SEMAK DIVIDEN ASB 2023 : CARA CHECK UNTUNG MELALUI ONLINE GUNA MYASNB DAN MAYBANK2U
Permodalan Nasional Bhd (PNB) menerusi anak syarikatnya, Amanah Saham Nasional Bhd (ASNB) mengumumkan jumlah agihan pendapatan 4.60 sen seunit untuk dana Amanah Saham Bumiputera (ASB) bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2022.
Pengumuman dibuat Pengerusi Kumpulan PNB, menerusi sidang media.
Katanya, pengagihan pendapatan itu merangkumi 4.60 sen dan bonus 0.5 sen seunit terhad kepada 30,000 unit pertama.
“Jumlah pengagihan ini membabitkan RM8.9 bilion membabitkan 10.6 juta pemegang saham ASB bagi tahun ini,” katanya.
Penangguhan urus niaga bagi unit ASB bermula hari ini sehingga 2 Januari 2023.
Pemegang unit ASB boleh mula melakukan urus niaga mereka bermula 3 Januari 2023.
TAHUN | DIVIDEN ASB |
---|---|
2023 | 4.6 sen seunit + 0.5 sen seunit Bonus Tambahan |

CARA SEMAK DIVIDEN ASB 2023 MELALUI ONLINE GUNA MYASNB
Berikut adalah cara semak dividen ASB 2023 melalui online guna MYASNB.
- Sila layari laman web rasmi MyASNB di pautan ini : https://www.myasnb.com.my/.
- Pastikan anda sudah membuat pendaftaran sebelum meneruskan panduan ini. Jika anda masih lagi belum membuat pendaftaran online boleh ikuti panduan di sini : CARA NAK DAFTAR ASB ONLINE MELALUI MYASNB 2021/2022.
- Jika anda sudah berdaftar, sila tekan LOG MASUK.
- Sila masukkan ID Pengguna anda semasa pendaftaran.
- Tekan [Teruskan].
- Tekan [YA] jika frasa keselamatan anda adalah betul di bahagian “Adakah ini frasa keselamatan anda?”.
- Sila masukkan Password anda.
- Tekan [Log Masuk].
- Anda akan dibawa ke Halaman Utama MYASNB iaitu Dana Saya.
- Jumlah pelaburan akan dipaparkan di Dana Saya.
- Untuk SEMAK JUMLAH DIVIDEN YANG ANDA DAPAT, sila tekan di bawah Dana Saya iaitu Nama Dana jika ASB sila tekan Nama Dana Amanah Saham Berhad.
- Paparan Dana Amanah Saham Berhad anda dipaparkan di sini.
- Tekan [Sejarah Transaksi] untuk melihat jumlah dividen yang anda dapat.
- Di sini segala transaksi berkenaan dana akan dipaparkan.
- Anda boleh lihat jumlah dividen ASB 2022 anda yang dimasukkan ke dalam akaun ASB anda disini.
- Dan jika anda ingin membuat pengeluaran dividen ASB yang anda dapat menerusi online guna MYASNB ini boleh ikuti panduan di sini mudah sahaja tidak perlu keluar ke cawangan atau pejabat pos. Lihat panduan di sini : Cara Keluarkan Duit ASB Secara Online.
- Untuk semakan menggunakan MYASNB sudah selesai. Di bawah ini cara semak guna MAYBANK2U.
CARA SEMAK DIVIDEN ASB 2023 MELALUI MAYBANK2U
Berikut adalah panduan bagaimana untuk semak dividen ASB 2022 melalui Maybank2u.
- Sila layari laman web Maybank2u di pautan ini : https://www.maybank2u.com.my/home/m2u/common/login.do.
- Masukkan Username anda di ruangan MY Username.
- Tekan [Login].
- Tekan [YES] jika frasa keselamatan anda betul seperti yang dipaparkan.
- Sila masukkan Nombor Password anda di ruangan My Password.
- Tekan [Login].
- Anda akan dibawa ke halaman utama Maybank2u.
- Sila perhatikan di sebelah ACCOUNTS & CARDS, anda akan lihat WEALTH.
- Tekan [WEALTH] untuk semak dividen ASB 2022 anda.
- Paparan akan menunjukkan Total Assets di sini iaitu Jumlah Terkini ASB anda.
- Untuk semak berapa jumlah dividen ASB 2022 yang anda dapat, sila lihat ke bawah sedikit sehingga nampak paparan My Wealth.
- Di My Wealth akan menunjukkan My Asset iaitu dana yang anda miliki. Jika anda mempunyai banyak dana ASNB maka kesemua dana yang anda ada akan dipaparkan di sini.
- Untuk semakan dividen ASB 2022 pula sila tekan [ASNB] di My Wealth.
- Paparan akan menunjukkan MEMBERSHIP NAME, FUND NAME, ACCOUNT NUMBER, AMOUNT (RM).
- Tekan [Nama Anda] dimana Fund Name “Amanah Saham Berhad” untuk melihat jumlah dividen ASB 2021 yang anda dapat.
- Paparan akan menunjukkan Jumlah dan Transaksi Dividen ASB 2022 anda di Description.
- Anda berjaya membuat semakan berapa jumlah dividen ASB 2022 yang anda dapat.
- Selesai.
RUJUKAN
Sebarang pertanyaan dan persoalan anda boleh ajukan ke pihak yang berwajib di bawah ini. Pihak kami hanya berkongsi maklumat dan panduan untuk semak jumlah Dividen ASB 2022 kepada mereka yang memerlukan. Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada anda semua.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pusat Khidmat Pelanggan ASNB 03-7730 8899 (8 pagi – 10 malam).
Emel : asnbcare@pnb.com.my.