BANTUAN I-FITRI 2022 : (PERMOHONAN/SEMAKAN/TARIKH BAYARAN)

Channel Telegram Rasmi Info Bantuan Kerajaan Malaysia Madani Terkini & Sahih! Khas Bantuan B40 & M40! Join : Bantuan Malaysia Madani 2024

BANTUAN I-FITRI 2022 : (PERMOHONAN/SEMAKAN/TARIKH BAYARAN)

Berita baik buat rakyat negeri Terengganu! Kerajaan negeri Terengganu mengembalikan dana raya kepada rakyat negeri ini yang layak melalui pemberian bantuan i-Fitri pada tahun depan, iaitu 2022 dengan peruntukan kira-kira RM 33.4 juta. Bantuan i-Fitri telah diumumkan ketika pembentangan Belanjawan 2022 oleh Menteri Besar, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.

Dalam belanjawan yang bertemakan ‘Merakyatkan Sejahtera Untuk Semua’, kerajaan negeri tersebut telah memaklumkan bantuan i-Fitri akan memanfaatkan isi rumah manakala bantuan tunai secara on-off akan memanfaatkan belia, mahasiswa dan golongan OKU.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut permohonan bantuan i-Fitri dan jumlah bantuan mengikut kategori.

Baca juga: KISS SELANGOR ONLINE 2022: (DAFTAR/PERMOHONAN/SEMAKAN KELULUSAN/SYARAT) BANTUAN KASIH IBU SMART RM 200 SEBULAN

TARIKH PERMOHONAN BANTUAN I-FITRI

Bilakah tarikh permohonan dibuka?

Rujuk di bawah:

  • Permohonan dibuka pada 22 Mac-31 Mac 2022.

CARA PERMOHONAN BANTUAN I-FITRI

Bagaimanakah cara permohonan bantuan i-Fitri 2022?

Lihat artikel berikut:

Individu berkelayakan boleh membuat permohonan secara online sepanjang tempoh yang ditetapkan, iaitu sehingga 31 Mac 2022. Permohonan boleh dibuat melalui laman web berikut:

https://ibantuan.terengganu.gov.my

Pemohon yang berjaya akan terima baucar melalui agihan JPKK masing-masing.

SEMAKAN SYARAT PERMOHONAN

Apakah syarat permohonan i-Fitri?

Rujuk artikel berikut:

  1. Rakyat Terengganu yang menetap di Terengganu
  2. Kategori A: Pemohon merupakan Ketua Isi Rumah (KIR) (boleh terdiri daripada ibu/bapa/datuk/nenek/adik-beradik dan lain-lain) dengan jumlah pendapatan bulanan isi rumah kurang daripada RM 2,500 sebulan (termasuk gaji & semua elaun)
  3. Kategori B: Pemohon merupakan Ketua Isi Rumah (KIR) (boleh terdiri daripada ibu/bapa/datuk/nenek/adik-beradik dan lain-lain) dengan jumlah pemdapatan bulanan isi rumah antara RM 2,501-RM 5,000 (termasuk gaji & semua elaun)
  4. Berdaftar dalam sistem Profil Rakyat Terengganu 2020 (PRT2020)
  5. Pengundi berdaftar di Terengganu
  6. Semua penjawat awan dan lantikan kerajaan yang menerima elaun tetap bulanan adalah tidak layak memohon
  7. Kontraktor berdaftar adalah tidak layak memohon
  8. Peniaga berlesen adalah tidak layak memohon kecuali jumlah pendapatan isi rumah memenuhi syarat kategori
  9. Mereka yang tiada slip gaji perlu kemukakan surat perakuan pendapatan disahkan oleh JPKK
  10. Maklumat yang tidak lengkap boleh menyebabkan permohonan ditolak
  11. Borang permohonan hendaklah dicetak dan diserahkan kepada JPKK bersama-sama salinan dokumen berikut:
  • Salinan kad pengenalan/sijil kelahiran bagi pemohon dan tanggungan
  • Salinan slip gaji atau slip pencen terkini atau surat akuan pendapatan
  • Salinan sijil atau surat nikah atau pengesahan status perkahwinan oleh JPKK
  • Salinan SSM (bagi peniaga berlesen yang layak)

TARIKH BAYARAN

Bilakah tarikh bayaran i-Fitri 2022?

17 April-23 April 2022.

4 thoughts on “BANTUAN I-FITRI 2022 : (PERMOHONAN/SEMAKAN/TARIKH BAYARAN)”

  1. Duduk Terengganu,mengundi pun kat Terengganu,gaji pokok rm1200,isteri tak bekerja pun masih tak layak dapat i-fitri..apa punya sistem

    Reply
  2. Saya tidak mendaftar lagi i fitri.. sebab tidak tahu.. pendapatan suami tidam melebihi 1000

    Reply

Leave a Comment