MYEG CHECK SAMAN : CARA SEMAK SAMAN JPJ ONLINE
Berikutan daripada pengumuman diskaun 80% saman JPJ dan Polis PDRM yang dibuat oleh pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) baru-baru ini, menyebabkan pertambahan aliran pelanggan yang dijangka untuk menjelaskan saman mereka.
Oleh itu, jika anda ingin semak saman JPJ anda boleh lakukan secara online untuk mengelakkan anda perlu keluar rumah pergi ke cawangan yang boleh mengakibatkan risiko jangkitan dikala musim pandemik ini.
Jika anda ingin mengetahui cara semak saman JPJ secara online boleh ikuti panduan yang kami kongsikan dibawah ini. Sebelum itu, untuk pengetahuan anda, hanya menggunakan MYEG anda boleh check saman JPJ anda hanya menerusi telefon anda dan juga berada di rumah tanpa perlu keluar rumah.
Untuk pengetahuan anda juga, MYEG bukan sahaja boleh semak saman JPJ tetapi boleh juga buat semak saman PDRM/saman trafik.
APA ITU MYEG
MYEG adalah pemegang konsesi bagi Koridor Raya Multimedia (MSC) Aplikasi Elektronik Kerajaan (E-Kerajaan) Malaysia. MYEG membina, menjalankan, dan memiliki saluran electronik untuk membekalkan perkhidmatan daripada pelbagai agensi kerajaan kepada rakyat dan perniagaan Malaysia.
Inisiatif E-Kerajaan merupakan satu program yang memberi tumpuan dalam penambahbaikan dari segi cara kerajaan beroperasi secara dalaman, dan bagaimana memberi perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat. Secara keseluruhannya, inisiatif E-Kerajaan memudahkan orang awam mendapatkan maklumat dan menjalankan urusniaga dengan pelbagai khidmat pembekal dengan lebih mudah dengan masa yang lebih terurus melalui aplikasi Khidmat Elektronik (E-Perkhidmatan).
Pembekal Perkhidmatan utama yang menggunakan perkhidmatan dan penyelesaian Kerajaan Elektronik adalah adalah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Jabatan Insolvensi Malaysia (JIM), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Telekom Malaysia Berhad (TMB).
Terdapat pelbagai perkhidmatan yang disediakan oleh MYEG antaranya adalah seperti berikut :
- JPJ – Memperbaharui lesen memandu, cukai jalan, semak & bayar saman, auto insurans, Permohonan LDL, maklumat Kejara.
- PDRM – Semak saman & bayar.
- Imigresen – Pembaharuan permit pekerja asing & pembantu rumah.
- DBKL – Semak & bayar kesalahan kompaun, cukai taksiran.
- Jabatan Insolvensi.
- JPN – Gantian kad pengenalan. (Cip / kad rosak), gantian biasa, gantian kad hilang.
- Zakat.
Sumber : Berkenaan Kami MYEG
Jadi untuk memudahkan anda untuk check saman JPJ dan PDRM atau saman trafik akan boleh terus semak saman JPJ anda melalui MYEG. Di bwah ini pihak kami kongsikan kepada anda cara semak MYEG check saman.
MYEG CHECK SAMAN
Panduan di bawah adalah semak saman JPJ dan PDRM guna MYEG CHECK SAMAN :
- Layari laman web rasmi MYEG di bawah.
Sila masuk di sini : https://www.myeg.com.my/.
- Skroll ke bawah sekali sampai jumpa PERKHIDMATAN PILIHAN/FEATURED SERVICES.
- Jika anda ingin tukar ke Bahasa Malaysia, sila pergi ke atas sebelah kiri anda tekan butang berwarna biru yang bertulis “Tukar Ke Bahasa Malaysia”.
- Di bahagian Perkhidmatan Pilihan, sila pilih Jabatan Pengangkutan Jalan.
Jika anda ingin membuat semak saman PDRM boleh tekan Polis Diraja Malaysia.
- Tekan Selanjutnya.
- Tekan Butang Merah “Layari E-Services”.
- Jika anda masih lagi belum membuat pendaftaran sebagai pengguna MYEG, lihat Belum Mendaftar? Tekan Daftar Sekarang.
Pastikan anda daftar MYEG terlebih dahulu sebelum login MYEG.
- Jika anda sudah daftar, sila masukkan ID Pengguna Eservis / 1MID.
- Masukkan Kata Laluan anda.
- Tekan Log Masuk.
- Dipaparan skrin anda terdapat pelbagai jenis perkhidmatan dari agensi Kerajaan Malaysia.
- Untuk membuat semak saman JPJ sila tekan gambar Jabatan Pengangkutan Jalan.
- Di bahagian Menu JPJ, sila pilih “Semak & Bayar Saman JPJ”.
- Di bahagian Pertanyaan Saman, sila masukkan Nombor Kad Pengenalan anda.
- Pilih Kategori.
- Tekan Submit/Hantar.
- Sekarang anda berada di bahagian Maklumat Saman.
Lihat di bahagian Response Description. Jika tiada saman paparan akan menunjukkan TIADA REKOD SAMAN DITEMUI. Dan jika ada saman akan keluar senarai saman JPJ anda.
- Selesai! Anda boleh keluar jika tiada rekod saman yang tertunggak.
- Jika anda ingin buat bayaran saman untuk dapatkan diskaun saman JPJ 70% 2021, anda boleh teruskan buat pembayaran secara online banking.
- Simpan Resit Pembayaran anda untuk rujukan.
CARA SEMAK SAMAN JPJ ONLINE
Berikut merupakan cara semakan saman JPJ online tanpa MYEG.
- Layari laman web rasmi semak saman JPJ online di sini : https://www.jpj.gov.my/en/web/main-site/semakan-saman
- Jika di skrin anda dalam English, anda boleh tukar kepada Bahasa Melayu melalui cara pergi ke sebelah kanan atas anda tekan Language Options, dan klik Bahasa Melayu.
- Jika anda sudah tekan laman web JPJ online semak saman tadi, di Paparan akan keluar Semakan JPJ & AES.
- Pergi ke kotak “Pilihan Carian”.
- Sila Pilih No ID sahaja atau No ID dan No Kenderaan.
- Kemudian, pilih kategori ID.
- Masukkan Nombor ID (Kad Pengenalan) anda.
- Sila masukkan Vehicle Registration No jika anda pilih No ID dan No Kenderaan di step 5 tadi.
- Masukkan Kod Sekuriti yang diberikan.
- Tekan butang Semak.
- Jika anda sudah tekan Semak, lihat dibawah pada “HASIL CARIAN”.
- Paparan akan menunjukkan rekod saman JPJ anda jika anda mempunyai saman JPJ tertunggak atau belum dijelaskan. Jika tiada, paparan akan menunjukkan tiada rekod dijumpai.
- Selesai. Semakan saman JPJ anda berjaya.
- Andaikata hasil carian anda menunjukkan terdapat saman JPJ yang masih belum dijelaskan sila ke portal pembayaran JPJ online MySikap.
- Jelaskan jumlah saman yang anda dikenakan menggunakan MySikap untuk menikmati diskaun 70% saman JPJ.
Cara untuk dapatkan diskaun saman JPJ 2021 menggunakan MySikap adalah di sini : Diskaun Saman JPJ 2021 70% Guna MySikap.
Caranya senang sahaja. Anda perlu daftar sebagai pengguna kali pertama di MYEG selepas itu anda boleh terus semak saman JPJ,PDRM dan lain-lain dan juga anda boleh terus buat pembayaran terus settle! Mudah kan. Jika anda tidak tahu caranya sila masuk ke artikel ini, pihak kami sediakan panduan lengkap untuk anda untuk check/semak saman semua agensi Kerajaan hanya guna MYEG. Terbaik.
Anda boleh membuat semakan saman JPJ online melalui laman web semakan saman iaitu https://www.jpj.gov.my/web/main-site/semakan-saman. Untuk panduan lengkap boleh ikut cara di dalam ini.
Secara ringkasnya MYEG ini adalah syarikat konsesi milik Kerajaan Malaysia yang diberi tanggungjawab untuk membuat perkidmatan secara online bagi memudahkan rakyat Malaysia membuat urusan hanya melalui online yang berkaitan agensi kerajaan. Contohnya, renew roadtax dan insurans, bayar saman, zakat dan banyak lagi. Kami syorkan anda daftar sekarang dan hanya perlu ikuti sahaja panduan lengkap yang kami kongsikan di dalam ini. Selepas ini, bila anda sudah tahu menggunakan MYEG ini, sudah pasti anda tidak lagi perlu ke pejabat atau cawangan untuk buat urusan yang terdapat di dalam servis yang disediakan.