CARA BUAT APPOINTMENT MAYBANK GUNA MAYBANK2U DAN MAE ONLINE
Untuk makluman anda, sebarang urusan sepanjang tempoh pandemik Covid 19 ini, pihak Maybank telah menetapkan bahawa urusan yang berkaitan perlu dibuat temujanji terlebih dahulu sebelum hadir ke cawangan Maybank yang dikehendaki.
Sebarang urusan berkaitan di kaunter mestilah dibuat appointment terlebih dahulu. Hal ini kerana, untuk mengelakkan berlaku kesesakan di kaunter serta mengurangkan risiko jangkitan Covid 19 kepada pekerja serta pelanggan yang dihormati.
Berikut adalah beberapa senarai urusan yang berkaitan di kaunter yang perlu dibuat temujanji Maybank terlebih dahulu sebelum hadir ke kaunter untuk urusan tersebut.
Baca juga : TEMUJANJI ONLINE PTPTN : CARA BUAT APPOINTMENT DAN BOOKING SLOT E-JANJITEMU
SENARAI PERKHIDMATAN DI KAUNTER YANG MEMERLUKAN APPOINTMENT MAYBANK
Ini adalah beberapa senarai yang memerlukan anda membuat temujanji Maybank terlebih dahulu sebelum hadir ke kaunter urusan.
- Pembukaan akaun bank, kad debit, dan perkhidmatan yang berkaitan dengan akaun.
- Online banking, pengaktifan pembukaan akaun online.
- Kad kredit, pelaburan, insurans, pinjaman, dan pembiayaan.
- Deposit tetap dan ASNB.
- Urusan niaga perbankan dan perkhidmatan kaunter lain.
- Sewa beli dan urusan kenderaan.
- Simpanan premium.
- Pinjaman dan pembiayaan SME.
CARA BUAT APPOINTMENT MAYBANK
Panduan Lengkap Cara Buat Appointment Maybank.
- Sila layari laman web rasmi Appoinment Maybank di pautan ini : https://www.maybank2u.com.my/page/appointment/.
- Anda akan di bawa ke halaman Make an Appointment.
- Tick Icon Bulat untuk urusan yang anda kehendaki.
- Pilih Negeri yang anda berada atau yang anda ingin berurusan.
- Pilih Daerah yang anda mahukan atau yang anda berada.
- Pilih Cawangan yang anda inginkan.
- Masukkan Alamat.
- Sila pilih Tarikh Appointment yang anda mahukan.
- Pilih Masa yang anda mahukan.
- Masukkan Nama Penuh anda.
- Isi Nombor Kad Pengenalan anda.
- Isi butiran Nombor Telefon anda.
- Masukkan Emel anda.
- Tanda pada kotak CAPTCHA untuk tujuan sekuriti.
- Klik Submit.
- Tahniah! Appointment Maybank online anda telah berjaya.
- Anda akan menerima Emel Pengesahan untuk Nombor Rujukan Appointment anda.
- Semak Emel anda.
- Sila Cetak atau Catit Nombor Rujukan Appointment anda untuk tujuan rujukan.
- Selesai.
CARA BUAT APPOINTMENT MAYBANK GUNA APLIKASI ATAU APPS MAE
- Buka aplikasi MAE di telefon pintar.
- Pada laman Home, sila tekan bahagian More.
- Cari icon Maybank EzyQ.
- Tekan icon Maybank EzyQ.
- Anda akan dibawa ke laman Make An Appointment.
- Tick pada bulatan jenis perkhidmatan yang ingin dilakukan untuk booking temujanji.
- Sila lengkapkan maklumat yang diminta seperti di bawah:
- State (Negeri)
- District (Daerah)
- Branch (Cawangan)
- Address (Alamat)
- Date Of Appointment (Tarikh Temujanji)
- Preferred Time (Waktu Yang Sesuai)
- Name (Nama)
- ID Type (Nombor Kad Pengenalan/Passport)
- Contact Number (Nombor Telefon)
- Email (E-mel)
- Tick pada kotak I’m Not A Robot untuk pengesahan.
- Tekan butang SUBMIT.
- Booking Appointment Maybank anda telah selesai.
- Sila semak Emel pengesahan anda untuk Nombor Rujukan Appointment.
- Pastikan anda Cetak atau Catit Nombor Rujukan dan Slip Appointment anda untuk tujuan rujukan semasa hadir ke kaunter.
Baca juga : TARIKH BAYARAN GKP SEPTEMBER 2021 : CARA SEMAK STATUS DAN MAKLUMAT PEMBAYARAN GERAN KHAS PRIHATIN 4.0
CARA CANCEL APPOINTMENT MAYBANK
Untuk pengetahuan anda, anda boleh batalkan appointment Maybank jika anda tidak dapat hadir pada tarikh tempahan yang anda sudah buat.
Berikut adalah caranya.
- Layari laman web Appointment Maybank di pautan ini : https://www.maybank2u.com.my/page/appointment/.
- Klik Manage.
- Anda akan dibawa ke laman Manage Your Appointment.
- Isi Nombor Rujukan yang telah dihantar melalui E-mel.
- Tick pada kotak I’m Not A Robot.
- Tekan SUBMIT.
- Ringkasan maklumat Manage Your Appointment akan dipaparkan.
- Sila pilih butang Change untuk menjadualkan semula.
- Pilih Cancel untuk batalkan Appointment Maybank anda.
- Selesai.
MAKLUMAT LANJUT
Seandainya anda mempunyai persoalan atau memerlukan bantuan untuk penggunaan Maybank EzyQ, anda boleh menghubungi Pusat Khidmat Pelanggan Maybank di talian 1-300-88-6688.
Ada cawangan yang tak boleh buat appointment,boleh terus walk-in. Tapi bila pergi di cawangan nya,orang bank minta buat appointment dulu. Macam mana ni?