rayuan bkm 2022

RAYUAN BKM 2022 : PERMOHONAN ATAU BORANG ONLINE BANTUAN KELUARGA MALAYSIA

RAYUAN BKM 2022 : PERMOHONAN ATAU BORANG ONLINE BANTUAN KELUARGA MALAYSIA

Pemohon yang layak membuat Permohonan Rayuan BKM 2022 adalah Pemohon yang berstatus Tidak Lulus BKM 2022 atau Pemohon yang berstatus Lulus dan terhad kepada bagi tambahan anak, perubahan status perkahwinan dan perubahan pendapatan sahaja.

Permohonan Rayuan BKM 2022 boleh dibuat secara dalam talian mulai 02 Mei 2022 hingga 02 Jun 2022 atau secara borang kertas mulai 09 Mei 2022 hingga 02 Jun 2022.

Permohonan Rayuan BKM 2022 boleh dibuat melalui dalam talian di Portal Rasmi BKM LHDNM atau penghantaran Borang Rayuan Bantuan Keluarga Malaysia 2022 di Cawangan LHDNM / Pejabat Satelit (PS) / Pusat Khidmat Hasil (PKH) / Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM yang berhampiran (Borang Rayuan akan dikeluarkan sebelum tempoh rayuan).

Anda digalakkan untuk membuat Permohonan Rayuan Bantuan Keluarga Malaysia 2022 secara dalam talian dengan mudah, cepat, dan selamat apabila tempoh rayuan dibuka.

Baca juga : BKM HASIL GOV MY : LINK SEMAKAN DAN PERMOHONAN 2022 ONLINE BANTUAN KELUARGA MALAYSIA

RAYUAN BKM 2022

PANDUAN LENGKAP PERMOHONAN RAYUAN BKM 2022 ONLINE ATAU CARA DOWNLOAD BORANG MANUAL BANTUAN KELUARGA MALAYSIA SERTA SEMAKAN STATUS KELULUSAN PERMOHONAN.

  1. Klik Link Rayuan BKM 2022 di sini : https://bkm.hasil.gov.my/.

  2. Klik pautan LOG MASUK BKM.

  3. Isi Nombor Kad Pengenalan anda di ruangan No MyKad/ID Pengguna.

  4. Klik Semak.

  5. Sila buat pengesahan bahawa apa yang terpapar adalah kata kunci keselamatan anda.

  6. Jika ya, Klik butang Ya.

  7. Masukkan Password/Kata Laluan Login BKM anda.

  8. Kemudian, Klik Log Masuk.

  9. Anda akan dibawa ke Halaman Utama myBKM.

  10. Untuk Permohonan Rayuan BKM 2022 Online, sila Klik Semakan Status.

  11. Sila pastikan status yang dipaparkan adalah TIDAK LULUS.

  12. Jika benar status yang ditunjukkan tersebut ialah TIDAK LULUS, teruskan dengan Klik Permohonan Rayuan.

  13. Tunggu sehingga paparan Permohonan Rayuan menunjukkan Berjaya.

  14. Untuk pengesahan, klik Papar Rayuan untuk melihat rayuan yang telah dihantar sebentar tadi.

  15. Anda dinasihatkan screenshot atau simpan rekod rayuan ini untuk rujukan pada masa akan datang.

  16. Selesai.

BORANG RAYUAN BKM 2022

Pihak kami akan kemaskini atau update Borang Manual di dalam Channel Telegram BKM 2022 : https://t.me/bantuankeluargamalaysia. Pastikan anda join Channel Bantuan Keluarga Malaysia ini untuk dapatkan Borang PDF Rayuan BKM.

ALASAN TIDAK LULUS BKM 2022

Permohonan BKM 2022 saya tidak lulus kerana pemohon tidak melepasi syarat kelayakan bagi Kategori Bujang (Kod 06). Apakah yang dimaksudkan dengan tidak melepasi syarat kelayakan berkenaan?

Pemohon tidak melepasi syarat kelayakan bagi Kategori Bujang sekiranya berstatus pelajar pada tahun 2021/2022 atau berumur 19 tahun – 20 tahun dan bukan berstatus Orang Kurang Upaya (OKU).

Saya masih belajar dan Permohonan BKM 2022 saya adalah berstatus Tidak Lulus bagi Kategori Bujang (Kod 06). Adakah saya boleh membuat Permohonan?

Pelajar sepenuh masa Tidak Layak untuk membuat Permohonan BKM 2022. Walau bagaimanapun maklumat anda boleh didaftarkan sebagai anak di permohonan ibu bapa. Permohonan Rayuan hanya dibenarkan sekiranya tamat pengajian sesi 2021/2022 atau sekiranya anda merupakan pelajar separuh masa. Maklumat dokumen sokongan yang perlu dikemukakan akan dimaklumkan kemudian.

Saya adalah penerima Geran Khas Prihatin tetapi Permohonan BKM 2022 saya berstatus Tidak Lulus atas alasan memiliki 3 atau lebih perniagaan milikan tunggal / perkongsian. Adakah saya layak menerima BKM 2022?

Semakan kelayakan BKM 2022 adalah berdasarkan syarat kelayakan yang telah ditetapkan. Setiap bantuan adalah berbeza dari segi kriteria kelayakan penerima. Rayuan boleh dibuat sekiranya menepati syarat kelayakan Bantuan Keluarga Malaysia 2022.

Baca juga : CARA CHECK STATUS BKM SECARA ONLINE

KOD TIDAK LULUS BKM 2022

Kod Tidak Lulus BKM 2022 adalah seperti di bawah. Dokumen sokongan yang diperlukan semasa tempoh rayuan akan dikemas kini dari semasa ke semasa.

KOD TIDAK LULUS BKM
KOD TIDAK LULUS BKM 2022
KOD TIDAK LULUS BANTUAN KELUARGA MALAYSIA 2022

RUJUKAN

Sebarang pertanyaan atau soalan anda boleh terus hubungi pihak yang berwajib di bawah ini atau anda boleh terus ke Cawangan LHDN yang berdekatan dengan anda untuk maklumat yang lebih jelas dan tepat.

Hotline BKK LHDNM : 1-800-88-2747

Hotline BKK MoF : 03-8882 4565/03-8882 4566

e-Mel : [email protected]

Leave a Reply