RASMI PENGELUARAN PENUH KWSP AKAUN 1&2 2023 : PERMOHONAN

Channel Telegram Rasmi Info Bantuan Kerajaan Malaysia Madani Terkini & Sahih! Khas Bantuan B40 & M40! Join : Bantuan Malaysia Madani 2024

RASMI PENGELUARAN PENUH KWSP AKAUN 1&2 2023 : PERMOHONAN

Untuk makluman umum, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah menyediakan pelbagai kemudahan pengeluaran kepada semua pencarum melalui akaun 1 dan akaun 2 yang menepati terma dan syarat yang ditetapkan oleh pihak EPF.

Pengeluaran dari akaun 1 untuk peribadi anda sendiri dan juga keluarkan duit EPF untuk kegunaan sendiri dari Akaun 2.

Bagaimanakah cara permohonan pengeluaran penuh kwsp akaun 1 dan 2? Ikuti penjelasan lanjut di sini.

BACA JUGA : KWSP FASA 2 BAWAH 40 TAHUN : PERMOHONAN PENGELUARAN

SENARAI PENGELUARAN

Terdapat dua (2) jenis pengeluaran EPF yang diluluskan oleh KWSP seperti di bawah berikut :

  1. PENGELUARAN SEBAHAGIAN (dari akaun 2)
    • Pengeluaran Umur 50 tahun.
    • Pengeluaran Bina Rumah.
    • Pengeluaran untuk Meningkatkan Hak Kelayakan Pinjaman Perumahan.
    • Pengeluaran Kesihatan.
    • Pengeluaran Pendidikan.
    • Pengeluaran dari Akaun 2 untuk Mengurang/Menyelesaikan Baki Pinjaman Perumahan.
    • Pengeluaran Perumahan PR1MA.
    • Pengeluaran Simpanan melebihi RM 1 juta.
    • Pengeluaran Beli rumah.
    • Pengeluaran dari Akaun 2 untuk Membayar Ansuran Bulanan Pinjaman Perumahan.
    • Pengeluaran dari Akaun 2 untuk Mengerjakan Ibadah Haji.
  2. PENGELUARAN PENUH
    • Pengeluaran Umur 55.
    • Pengeluaran Umur 60.
    • Pengeluaran Pekerja Berpencen dan Pesara Pilihan.
    • Pengeluaran Hilang Upaya.
    • Pengeluaran Meninggalkan Negara.
    • Pengeluaran Kematian.

SYARAT KELAYAKAN PENGELUARAN

Selari dengan polisi KWSP yang sedia ada untuk memudahkan pencarum bersedia menghadapi hari persaraan yang lebih selesa, KWSP telah membenarkan pencarum untuk membuat pengeluaran sebahagian atau penuh dari simpanan yang ada untuk memenuhi keperluan tertentu seperti di atas.

Syarat kelayakan bagi setiap pengeluaran yang anda ingin lakukan adalah berbeza. Sila rujuk pautan di sini untuk mengetahui syarat kelayakan anda untuk pengeluaran tertentu : https://www.kwsp.gov.my/ms/member/withdrawals.

RASMI PENGELUARAN PENUH KWSP AKAUN 1&2

CARA PERMOHONAN PENGELUARAN PENUH KWSP AKAUN 1&2 2023 ONLINE.

  1. Klik pada pautan Portal Rasmi KWSP di sini : https://www.kwsp.gov.my/ms/home.

  2. Kemudian, klik pada [MEMBER] dan pilih [WITHDRAWALS].

  3. Seterusnya, pilih Pengeluaran yang anda inginkan sama ada [Pengeluaran Sebahagian] atau [Pengeluaran Penuh].

  4. Pilih jenis Pengeluaran yang anda inginkan : contoh [Pengeluaran Pendidikan].

  5. Kemudian, scroll ke bawah dan klik pada butang [WITHDRAW VIA i-AKAUN].

  6. Masukkan Nombor Kad Pengenalan tanpa (-) di ruangan [User ID].

  7. Tekan butang [Next].

  8. Masukkan Kata Laluan anda dengan betul dan tekan [Login].

  9. Anda akan dipaparkan Laman Utama i-Akaun KWSP.

  10. Seterusnya, klik pada [WITHDRAWAL] di menu di atas.

  11. Tekan butang [New Application].

  12. Baca dengan teliti langkah yang diberikan dan lakukan mengikut langkah tersebut.

  13. Pilih [Choose One] di ruangan Withdrawal Type.

  14. Pilih pengeluaran yang anda ingin buat sama ada untuk KESIHATAN/HEALTH, BELI/BINA RUMAH/BUILD HOUSE, KURANG/TEBUS PINJAMAN RUMAH/REDUCE/REDEEM HOUSING LOAN, PENDIDIKAN/EDUCATION/BAYARAN PINJAMAN RUMAH BULANAN/HOUSING LOAN MONTHLY INSTALLMENT/SIMPANAN MELEBIHI 1 JUTA/SAVINGS OF MORE THAN RM1MIL

  15. Isikan semua butiran maklumat yang diperlukan dengan lengkap dan [Next].

  16. Sila semak semua Butiran yang diisi adalah benar dan lengkap.

  17. Kemudian [Request TAC] dan masukkan Nombor TAC yang dihantar ke telefon bimbit anda di ruangan yang disediakan.

  18. Klik butang [Submit] di bawah.

  19. Permohonan Pengeluaran KWSP/EPF anda akan diproses.

  20. Klik [Print] untuk Simpan/Save Permohonan anda untuk tujuan rujukan.

  21. Selesai.

RUJUKAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat berkaitan di atas sahaja untuk memudahkan carian anda. Sekiranya terdapat sebarang soalan atau masalah berkaitan, sila rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

Leave a Comment