SEMAKAN SUBSIDI CARSEAT B40 1 APRIL 2022 : CHECK STATUS LULUS ATAU TIDAK
Subsidi 50% atau sehingga RM150 untuk pembelian kerusi keselamatan kanak-kanak melibatkan 188,000 penerima berjumlah RM30 juta diumumkan oleh Menteri Kewangan dalam Bajet 2022 yang lalu.
Kerajaan telah memperuntukkan kira-kira RM30 juta kepada 188,000 penerima daripada golongan B40 untuk menikmati 50% rebat atau sehingga RM150 insentif bagi pembelian kerusi keselamatan kanak-kanak (Child Restraint Systems – CRS).
Cadangan rebat ini akan dapat meringankan beban golongan B40 bagi membeli CRS dan pada masa yang sama dapat menjamin keselamatan golongan kanak-kanak yang merupakan aset masa depan negara.
Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang subsidi pembelian carseat ini bagi tahun 2022 ini untuk makluman bersama.
Baca juga: BANTUAN I-FITRI 2022 : (PERMOHONAN/SEMAKAN/TARIKH BAYARAN)
SEMAKAN KELAYAKAN SUBSIDI CARSEAT B40
Lihat artikel di bawah:
- Penerima subsidi ini terdiri daripada golongan B40.
- Pemohon mestilah berumur 21 tahun dan ke atas.
- Mempunyai anak / anak angkat / anak jagaan berumur 12 tahun dan ke bawah.
- Warganegara yang menetap di Malaysia.
- Rujukan data utama daripada oenerima BPR 2021 berdasarkan maklumat yanh diterima daripada pihak LHDN.
- Data tambahan bagi kategori miskin diperolehi daripada pihak ICU berpandukan rujukan garis kemiskinan tahun 2019
- Satu keluarga hanya layak menuntut subsidi untuk satu CRS sahaja.
CARA PENEBUSAN SUBSIDI
Rujuk artikel berikut:
- Semak kelayakan sebelum membuat permohonan.
- Membuat permohonan di laman sesawang www.mycrs.gov.my mulai 1 Mac 2022
- Pemohon kemudian boleh menyemak keputusan permohonan subsidi bermula 1 April 2022.
- Pemohon yang layak boleh membuat pembelian dan menebus subsidi melalui penjual yang disenaraikan dengan harga rebat.
- Pembelian boleh dibuat secara terus melalui kedai yang tersenarai.
CHECK STATUS LAYAK ATAU TIDAK
Lihat artikel di bawah:
Pemohon kemudian boleh menyemak keputusan permohonan subsidi bermula 1 April 2022 di laman web http://www.mycrs.gov.my/.