CHECK STATUS BANTUAN BARANG DAPUR B40 2023 RM600 : SEMAK SEKARANG

Channel Telegram Rasmi Info Bantuan Kerajaan Malaysia Madani Terkini & Sahih! Khas Bantuan B40 & M40! Join : Bantuan Malaysia Madani 2024

CHECK STATUS BANTUAN BARANG DAPUR B40 2023 RM600 : SEMAK SEKARANG

Seperti yang dibentangkan dalam bajet 2023, Perdana Menteri telah memperkenalkan Bantuan untuk menampung perbelanjaan barang dapur bagi golongan B40 yang berpendapatan rendah. Bantuan ini akan dikreditkan setiap bulan selama tempoh enam (6) bulan bagi tahun 2023.

Bagaimanakah check status bantuan barang dapur b40 2023 rm600? Ikuti penjelasan lanjut di sini.

BACA JUGA : SEMAKAN BANTUAN BARANG DAPUR B40 RM600 : CHECK SEKARANG

SENARAI BARANGAN BANTUAN BARANG DAPUR B40

Berikut merupakan senarai barangan yang boleh dibeli dengan menggunakan Bantuan Barang Dapur B40 seperti di bawah berikut :

  1. Beras,
  2. Roti,
  3. Telur,
  4. Minyak masak,
  5. Tepung,
  6. Biskut,
  7. Mi segera,
  8. Minuman,
  9. Makanan dalam tin; dan
  10. Bahan perasa.

10 kategori barangan ini mempunyai label MyKasih pada rak harga yang dipamerkan di kedai-kedai terpilih.

SENARAI KEDAI TERPILIH BANTUAN BARANG DAPUR B40 2023

MyKasih mempunyai lebih daripada 600 rakan runcit di seluruh negara termasuk :

  • Mydin,
  • Giant,
  • Econsave,
  • The Store,
  • Pacific,
  • Milimewa,
  • 99 Speedmart,
  • Lotus Stores (Tesco),
  • serta pasar raya; dan
  • Pasar mini bebas.

Lihat senarai kedai-kedai berdekatan anda di sini : SENARAI KEDAI TERLIBAT BANTUAN MYKASIH.

CARA PEMBELIAN DENGAN MENGGUNAKAN BANTUAN BARANG DAPUR

  1. Penerima bantuan boleh membeli barangan keperluan berdasarkan 10 kategori makanan yang mempunyai label MyKasih di rak tanda harga.
  2. Tunjuk MyKad Untuk Pengesahan : Juruwang menyemak status MyKad penerima bantuan.
  3. Imbas Kod Barangan : Juruwang mengimbas setiap barang keperluan makanan asas yang ingin dibeli mengikut kategori yang dibenarkan.
  4. Bayar Menggunakan MyKad : Penerima bantuan memasukkan nombor pin 6-digit untuk mengesahkan transaksi pembelian.
  5. Simpan Resit Untuk Semakan : Penerima bantuan menyimpan resit untuk menyemak transaksi pembelian.

CHECK STATUS BANTUAN BARANG DAPUR B40 2023

  1. Sila layari Portal rasmi MyKasih [Semakan Status].
  2. Kemudian masukkan Nombor Kad Pengenalan pemohon tanpa (-) contoh : 87XXXXXXXXXX di ruangan [Nombor Mykad].
  3. Isikan kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
  4. Kemudian klik pada butang [Semak Status].
  5. Maklumat status anda akan dipaparkan sama ada (lulus) atau (tidak lulus) atau (tiada rekod).
  6. Selesai.

RUJUKAN

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan Bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib seperti di bawah berikut :

  • Hubungi MyKasih: 03-7720 1800 (waktu operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang).
  • Hubungi LHDNM: 1-800-88-2747 (waktu operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang); atau
  • Hubungi MOF: 03-8882 4565 / 4566 (waktu operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang).

Leave a Comment