PUSPAKOM RENEW ROADTAX : CARA HIDUPKAN CUKAI JALAN DI PUSPAKOM
Untuk makluman anda, pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah membuat pengumuman kini anda boleh hidupkan cukai jalan di Puspakom.
Proses perbaharui roadtax ni boleh di lakukan di Puspakom yang melibatkan kenderaan persendirian sahaja. Dengan pertambahan jumlah tempat atau pilihan ini akan memudahkan lagi pelanggan yang ingin membuat perbaharuan cukai jalan.
Untuk pengetahuan anda juga, anda perlu membuat temujanji terlebih dahulu untuk urusan renew roadtax di Puspakom.
Baca juga : CARA RENEW ROADTAX DI JPJ ONLINE GUNA MYSIKAP
TARIKH URUSAN PEMBAHARUAN CUKAI JALAN DI PUSPAKOM
Tarikh urusan pembaharuan cukai jalan di Puspakom bermula pada 1 September 2021 untuk kenderaan persendirian (LKM) sahaja. Pelanggan yang ingin membuat pembaharuan boleh membuat temujanji online dengan kadar segera.
JENIS KENDERAAN YANG BOLEH RENEW ROADTAX DI PUSPAKOM
Untuk fasa permulaan, berikut adalah kenderaan yang dibenarkan untuk buat renew roadtax di Puspakom.
- Kenderaan yang membawa muatan dengan berat 7500 kg dan ke bawah.
- Kenderaan Persendirian
- Kenderaan Syarikat.
Nota : Untuk motosikal masih lagi tidak boleh dan mungkin akan dibuka pada awal November 2021 nanti
CARA BUAT TEMUJANJI PUSPAKOM RENEW ROADTAX
Untuk pengetahuan anda, jika anda ingin membuat urusan pembaharuan cukai jalan di Puspakom, anda dikehendaki membuat temujanji terlebih dahulu. Pihak Puspakom telah menyediakan borang temujanji online. Anda boleh ikuti panduan di bawah ini.
- Sila layari laman web rasmi Temujanji Puspakom di pautan ini : https://lkm-appointment.puspakom.com.my/.
- Pada halaman utama sila klik pada Make An Appointment Now.
- Kemudian pilih Negeri dan Pusat Pemeriksaan PUSPAKOM yang berdekatan dengan anda.
- Dan pilih Tarikh dan Masa yang available dan yang anda mahukan.
- Seterusnya, masukkan Nama anda.
- Isi Emel anda.
- Masukkan Nombor Telefon anda.
- Dan Nombor Kad Pengenalan anda.
- Tekan Book.
- Anda akan terima pengesahan temujanji anda menerusi Emel atau Nombor Telefon anda.
- Sila Simpan atau Cetak Resit Tempahan anda untuk ditunjukkan semasa hadir ke Puspakom.
SENARAI DOKUMEN YANG PERLU DI BAWA SEMASA HADIR KE PUSPAKOM
Pastikan anda membawa senarai dokumen tersebut bagi memudahkan urusan anda.
- Kad Pengenalan anda.
- Geran Kenderaan anda. (Original)
- Lesen Memandu anda.
- Dan Wang untuk pembayaran.
Tuan/Puan boleh renew roadtax di Puspakom bermula 1 September 2021 tetapi hanya untuk kenderaan persendirian ataupun syarikat. Untuk motor masih lagi belum di buka. Untuk keterangan lanjut boleh ke artikel ini.
Caranya adalah anda perlu membuat temujanji online terlebih dahulu dan anda hadir ke Puspakom. Untuk dapatkan panduan lengkap temujanji online sila ke artikel ini.
Tuan/Puan boleh buat temujanji melalui pautan rasmi di lkm-appointment.puspakom.com.my. Jika masih lagi tidak jelas boleh masuk ke artikel ini untuk dapatkan panduan lengkap buat temujanji online Puspakom.
MAKLUMAT LANJUT
Untuk pertanyaan dan persoalan, pihak anda boleh hubungi pihak yang berwajib di bawah ini.
Laman web : https://www.puspakom.com.my/
Nombor Customer Service Puspakom : 03-51017000