CARA RENEW ROADTAX DI JPJ ONLINE GUNA MYSIKAP
Sekarang sebagai pelanggan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), anda boleh membuat urusan secara online untuk perbaharui roadtax kereta dan motor anda. Dengan adanya JPJ online ini, para pelanggan boleh melakukan urusan tanpa perlu ke pejabat JPJ.
JPJ online ini dilancarkan supaya dapat memudahkan semua pelanggan membuat urusan menerusi atas talian dan boleh mengurangkan risiko jangkitan Covid19. JPJ online ini diperkenalkan sebagai mySikap.
Baca juga : Cara Check Saman JPJ Guna MYEG
MYSIKAP
MySikap adalah laman web perkhidmatan secara atas talian yang dimiliki dan dilancarkan oleh pihak JPJ untuk memudahkan urusniaga berkaitan JPJ. Menerusi JPJ online mySikap ini, pelanggan boleh memperbaharui cukai jalan secara online sahaja. Selain dari itu, terdapat banyak perkhidmatan lain yang disediakan di dalam laman web mySikap ini.
Baca juga : Cara Roadtax Online Guna MYEG
KEGUNAAN MYSIKAP JPJ
1. Kenderaan:
- memperbaharui dan membatalkan lesen kenderaan motor (LKM),
- memohon atau membatalkan kenderaan anda sementara waktu,
- pindah milik sukarela,
- membatalkan pendaftaran kenderaan untuk berpindah ke negara lain serta
- kemaskini atau memohon untuk memperolehi pek maklumat kenderaan.
2. Lesen Memandu:
- Pembaharuan lesen boleh dilaksanakan di portal mySIKAP serta permohonan lain seperti permit memandu antarabangsa,
- rayuan bagi lesen memandu tamat tempoh,
- penukaran lesen dari asing / tentera atau anggota polis kepada lesen memandu Malaysia,
- kemaskini alamat dan penambahan kelas atau permintaan untuk maklumat lesen memandu penuh anda.
3. Kesalahan dan Penalti:
- Semakan boleh dilakukan bagi saman/notis serta penalti kenderaan anda dan seterusnya pembayaran atas talian.
- Selain itu, semakan-semakan lain yang boleh dilakukan adalah status kenderaan (senarai hitam atau dirampas), mata KEJARA dan tempoh penggantungan lesen.
4. Pengurusan Profil:
- Pengemaskinian butir-butir peribadi anda dan menukar kata laluan.
5. Perkhidmatan Lain:
- Permohonan pendaftaran kereta klasik dan vintaj,
- kemalangan dan kelulusan membaiki serta rayuan jika gagal pemeriksaan PUSPAKOM.
CARA RENEW ROADTAX DI JPJ ONLINE GUNA MYSIKAP
Panduan Lengkap Cara Renew Roadtax Di JPJ Online Guna MYSIKAP JPJ.
- Layari lama web rasmi MySikap JPJ di pautan ini : https://public.jpj.gov.my/public/login.zul.
- Sebelum anda Log Masuk, pastikan anda sudah berdaftar MySikap dahulu untuk kali pertama, jika anda masih lagi belum buat pendaftaran sila ke bawah artikel ini untuk dapatkan panduan pendaftaran JPJ Online MySikap.
- Halaman Log Masuk, pilih kategori sama ada Individu atau Syarikat.
- Jika anda pilih Individu, sila masukkan ID Pengguna anda.
- Masukkan Kata Laluan anda.
- Isi Kod Sekuriti yang diberikan.
- Tekan Log Masuk.
- Pilih Menu Kenderaan.
- Sila pilih Pembaharuan Lesen Kenderaan Motor.
- Isi Butiran Maklumat Pembaharuan Lesen anda.
- Pastikan anda membuat Semakan terlebih dahulu.
- Buat Pengesahan.
- Seterusnya, buat Pembayaran jika anda sudah berpuas hati.
- Cetak Resit Pembayaran anda untuk tujuan rujukan.
- Selesai.
CARA DAFTAR MYSIKAP UNTUK RENEW ROADTAX DI JPJ ONLINE
Berikut adalah cara daftar mysikap untuk perbaharui cukai jalan di JPJ atas talian.
- Sila layari pautan ini : https://public.jpj.gov.my/.
- Isikan butiran yang bertanda * sahaja.
- Masukkan kod sekuriti yang dipaparkan.
- Klik Teruskan.
- Semak dan sahkan maklumat yang telah dihantar.
- Klik Teruskan.
- Notifikasi Pengesahan Pendaftaran akan dipaparkan.
- ID Pengguna dan Kata Laluan Sementara akan dihantar ke emel yang telah didaftarkan.
LOGIN JPJ MYSIKAP PENGGUNA KALI PERTAMA
Untuk makluman kepada anda yang pertama kali ingin log masuk ke public.jpj.gov.my (MySikap) sila ikuti langkah login masuk di bawah.
- Masuk ke laman web ini : https://public.jpj.gov.my/.
- Masukan ID Pengguna dan Kata Laluan Sementara yang diberikan melalui emel.
- Masukkan Kata Laluan Sementara, Kata Laluan Baharu dan Sahkan Kata Laluan Baharu untuk setkan password baru.
- Pilih Soalan Sekuriti anda.
- Masukkan jawapan pada semua soalan sekuriti yang telah anda pilih tadi.
- Tekan Simpan.
- Sudah Berjaya Login Masuk MySikap.
- Anda boleh teruskan urusan renew cukai jalan motor atau kereta anda sekarang.
Untuk makluman anda, MySikap ialah satu portal atas talian atau online yang dilancarkan secara rasmi Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) untuk membuat urusan berkaitan JPJ secara online.
Tuan/Puan boleh ke portal MySikap untuk membuat urusan renew roadtax motor dan kereta. Anda juga boleh dapatkan panduan lengkap cara renew roadtax guna MySikap di dalam artikel ini.
Tuan/Puan boleh membuat pendaftaran di pautan public.jpj.gov.my. Untuk lebih senang sila masuk ke halaman ini dimana pihak kami telah sediakan panduan penuh untuk pendaftaran,kegunaan serta urusan renew menggunakan MySikap.
Baca juga : Cara Buat Temujanji JPJ secara online
PERTANYAAN DAN MAKLUMAT LANJUT
Untuk pertanyaan sebarang soalan dan juga ingin mendapatkan maklumat lebih jelas, anda boleh hubungi pihak berwajib ini.
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ),
Aras 3-5, No. 26,
Jalan Tun Hussien, Presint 4,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62100 WP Putrajaya.
Laman Web : https://www.jpj.gov.my/
Hotline atau Customer Service JPJ : +603 8000 8000.