SEMAKAN BANTUAN JKM ONLINE 2023 : CHECK STATUS
Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) komited menyediakan pelbagai jenis perkhidmatan bantuan kewangan untuk membantu rakyat dari kumpulan sasar yang memerlukan untuk mendepani isu kos sara hidup yang semakin tinggi.
Bagaimanakah cara semakan status bantuan JKM 2023 secara online? Ikuti penjelasan lanjut di sini.
BACA JUGA : KEMASKINI BANTUAN MYSTR : UPDATE MAKLUMAT TERKINI
SENARAI BANTUAN JKM ONLINE
Berikut merupakan senarai jenis bantuan yang diperkenalkan oleh JKM seperti di bawah :
BIL. | JENIS BANTUAN | JUMLAH BAYARAN | CARA BAYARAN |
---|---|---|---|
1 | Bantuan Kanak-Kanak (BKK) | RM100-RM450 (bergantung bilangan anak) | Setiap bulan |
2 | Bantuan Elaun Pekerja Cacat | RM400 | Setiap bulan |
3 | Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja (BTB) | RM250 | Setiap bulan |
4 | Bantuan Penjagaan OKU/Pesakit Kronik Terlantar (BPT) | RM350 | Setiap bulan |
5 | Bantuan Orang Tua (BOT) | RM350 | Setiap bulan |
6 | Bantuan AM Persekutuan | RM100(seorang) RM350(sekeluarga) | Setiap bulan |
7 | Bantuan Anak Pelihara (BAP) | RM250-RM500 (mengikut bilangan anak) | Setiap bulan |
8 | Bantuan Latihan Perantis (BLP) | RM200 | Setiap bulan |
9 | Bantuan Geran Pelancaran (GP) | RM2,700 | Sekali gus |
10 | Bantuan Alat Tiruan/Alat Sokongan (BAT) | Bayaran mengikut harga alat yang ditetapkan. | Sekali gus |
11 | Tabung Bantuan Mangsa Serangan Binatang Buas | -Bayaran ditentukan berdasarkan % kecederaan. -RM20,000 bagi individu yang mati/hilang upaya kekal. | Sekali gus |
TARIKH BAYARAN
Bayaran Bantuan JKM biasanya akan dikreditkan setiap bulan sebelum pada 10 haribulan. Namun, pada bulan-bulan tertentu kemungkinan bayaran akan diawalkan atau dilewatkan dari 10 haribulan. Ianya bergantung pada cuti umum dan sistem pengurusan JKM. Anda boleh membuat semakan secara online untuk mengetahui status bayaran sebelum anda mengeluarkan wang di ATM.
SEMAKAN BANTUAN JKM ONLINE
Ikuti cara semakan Bantuan JKM 2023 secara online seperti di bawah berikut :
- Sila layari laman Rasmi eMaklum; atau muat turun aplikasi eMaklum di Apps Store / Play Store dalam telefon bimbit anda.
- Kemudian, anda akan dipaparkan [Carian Dokumen Pembayaran].
- Masukkan [No.Kad Pengenalan/No.Daftar Syarikat/Organisasi].
- Pilih [Carian Berdasarkan].
- Seterusnya, masukkan [No.Akaun Bank/No.Invois/No.Rujukan Bayaran].
- Masukkan tarikh yang anda inginkan.
- Klik [Cari].
- Anda akan dipaparkan Maklumat Pembayaran.
- Selesai.
RUJUKAN
Pihak kami hanya berkongsi maklumat berkaitan di atas sahaja untuk memudahkan carian anda. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan atau masalah, sila rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Telefon JKM : 03 – 8000 8000
- Faks : 03 – 8323 2045
- Emel : Maklum Balas (ISPAAA)