SEMAKAN
Dalam belanjawan 2024 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri pada 13 Oktober 2023 lalu, Beliau mengumumkan bahawa kerajaan bersetuju untuk meneruskan perlaksanaan inisiatif ‘payung Rahmah’ untuk membantu golongan B40 bersedia mendepani isu kos sara hidup yang semakin meningkat.
Mulai tahun 2024, semua penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) akan menerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA).
Bagaimanakah permohonan bantuan asas rahmah rm1200 2024 secara online? Ikuti penjelasan lanjut di sini.
BACA JUGA : BANTUAN 1000 MYKAD : PERMOHONAN & SEMAKAN
APA ITU BANTUAN ASAS RAHMAH
Sumbangan Asas Rahmah (SARA) merupakan inisiatif bantuan yang memberikan sokongan kewangan kepada isi rumah miskin tegar di Malaysia. Program ini difokuskan untuk memberi bantuan tambahan kepada isi rumah miskin tegar melalui penyediaan bakul makanan dan baucar pembelian barangan makanan asas di kedai / pasaraya yang berdaftar.
JUMLAH BAYARAN BANTUAN ASAS RAHMAH
Setiap bulan, penerima akan menerima bantuan berjumlah RM100 selama tempoh 12 bulan yang akan diberikan melalui kredit yang ditransfer ke Kad Pengenalan penerima, dan kemudian dapat digunakan untuk pembelian barangan makanan di kedai runcit atau pasaraya yang terpilih.
SYARAT KELAYAKAN BANTUAN ASAS RAHMAH
- Penerima mestilah berada dalam senarai sebagai Miskin Tegar dalam rekod data eKasih.
- Pendapatan isi rumah penerima tidak boleh melebihi RM1,169 dalam sistem Penghasilan Gross Kasar (PGK) Miskin Tegar, yang berdasarkan semakan silang dengan agensi pendapatan.
SENARAI BARANGAN KEPERLUASAN ASAS
Antara senarai barangan yang boleh dibeli dengan Bantuan Asas Rahmah ini terdiri dari 10 kategori produk yang telah diluluskan seperti berikut :
- Beras/Mi/Bihun/spageti
- Gula & Garam
- Tepung
- Telur
- Minyak
- Biskut dan bahan makanan kering.
- Minuman (teh uncang, serbuk Milo, serbuk kopi)
- Makanan dalam tin (sardin)
- Susu pekat tin
- Kicap/Sos
CARA MEMBELI MENGGUNAKAN (SARA)
- Pilih barangan yang anda perlukan daripada 10 kategori yang disenaraikan di atas.
- Setelah selesai memilih barang, pergi ke kaunter pembayaran.
- Kemudian, nyatakan kepada juruwang bahawa anda ingin membayar menggunakan Bantuan Rahmah (SARA).
- Letakkan Kad Pengenalan anda pada mesin dan masukkan Nombor PIN anda.
- Jumlah pembelian anda ditolak dari baki di dalam kad pengenalan anda.
- Juruwang akan memberikan anda resit pembelian dan baki anda.
BANTUAN ASAS RAHMAH RM1200
CARA SEMAKAN BANTUAN ASAS RAHMAH RM1200
- Sila layari laman Portal Rasmi MyKasih.
- Kemudian, klik [SEMAK STATUS] pada [Sumbangan Asas Rahmah (SARA)].
- Masukkan Nombor Mykad pemohon.
- Seterusnya, masukkan Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
- Tekan [Semak Status].
- Status anda akan dipaparkan.
- Selesai.
CARA PERMOHONAN BANTUAN ASAS RAHMAH
Kepada anda yang berkelayakan tetapi tidak pernah membuat permohonan MyKasih, anda boleh ikuti cara permohonan lengkap di bawah ini :
Cara permohonan Sumbangan Asas Rahmah 2023 : MY KASIH REGISTER : PERMOHONAN BARU DAN SEMAKAN E-KASIH ONLINE.
RUJUKAN
Pihak kami hanya memberikan informasi sahaja untuk memudahkan carian anda. Jika anda mempunyai soalan atau pertanyaan, boleh e-melkan ke sara@mykasih.com.my.