LKM APPOINTMENT PUSPAKOM COM MY : CARA BUAT TEMUJANJI ONLINE RENEW ROADTAX DI PUSPAKOM
Untuk para pelanggan Puspakom, kini anda boleh melakukan pembaharuan roadtax untuk kenderaan persendirian di Puspakom. Inisiatif ini adalah untuk memudahkan urusan pelanggan yang datang untuk memeriksa kenderaan terus dapat renew roadtax mereka.
Di bawah ini pihak kami kongsikan kepada anda cara untuk buat temujanji online bagi pembaharuan cukai jalan di Puspakom.
Baca juga : PUSPAKOM RENEW ROADTAX
LKM APPOINTMENT PUSPAKOM COM MY
LKM Appointment Puspakom Com My adalah borang temujanji online yang telah disediakan oleh pihak Puspakom kepada pelanggan untuk tempahan renew roadtax sebelum hadir ke cawangan. Sebagai makluman kepada anda, sebelum anda hadir ke cawangan atas urusan pembaharuan cukai jalan anda dikehendaki membuat temujanji secara online terlebih dahulu.
SENARAI KENDERAAN YANG DIBENAR RENEW ROADTAX DI PUSPAKOM
Sebelum anda melakukan tempahan temujanji online, sila semak dulu senarai kenderaan yang dibernarkan renew roadtax di Puspakom.
KENDERAAN PERSENDIRIAN | KENDERAAN KOMERSIAL | MOTOSIKAL |
AB-Motokar Individu | Berat Muatan 7,500 KG dan ke bawah | AA-Motosikal (Dibuka pada 1.10.2021) |
AC-Motokar Syarikat | ||
AD-Selain Motokar Individu | ||
AE-Selain Motokar Syarikat | ||
AF-Trailer Syarikat (Dibuka pada 13.10.2021) | ||
AH-e-Hailing (Dibuka pada 13.10.2021) |
CARA BUAT LKM APPOINTMENT PUSPAKOM
Panduan Lengkap cara untuk buat appointment online LKM Puspakom.
- Layari laman web rasmi Temujanji LKM Puspakom di https://lkm-appointment.puspakom.com.my.
- Tekan “Make An Appoinment Now”.
- Pilih Negeri anda ingin berurusan.
- Dan pilih Cawangan yang berdekatan dengan anda.
- Pilih Tarikh yang available berwarna hijau dan tarikh yang anda mahukan.
- Pilih Masa yang available berwarna hijau.
- Isi Nama Penuh anda.
- Masukkan Emel anda.
- Seterusnya, Nombor Telefon anda.
- Dan Nombor Kad Pengenalan anda.
- Klik Book.
- Pastikan anda Cetak atau Simpan Resit Booking/Tempahan anda untuk dibawa ke Puspakom semasa hadir.
- Selesai.
MAKLUMAT LANJUT
Sebarang pertanyaan dan masalah boleh hubungi pihak yang berwajib di bawah ini.
PUSPAKOM Sdn. Bhd. 199401000307 (285985-U)
Level 3,
Wisma DRB-HICOM,
No 2, Jalan Usahawan U1/8,
Seksyen U1, 40150 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan.
Customer Service Careline: 03-5101 7000 (Press 2)
Email: customerservice@puspakom.com.my
Live chat: www.puspakom.com.my