SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN TUNAI TAMBAHAN RM100 MYKAD 2023 : CHECK STATUS SEKARANG

Channel Telegram Rasmi Info Bantuan Kerajaan Malaysia Madani Terkini & Sahih! Khas Bantuan B40 & M40! Join : Bantuan Malaysia Madani 2024

SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN TUNAI TAMBAHAN RM100 MYKAD 2023 : CHECK STATUS SEKARANG

Bantuan tunai tambahan RM100 Mykad merupakan bantuan tambahan penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang diperkenalkan sebagai Sumbangan Asas Rahmah (SARA). Bantuan ini disalurkan melalui MyKad penerima sebanyak RM100 setiap bulan selama enam (6) bulan.

Bagaimanakah semakan nama penerima bantuan tunai tambahan RM100 Mykad 2023? Ikuti panduan semakan di sini.

BACA JUGA : CHECK BANTUAN RM100 DALAM IC : SEMAK SEKARANG

SENARAI PENERIMA BANTUAN TUNAI TAMBAHAN RM100 MYKAD 2023

Setiap penerima yang dikenal pasti layak menerima bantuan tunai tambahan berjumlah RM600 seperti berikut :

KATEGORIJUMLAH
Isi Rumah berkahwin / ibu bapa tunggal
yang mempunyai tanggungan / anak
RM600
Warga emas tiada pasanganRM600
BujangRM600
*Menurut data dari eKasih dan penerima STR.

TARIKH KREDIT BANTUAN TUNAI TAMBAHAN RM100 MYKAD 2023

TARIKH KREDITJUMLAH
17/07/2023RM100
01/08/2023RM100
01/09/2023RM100
01/10/2023RM100
01/11/2023RM100
01/12/2023RM100

CARA PENERIMAAN BANTUAN TUNAI TAMBAHAN

Cara penerimaan / bayaran bantuan tunai tambahan adalah berbeza mengikut negeri seperti berikut :

ALAMAT PENERIMACARA BAYARAN
Penerima daripada
Semenanjung Malaysia
Akan dikreditkan tanpa tunai
(cashless) secara automatik
sebanyak RM100 setiap bulan
selama 6 bulan
melalui akaun yang dibuka
menggunakan MyKad penerima.
Penerima daripada negeri
Sabah, Sarawak dan
W.P. Labuan
Bayaran RM600 sekaligus melalui
kaedah pengkreditan ke akaun
bank / secara tunai, sama seperti
kaedah pembayaran fasa 3 STR 2023.

CARA PEMAKLUMAN KEPADA PENERIMA

KAEDAH
PEMAKLUMAN
KETERANGAN
Sistem Pesanan Ringkas (SMS)Penerima SARA yang layak akan
menerima maklumat melalui
Sistem Pesanan Ringkas (SMS) /
aplikasi WhatsApp daripada MyKasih
untuk mengesahkan status mereka
sebagai penerima di bawah program ini,
berserta tarikh dan masa untuk sesi
taklimat orientasi di kedai runcit yang terdekat.

SEMAKAN BANTUAN TUNAI TAMBAHAN RM100 MYKAD 2023

  1. Sila layari Portal rasmi MyKasih [Semakan Status]; atau klik [DI SINI].
  2. Kemudian masukkan Nombor Kad Pengenalan pemohon tanpa (-) contoh : 87XXXXXXXXXX di ruangan [Nombor Mykad].
  3. Isikan kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
  4. Kemudian klik pada butang [Semak Status].
  5. Maklumat status anda akan dipaparkan sama ada (lulus) atau (tidak lulus) atau (tiada rekod).
  6. Selesai.

RUJUKAN

Maklumat lanjut berkenaan Bantuan Tunai Tambahan RM100 Mykad bagi penerima daripada Semenanjung Malaysia boleh didapati di :

  • Portal Rasmi MyKasih, www.mykasih.com.my; atau
  • Hubungi Talian Bantuan MyKasih 03-7720 1800

5 thoughts on “SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN TUNAI TAMBAHAN RM100 MYKAD 2023 : CHECK STATUS SEKARANG”

Leave a Comment