CHECK BANTUAN RM100 DALAM IC 2023 : SEMAK SEKARANG

Channel Telegram Rasmi Info Bantuan Kerajaan Malaysia Madani Terkini & Sahih! Khas Bantuan B40 & M40! Join : Bantuan Malaysia Madani 2024

CHECK BANTUAN RM100 DALAM IC 2023 : SEMAK SEKARANG

Mungkin ramai di antara rakyat Malaysia yang terkesan dengan ekonomi yang semakin meningkat naik dan kos sara hidup yang tinggi. Justeru, kerajaan berusaha untuk memberikan pelbagai bantuan tunai dan bantuan e-Tunai (tanpa tunai) melalui pemberian dalam IC (Kad Pengenalan) penerima sebanyak RM100 setiap bulan.

Bagaimanakah check bantuan RM100 dalam IC 2023? Ikuti penjelasan lanjut di sini.

BACA JUGA : SEMAKAN BANTUAN SARA HIDUP RM100 DALAM IC : CHECK SEKARANG

APA ITU BANTUAN RM100 DALAM IC

Bantuan RM100 dalam IC merupakan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang merupakan bantuan wang tambahan yang dikreditkan setiap bulan sebanyak RM100 ke dalam IC untuk membeli barangan keperluan asas dapur di kedai-kedai / pasaraya yang berdaftar dengan MyKasih.

BAGAIMANAKAH CARA PEMBELIAN KEPERLUAN ASAS DENGAN BANTUAN RM100 DALAM IC

  1. Pergi ke kedai yang berdaftar dengan MyKasih, Semak senarai kedai berhampiran anda DI SINI.
  2. Pilih Barangan Keperluan berdasarkan 10 kategori makanan yang mempunyai label MyKasih di rak tanda harga.
  3. Tunjuk MyKad Untuk Pengesahan, Juruwang menyemak status MyKad penerima bantuan.
  4. Juruwang mengimbas setiap barang keperluan makanan asas yang ingin dibeli mengikut kategori yang dibenarkan.
  5. Bayar Menggunakan MyKad
    Penerima bantuan memasukkan nombor pin 6-digit untuk mengesahkan transaksi pembelian.
  6. Penerima bantuan perlu menyimpan resit untuk menyemak transaksi pembelian.

BILAKAH TARIKH KREDIT BANTUAN DALAM IC

Penerima akan menerima elaun bulanan sebanyak RM100 selama 6 bulan melalui IC (Kad Pengenalan) mereka untuk membeli barang makanan asas terpilih. Pembayaran pertama akan dilakukan mulai 17 Julai 2023 manakala bayaran seterusnya mulai Ogos 2023 akan disalurkan ke dalam IC penerima pada 1 hari bulan setiap bulan sehingga bulan Disember 2023.

SIAPAKAH YANG LAYAK MENERIMA BANTUAN RM100 DALAM IC 2023

Kelayakan Bantuan RM100 Dalam IC adalah terhad kepada mereka yang memenuhi semua kriteria seperti di bawah :

  • Warganegara Malaysia; dan
  • Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar eKasih dalam rekod data Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM) sehingga 28 Februari 2023; dan
  • Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2023 kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan.

CHECK BANTUAN RM100 DALAM IC 2023

Ikuti cara check / semak bantuan RM100 dalam IC seperti di bawah berikut :

  1. Sila layari Portal rasmi MyKasih [Semakan Status]; atau klik di sini : https://apps.mykasih.net:8443/mkmember/Redang/Recip/CheckStatus.aspx?lang=.
  2. Kemudian masukkan Nombor Kad Pengenalan pemohon tanpa (-) contoh : 87XXXXXXXXXX di ruangan [Nombor Mykad].
  3. Isikan kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
  4. Kemudian klik pada butang [Semak Status].
  5. Maklumat status anda akan dipaparkan sama ada (lulus) atau (tidak lulus) atau (tiada rekod).
  6. Selesai.

MAKLUMAT LANJUT

Sila rujuk pihak berwajib seperti di bawah untuk maklumat lanjut dan sebarang pertanyaan boleh diajukkan pada talian seperti di bawah berikut :

  • Portal Rasmi MyKasih, www.mykasih.com.my ; atau
  • Hubungi Talian Bantuan MyKasih 03-7720 1800

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi berkaitan bantuan di atas sahaja. Semoga bermanfaat. Terima Kasih.

3 thoughts on “CHECK BANTUAN RM100 DALAM IC 2023 : SEMAK SEKARANG”

Leave a Comment