SEMAK PENGESAHAN DALAM PERKHIDMATAN : SPA / KKM / JPA MELALUI ONLINE 2023
Pengesahan Dalam Perkhidmatan bermaksud proses memperakukan pegawai memenuhi semua syarat yang dinyatakan dalam skim perkhidmatan atau apa-apa syarat lain yang ditentukan dari semasa ke semasa. Setiap pegawai yang dilantik dikehendaki berkhidmat dalam tempoh percubaan 1 tahun hingga 3 tahun.
Baca juga : SKIM PERUMAHAN PENJAWAT AWAM : PERMOHONAN & SEMAKAN
Berikut adalah tujuan Pengesahan Dalam Perkhidmatan :
- Menentukan pegawai tersebut telah mencapai tahap kompetensi yang ditetapkan dalam tempoh percubaan.
- Memastikan pegawai mempunyai prestasi kerja dan tata kelakuan yang memuaskan.
Bagaimanakah cara semak pengesahan dalam perkhidmatan SPA/KKM/JPA melalui online?
MAKLUMAT TERKINI PENGESAHAN DALAM PERKHIDMATAN
Bermula pada Mac 2022, surat kelulusan Pengesahan Pelantikan, Pelanjutan Tempoh Percubaan, Pengesahan Dalam Perkhidmatan dan Pemberian Taraf Berpencen untuk permohonan tahun 2022 dan ke atas hendaklah dicetak sendiri oleh Pengurus Sumber Manusia dan Pegawai.
Urusan Pengesahan Pelantikan (LR), Pengesahan Dalam Perkhidmatan (PDP), Pemberian Taraf Berpencen (PTB) dan Pelanjutan Tempoh Percubaan (PTP) :
- Semakan adalah bagi permohonan yang diterima mulai tahun 2020 dan ke atas.
- Cetakan adalah bagi permohonan yang diterima mulai tahun 2022 dan ke atas.
Semakan urusan Penentuan Gaji Permulaan (PGM) bagi pengalaman Swasta, Tentera dan Kontrak yang diterima mulai 2021 dan ke atas.
Pengurus Sumber Manusia hendaklah memaklumkan kelulusan setiap urusan perkhidmatan oleh Suruhanjaya kepada Pegawai dan merekodkan kelulusan di dalam Buku Perkhidmatan Kerajaan Pegawai.
Pegawai hendaklah memastikan kelulusan setiap urusan perkhidmatan diambil maklum oleh Pengurus Sumber Manusia dan direkodkan di dalam Buku Perkhidmatan Kerajaan.
SEMAKAN ONLINE PENGESAHAN DALAM PERKHIDMATAN
Anda boleh klik pautan/link yang disediakan di bawah untuk semak secara atas talian :
PERKARA | PAUTAN |
Pengesahan Dalam Perkhidmatan Online | https://myservice.spa.gov.my/ https://online.spa.gov.my/online/semakan_pdp.php https://semakan.spp.gov.my/semakanUrusanPerkhidmatan/semakan_urusan.php |
Anda boleh layari pautan yang disediakan di dalam artikel ini untuk semak menerusi atas talian.
Sila rujuk panduan lengkap yang disediakan di sini.