PERMOHONAN RUMAH MAMPU MILIK NEGERI SEMBILAN 2022 : SEMAKAN & SYARAT BELI

Channel Telegram Rasmi Info Bantuan Kerajaan Malaysia Madani Terkini & Sahih! Khas Bantuan B40 & M40! Join : Bantuan Malaysia Madani 2024

PERMOHONAN RUMAH MAMPU MILIK NEGERI SEMBILAN 2022 : SEMAKAN & SYARAT BELI

Rumah Mampu Milik Negeri Sembilan 2022. Berita baik kepada mereka rakyat Negeri Sembilan yang ingin memohon perumahan mampu milik. Permohonan kini dibuka kepada mereka yang layak memiliki.

Bagaimana cara memohon program Dasar Perumahan Negeri Sembilan? Disini kami kongsikan caranya,semoga membantu.

Baca juga artikel lain : SKIM PERUMAHAN PENJAWAT AWAM : PERMOHONAN & SEMAKAN

APA ITU DASAR PERUMAHAN NEGERI SEMBILAN

Dasar Perumahan Negeri Sembilan (DPNS) menerima pakai, menambahbaik, memperincikan dan menyesuaikan Dasar Perumahan Negara (DPN) mengikut konteks pembangunan perumahan di Negeri Sembilan.

Dasar Perumahan Negeri Sembilan menggariskan empat (4) perkara utama dalam Perumahan Mampu Milik iaitu

1.komponen pembangunan dan harga perumahan,
2.komposisi pembangunan perumahan,
3.keluasan dan saiz perumahan serta pemilikan dan
4.kuota bumiputera.

SKIM PERUMAHAN YANG DITAWARKAN

RUMAH MESRA RAKYAT NEGERI SEMBILAN 2022

Berikut adalah merupakan Skim perumahan yang ditawarkan DPNS:

PROJEK RUMAH NEGERI SEMBILAN

JENIS PERUMAHANKOMPENEN PEMBANGUNANHARGAKELUASAN
Rumah Mampu Milik Type A (Standard)Perumahan Standard (Penjenamaan/Upgrading)Sehingga RM80,00020’ x 60’ (Teres)
Rumah Mampu Milik Type B (Standard Premier)Perumahan Standard Premier (Harga Sederhana Rendah)Sehingga RM250,00020’ x 65’ (Teres)
Rumah Mampu Milik Type C (Deluxe)Perumahan Deluxe (Harga Sederhana)Sehingga RM400,00022’ x 70’ (Teres)
Rumah Mampu Milik Type D (Mewah)Perumahan Mewah (Harga Tinggi)RM400,000 ke atasBebas

SYARAT KELAYAKAN

Berikut adalah syarat kelayakan sekiranya anda ingin memohon:

-Pendaftaran ini terbuka untuk semua orang, terutama bagi anda yang tinggal di Negeri Sembilan
-Pendapatan isi rumah tidak melebihi RM3,500 sebulan
-Keutamaan diberikan kepada pemohon yang menetap atau bekerja dalam daerah Seremban serta dah berkahwin
-Keutamaan kepada pemohon yang belum memiliki rumah atau tanah
-Permohonan yang tidak lengkap, tidak disertakan dengan salinan dokumen berkaitan serta tak mematuhi ketetapan akan ditolak

CARA PERMOHONAN

PERMOHONAN RUMAH MAMPU MILIK NEGERI SEMBILAN

Berikut adalah merupakan cara permohonan skim program bantuan rumah mampu milik DPNS:

1.Pemohon yang berminat bolehlah mengisi borang di pautan Google Form:
Borang Permohonan Rumah Mampu Milik Type A Taman Angsamas 2, Bandar Seremban, Daerah Seremban.
Borang Permohonan Rumah Mampu Milik Type A Taman Kirby, Batu 9 Labu, Daerah Seremban
-Tarikh permohonna 13 Jun 2022 (Isnin) ditutup pada 26 Jun 2022 (Ahad).
2.Sila baca dengan teliti dan pastikan maklumat yang diisi adalah betul dan sama seperti di dalam dokumen yang dimuat turun (upload).
3.Pastikan borang permohonan di isi dengan lengkap dan jelas. borang permohonan yang tidak jelas dan lengkap akan di tolak.
4.Sertakan salinan dokumen yang di berkaitan dan dikehendaki kepada alamat emel rmmangsamas@gmail.com.
5.Pastikan salinan dokumen jelas dan boleh dibaca. permohonan akan ditolak sekiranya dokumen kabur, tidak jelas dan tidak boleh dibaca.
6.Setelah lengkap semua, tekan Submit.

DOKUMEN DIPERLUKAN

Berikut adalah dokumen sokongan yang diperlukan dan dikehendaki menghantar melalui email rmmangsamas@gmail.com:

1.Salinan Kad Pengenalan Pemohon (WAJIB)
2.Salinan Kad Pengenalan Pasangan (WAJIB kecuali bujang)
3.Salinan Sijil Kelahiran Pemohon (WAJIB)
4.Salinan Sijil Kelahiran Pasangan (WAJIB kecuali bujang)
5.Salinan Slip Gaji Pemohon 3 Bulan Terkini (WAJIB)
6.Salinan Slip Gaji Pasangan 3 Bulan Terkini (WAJIB kecuali bujang)
7.Salinan Sijil Nikah / Sijil Daftar Perkahwinan / Sijil Cerai / Sijil Kematian Pasangan / Salinan Surat Perintah Mahkamah Bagi Dalam Proses Penceraian (WAJIB kecuali bujang)
8.Borang Pengesahan Pendapatan Bagi Pemohon Atau Pasangan Yang Bekerja Sendiri / Pendapatan Tidak Tetap / Tidak Mempunyai Slip Gaji / Tidak Bekerja / Suri Rumah (WAJIB kecuali pemohon atau pasangan yang mempunyai Slip Gaji)
9.Salinan Kad Pesara dan Penyata Bayaran Pesara 3 Bulan Terkini (WAJIB bagi pesara)

PERMOHONAN RUMAH MAMPU MILIK TAMAN PENAGA MEWAH, SEREMBAN

Jenis Rumah

-Rumah Mampu Milik Type A (Standard)


Tarikh Permohonan

-Mulai 7 Februari 2022 – 20 Februari 2022


Lokasi

-Taman Penaga Mewah Fasa 6, Daerah Seremban

Syarat Permohonan

1.Pendapatan kasar isi rumah tidak melebihi rm3,500.00 sebulan.
2.Pemohon adalah wajib mempunyai pendapatan tetap dan bekerja.
3.Keutamaan diberikan kepada pemohon yang menetap atau bekerja dalam daerah seremban serta telah berkahwin.
4.Keutamaan kepada pemohon yang belum memiliki rumah atau tanah.
5.Permohonan yang tidak lengkap, maklumat yang tidak tepat, tidak disertakan dengan salinan dokumen-dokumen berkaitan seperti di bahagian j serta tidak mematuhi ketetapan akan ditolak.

Cara Permohonan:

1.Layari pautan Google Form: https://docs.google.com/forms
2.Sila baca dengan teliti dan pastikan maklumat yang diisi adalah betul dan sama seperti di dalam dokumen yang dimuat turun (upload).
3.Pastikan borang permohonan di isi dengan lengkap dan jelas. Borang permohonan yang tidak jelas dan lengkap akan di tolak.
4.Sertakan salinan dokumen yang di berkaitan dan dikehendaki kepada alamat emel rmmpenagamewah@gmail.com. Pastikan salinan dokumen jelas dan boleh dibaca. Permohonan akan ditolak sekiranya dokumen kabur, tidak jelas dan tidak boleh dibaca.

PERMOHONAN RUMAH MAMPU MILIK DI TAMAN KIRBY, LABU, SEREMBAN

Jenis Rumah

-Rumah Mampu Milik Type A (Standard)


Tarikh Permohonan

-Mulai 13 Jun 2022 (Isnin) – 26 Jun 2022 (Ahad).


Lokasi

-Taman Kirby, Mukim Labu, Daerah Seremban

Syarat Permohonan

1.Pendapatan kasar isi rumah tidak melebihi RM3500 sebulan
2.Pemohon adalah wajib mempunyai pendapatan tetap dan bekerja.
3.Keutamaan diberikan kepada pemohon yang menetap atau bekerja dalam daerah Seremban serta telah berkahwin.
4.Keutamaan kepada pemohon yang BELUM memiliki rumah atau tanah.
5.Permohonan yang tidak lengkap, maklumat yang tidak tepat, tidak disertakan dengan salinan dokumen-dokumen berkaitan serta tidak mematuhi ketetapan akan ditolak.

Cara Permohonan:

1.Layari pautan Google Form: https://docs.google.com/forms
2.Sila baca dengan teliti dan pastikan maklumat yang diisi adalah betul dan sama seperti di dalam dokumen yang dimuat turun (upload).
3.Pastikan borang permohonan di isi dengan lengkap dan jelas. Borang permohonan yang tidak jelas dan lengkap akan di tolak.
4.Sertakan salinan dokumen yang di berkaitan dan dikehendaki kepada alamat emel rmmpenagamewah@gmail.com. Pastikan salinan dokumen jelas dan boleh dibaca. Permohonan akan ditolak sekiranya dokumen kabur, tidak jelas dan tidak boleh dibaca.

RUJUKAN

SEMAKAN RUMAH MAMPU MILIK NEGERI SEMBILAN

Untuk maklumat lanjut berkenaan skim program bantuan rumah mampu milik DPNS, anda boleh layari Portal Rasmi Kerajaan Negeri sembilan di pautan https://www.ns.gov.my/19-maklumat-laman/56-unit-perumahan

Leave a Comment