SEMAKAN BANTUAN BARANG DAPUR B40 RM600 2023 : CHECK SEKARANG
Ramai rakyat terutama yang berpendapatan rendah yang terkesan apabila kos sara hidup yang semakin tinggi, Kerajaan mengambil inisiatif untuk membantu rakyat dengan memberikan Bantuan Barang Dapur terutama untuk golongan B40 sebanyak RM600.
Bagaimanakah semakan bantuan barang dapur b40 rm600 2023? Ikuti penjelasan lanjut di sini.
BACA JUGA : PERMOHONAN BANTUAN SARA HIDUP RM3700 : DAFTAR SEKARANG
APA ITU BANTUAN BARANG DAPUR B40 RM600
Bantuan Barang Dapur B40 ialah Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang diberikan kepada rakyat B40 sebanyak RM600 dan dikreditkan ke dalam MyKad penerima sebanyak RM100 setiap bulan selama tempoh 6 bulan untuk membeli keperluan asas barang dapur di kedai-kedai terpilih.
DIMANAKAH KEDAI TERPILIH BANTUAN BARANG DAPUR B40
Penerima yang layak akan diberi penerangan mengenai kedai runcit terdekat untuk membeli keperluan runcit asas. MyKasih mempunyai lebih daripada 600 rakan runcit di seluruh negara termasuk Mydin, Giant, Econsave, The Store, Pacific, Milimewa, 99 Speedmart, Lotus Stores (Tesco), serta pasar raya dan pasar mini bebas.
Rujuk senarai kedai berdekatan anda di sini : https://apps.mykasih.net:8443/mkmember/Redang/Recip/MerchList.aspx?lang=..
APAKAH BARANG DAPUR YANG BOLEH DIBELI
Penerima boleh membeli barangan runcit asas daripada 10 kategori produk yang diluluskan iaitu beras, roti, telur, minyak masak, tepung, biskut, mi segera, minuman, makanan dalam tin dan bahan perasa. Barangan makanan asas yang terlibat dengan program SARA akan dilabel di rak tanda harga untuk rujukan penerima.
SIAPAKAH YANG LAYAK MENERIMA BANTUAN BARANG DAPUR B40 RM600 2023
- Isi Rumah berkahwin / ibu bapa tunggal yang mempunyai anak.
- Warga Emas tiada pasangan.
- Bujang berpendapatan rendah.
SEMAKAN BANTUAN BARANG DAPUR B40 RM600 2023
Sila semak Bantuan Barang Dapur B40 di Portal Rasmi MyKasih dan ikuti panduan semakan seperti di bawah :
- Sila layari Portal rasmi MyKasih [Semakan Status].
- Kemudian masukkan Nombor Kad Pengenalan pemohon tanpa (-) contoh : 87XXXXXXXXXX di ruangan [Nombor Mykad].
- Isikan kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
- Kemudian klik pada butang [Semak Status].
- Maklumat status anda akan dipaparkan sama ada (lulus) atau (tidak lulus) atau (tiada rekod).
- Selesai.
RUJUKAN
Pihak kami tidak dapat menjawab sebarang persoalan anda kerana pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi berkaitan bantuan sahaja. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan Bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib seperti di bawah berikut :
- Hubungi MyKasih: 03-7720 1800 (waktu operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang).
- Hubungi LHDNM: 1-800-88-2747 (waktu operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang); atau
- Hubungi MOF: 03-8882 4565 / 4566 (waktu operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang).