CHECK NAMA PENERIMA BANTUAN TUNAI TAMBAHAN RM600 2023 : SEMAK STATUS SEKARANG

Channel Telegram Rasmi Info Bantuan Kerajaan Malaysia Madani Terkini & Sahih! Khas Bantuan B40 & M40! Join : Bantuan Malaysia Madani 2024

CHECK NAMA PENERIMA BANTUAN TUNAI TAMBAHAN RM600 2023 : SEMAK STATUS SEKARANG

Kerajaan telah menambah bantuan tunai sebanyak RM600 kepada penerima yang layak bagi tahun 2023. Dengan adanya bantuan tunai ini dapat membantu rakyat Malaysia yang memerlukan terutamanya dari golongan B40 yang berpendapatan rendah.

Bagaimanakah check nama penerima bantuan tunai tambahan rm600 2023? Ikuti penjelasan lanjut di sini.

BACA JUGA : SEMAKAN BANTUAN MYKASIH RM1200 : CHECK KELAYAKAN SEKARANG

SYARAT KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN TUNAI TAMBAHAN RM600 2023

Berikut merupakan syarat-syarat kelayakan untuk menerima Bantuan Tunai Tambahan RM600 2023 seperti di bawah :

  • Warganegara Malaysia;
  • Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2023 kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan;
  • Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar eKasih dalam rekod data Unit Penyelarasan, Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM) sehingga 28 Februari 2023.

KATEGORI PENERIMA BANTUAN TUNAI TAMBAHAN RM600

Berikut merupakan kategori yang layak menerima Bantuan Tunai Tambahan RM600 seperti di bawah :

  • Kategori Isi Rumah (Berkahwin / Ibu / bapa tunggal ada anak) : RM600.
  • Kategori Warga Emas Tiada Pasangan : RM600.
  • Kategori Bujang : RM600.

KAEDAH BAYARAN

PENERIMAKAEDAH BAYARAN
Penerima daripada
Semenanjung Malaysia
(SELAIN Sabah, Sarawak
dan W.P. Labuan)
Penerima akan menerima bantuan
barangan keperluan asas tanpa tunai
(cashless) berjumlah RM100 setiap
bulan bagi tempoh 6 bulan
(Julai – Disember 2023) secara
automatik melalui akaun yang dibuka
menggunakan MyKad penerima.
Penerima SARA boleh membeli
barangan runcit asas daripada
kategori produk yang diluluskan
di pasar raya / kedai runcit terpilih
seluruh negara menggunakan MyKad.
Penerima daripada negeri
Sabah, Sarawak dan
W.P. Labuan
Bayaran RM600 sekaligus melalui
kaedah pengkreditan ke akaun
bank / secara tunai, sama seperti
kaedah pembayaran fasa 3 STR 2023

CHECK NAMA PENERIMA BANTUAN TUNAI TAMBAHAN RM600 2023

Berikut merupakan cara semakan status nama penerima Bantuan Tunai Tambahan RM600 bagi tahun 2023 seperti di bawah :

  1. Sila layari Portal rasmi MyKasih [Semakan Status]; atau klik di sini : https://apps.mykasih.net:8443/mkmember/Redang/Recip/CheckStatus.aspx?lang=.
  2. Kemudian masukkan Nombor Kad Pengenalan pemohon tanpa (-) contoh : 87XXXXXXXXXX di ruangan [Nombor Mykad].
  3. Isikan kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
  4. Kemudian klik pada butang [Semak Status].
  5. Maklumat status anda akan dipaparkan sama ada (lulus) atau (tidak lulus) atau (tiada rekod).
  6. Selesai.

RUJUKAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat berkaitan bantuan ini sahaja untuk memudahkan carian anda. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan ini, sila rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

  • Alamat : Level 3, DIALOG TOWER, No. 15, Jalan PJU 7/5, Mutiara Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA.
  • Tel: (603) 7720 1800.
  • E-mel : info@mykasih.com

10 thoughts on “CHECK NAMA PENERIMA BANTUAN TUNAI TAMBAHAN RM600 2023 : SEMAK STATUS SEKARANG”

  1. Saya seorang pemegang kad OKU dan isteri saya penama penerima STR,tapi kenapa tak ada tersenarai malahan bila cek tak ada rekod..tak faham lah

    Reply

Leave a Comment